Sudut pandangan Urmah.
Tiga tahun kemudian...
Aku tersenyum memerhatikan gelagat sang suami yang tertawa lepas sambil mendukung buah cinta kami. melihat kemesraan yang ditunjukkan Asqalani membuatkan aku semakin cinta kepadanya. Aira Safina....anak sulung kami yang dilahirkan dan dijaga dengan penuh cinta. Baru sahaja berumur dua tahun lebih, tapi dah terlihat kebijakkannya.
Turunan baka ayahnya yang memang cerdik. Nak buat macam mana? Ibunya sahaja kalah jika diajak beradu kepandaian. Haih! Nasib badan lah dapat suami yang terlebih cerdik. Tapi tak mengapa, anak-anak yang lahir bijak. Hehehe😁
Aira yang berada dalam dukungannya di turunkan setelah melihat kehadiran aku yang ada di situ. Aira yang melihat kearahku cuba untuk berjalan mendekat dengan kaki mungilnya. Walaupun masih tidak begitu seimbang langkahnya, dia tetap mahu mendekat. Dengan sengaja, Asqalani menangkap Aira dalam dakapannya dan digeleteknya tanpa henti.
Semakin galak tawa Asqalani tatkala berjaya menggeletek Aira yang cuba untuk melangkah mendekati aku. Aku menggeleng melihat perangainya. Membuatkan Aira menangis itu memang kerjanya selain ulang-alik ke cafe. Katanya melihat Aira menangis memberikan dia kepuasan dan nikmat sebagai seorang ayah. Pelik suami aku tu.
Kasihan melihat Aira yang semakin kuat tangisannya, aku berjalan mendekat kearah Asqalani. Pukulan yang cukup kuat aku hadiahkan buatnya. Terdengar ringisan kesakitan Asqalani. Tangan nya pantas menggosok-gosok belakang bahunya yang aku pukul.
" sayang...sakit lah!", marah nya geram memandang kearah aku. Aku hanya menjulurkan lidah membalas perkataan nya.
" siapa suruh buat Aira menangis. Dah lah susah nak pujuk dia. Abang sengaja je menambahkan kerja Qutni yang serba banyak menjadi dua kali ganda ". Geram memang, jika mendapatkan suami yang begini. Bukan meminta maaf, malah hanya senyuman kambing yang dilemparkan. Ada juga yang aku sumbat selipar dalam mulut nya.
" dia comel sangat, sayang ". Asqalani mencubit geram pipi Aira yang berada dalam dukunganku. Aku menepis tangan nya pantas. Tak nak Aira semakin menangis. Budak kecil yang seorang ni, kalau menangis sampai ke sudah tak boleh buat kerja lain lagi. Kena menghadap dia sahaja sampai lah dia terlelap dalam lena. Memang perangai yang satu itu ikut aku...
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
" abang, umi telefon tadi".
" kenapa umi telefon?", tanyanya.
Aku tersengih. " umi suruh kita balik, umi dah rindu nak jumpa Aira. Umi kata Firah dengan Bisyr pun dah ada dekat rumah ".
Asqalani terlihat berfikir. Kemudian, dia mengangguk.
" sayang kemas barang sekali lah. Kita tidur rumah umi ", katanya. Keputusan telah diberi dan aku memang terlalu gembira.
Bukan apa, semenjak kami berpindah keluar daripada rumah mama, kami memang jarang balik berjumpa dengan mama dan umi lagi. Asqalani terlalu banyak kerja untuk diselesaikan. Kualiti masanya di rumah pun tidak mencukupi, apatah lagi ingin keluar bersama. Memang jarang kami lakukan. Kerana itu, aku suka.
------------------------------
Sampai sahaja di rumah umi, aku terus keluar daripada perut kereta menuju kearah pintu depan. Salam yang aku berikan, di sambut dengan senyuman manis tatkala pintu depan itu terbuka lebar.
Aira yang berada dalam dukungan sudah tertidur dari dalam perjalanan lagi. Tidak terusik sedikit pun ketika mendengar suara lantangku tadi.
" waalaikumsalam, Urmah. Ya Allah, rindu nya dengan anak umi ni. Meh, masuk lah. Suami kamu mana?", umi menjemput aku masuk ke dalam rumah setelah memeluk tubuhku erat, seraya bertanya keberadaan Asqalani.
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...