16

8.7K 400 6
                                    

Sudut pandangan Urmah

Sampai sahaja kami di rumah, aku berjalan pantas ke bilik. Sungguh, aku tak tahan mendengar bebelan umi sepanjang kami di pasar tadi sehingga dalam perjalanan balik. Kan aku dah cakap yang aku tak sengaja, but still umi anggap aku ni tak hati-hati. Buat malu umi je~ 

Kenapa susah sangat umi nak dengar penjelasan aku? Normal lah kalau kat pasar, lantai basah... rasa nak tergelincir tu mesti ada. 

Dari pada aku marah-marah, buat tambah lagi dosa aku yang dah menggunung, baik aku diamkan saja...

Aku berdiri depan pintu bilik, tapi belum sempat aku pulas tombol pintu, Syafirah menegur aku dari arah belakang... 

"Kau ke mana tadi? Kenapa sarapan tak buat? Aku nak makan ni, lapar. Kau dah duduk rumah pun tak reti nak buat kerja."

Rasanya aku boleh dapat darah tinggi tak lama lagi. Tadi umi sekarang Syafirah. Salah timing betul... 

Apa dia tak boleh nak belajar masak ke? Kata nak jadi isteri orang?

Aku berpusing menghadap Syafirah yang berdiri bercekap pinggang. Aduh, aku nampak dia ni macam semut je~

"Kau tak boleh masak sendiri? Tangan, kaki, akal pun ada... Gunakan untuk buat apa yang patut. Tak kan sampai kau nikah nanti aku dengan umi nak masakkan untuk kau? Kau fikir aku ni kuli kau ke?" aku berkata lantang. Kembang kempis hidung aku ni menahan marah. 

Muka Syafirah berubah. Dengan menengking, dia membalas apa yang aku katakan. "Kau, cakap baik-baik sikit. Muka pun tak lawa, ada hati nak tegur aku. Nak aku adukan dekat umi dengan babah?" 

Aku mengernyit mendengar suara nyaring yang dia lontarkan. Sikit-sikit, umi dengan babah... 

"Aku cakap benda betul. Fakta lagi. Dah nak nikah, tapi tak ada inisiatif nak buat kerja rumah. Kalau semua benda nak hadapkan dekat aku dengan umi, baik kau tak yah jadi isteri orang. Duduk je celah ketiak umi dengan babah sampai kau tua."

Aku rasa puas sekarang ni. Baru padan dengan muka. Berlagak sangat bila bercakap. Apa dekat rumah ni, ada orang gaji? Kalau lapar masak lah sendiri! 

"Apa bising-bising ni?" babah bersuara dari arah tangga menghentikan pergaduhan kami berdua. 

Syafirah terus berlari ke arah umi seraya memeluk erat. Pandangan babah mengarah pada aku dengan tajam. 

"Ada apa ni Urmah? Kenapa bising-bising? Malu dengar dek orang taman," umi pula bertanya. Tangannya mengelus lembut rambut anak kesayangannya itu. 

Aku melihat senyuman sinis Syafirah. Dengan gaya mengada, dia mengadu. Aku dah menjeling tak suka. Lepas ni, mesti aku yang kena marah balik~

"Urmah, umi yang izinkan Syafirah masuk dapur sebab tak lama lagi adik kamu nak naik pelamin. Cuba faham, Urmah..."

Bla~Bla~Bla~

Betul ke selama ni aku anak umi dengan babah?

---

Sudut pandangan Syafirah

Senyuman kemenangan aku keluarkan tatkala Urmah dimarahi umi. 

Dari kecil, Urmah lebih segalanya dari aku. Aku menyampah, tak suka! Kenapa mesti dia ada dalam family kami?

Tapi semenjak dia tolak pinangan Bisyr, umi dengan babah lebihkan aku dari dia. Bagi mereka aku lah penyelamat keluarga. Heh! Diorang je tak tau, aku memang sengaja ambil hati Bisyr untuk kalahkan Urmah. 

Untuk hari ni, kemenangan berpihak pada aku. 

Aku memandang ke arah umi yang tika ni berada di dalam bilik aku. Sedaya-upaya aku cuba buat wajah sedih. Nak tarik simpati umi. Dan... berhasil!

"Sayang, jangan dengar sangat cakap Urmah tu. Dia memang dengki dengan kamu. Umi tak marah pun kalau Firah tak reti masak. Umi sanggup buat semua benda. Yang penting Firah bahagia," umi menarik tangan aku ke pangkuannya dan mengusap lembut belakang tangan aku. 

"Tapi umi, betul juga apa yang dia kata... Firah me-" 

"Tak payah. Firah tak perlu buat apa-apa. Cukup jangan malukan keluarga sahaja. Itu sudah memadai. Ingat Firah, umi sayang sangat dengan Firah. Jangan buat kami malu," umi memotong kata-kata aku dengan tegas. 

Aku hanya tersenyum manis. Mata aku sesekali melirik ke arah pintu bilik yang terbuka sedikit. Melihat air mata Urmah yang mengintip perbualan kami di sana, sudah cukup buat aku puas setengah mati. Rasakan perempuan! 

Perlahan, badan umi merapat ke arah aku lalu pelukan hangat aku dapatkan. "Umi sayang Firah. Firah anak yang baik."

---

Sudut pandangan Urmah

Umi sayang Firah...

Hanya Syafirah? Aku tak? 

Air mata semakin menitis di pipi. Macam tu sekali, umi pilih kasih. Rasanya hati aku ni remuk. Berkecai, ibarat kaca yang terhempas ke lantai. Dada aku sesak seperti kekurangan oksigen.

Aku mengelap kasar air mata yang mengalir. Aku tak kuat.

Jangan malukan keluarga...

Aku tau aku salah. Tapi tu pilihan yang aku buat, tak boleh ke umi dengan babah faham? 

Aku menunduk seraya meraup kasar wajah aku. Cukup aku menangis. Air mata aku mahal. Lebih mahal daripada emas~

-to be continued-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now