38

7.8K 308 11
                                    

Perjalanan kami yang mengambil masa agak lama membuatkan aku menyerah kalah. Mata yang aku paksa celik tak semena-mena perlahan menutup membawa aku berlayar ke alam bawah sedar.

Terasa seperti pipi aku dielus lembut, aku membuka kembali mata dengan pandangan kuyu. Wajah Asqalani yang tersenyum lembut membuatkan aku tertanya-tanya, dah sampai ke? Cepat benar rasanya. Tak silap aku belum sampai lima minit tutup mata...

"Bangun sayang, dah sampai," ujar Asqalani dengan kekehan di bibirnya. Apa? Kelakar sangat ke aku tidur?

Aku mengeliat membetulkan letak urat-urat serta otot yang terasa kebas kerana terlalu lama duduk di dalam kereta. Dengan menguap lebar aku menoleh ke arah Asqalani.

"Cepatnya sampai? Rasanya Qutni tidur tak sampai lima minit..."

Asqalani ketawa mengakak. "Apa lima minit, sayang tidur dekat satu jam. Apa yang sekejap nya. Sampai meleleh air liur tu... Nasib comel!"

Eh? Satu jam! Lama tu...

Sengihan aku lemparkan pada sang suami. "Sorry..."

Rasa bersalah hinggap ke dalam hati kerana aku tak teman pun dia sepanjang dalam perjalanan. Mesti suami aku bosan tadi.

Belakang tangan aku tenyehkan ke mulut untuk mengelap sisa air liur busuk aku ketika tidur tadi. Namun, tiada kesan sedikit pun. Aku kembali memandang Asqalani yang ketawa tak berhenti, bahkan boleh lihat lelehan air matanya di pipi.

"Sayang ni percaya jer... abang main-main."

Aku dah muncung sedepa. Sempat pula Asqalani buat main-main pasal ni. Malu tau kalau betul aku tidur dengan air liur meleleh.

Pandangan mata aku melilau melihat sekeliling yang kelihatan gelap. Tak ada lampu jalan ke? Seram sejuk wei...

"Abang kita dekat mana ni?"

"Kita dah sampai Kuantan. Rumah nenek abang. Jom turun sekarang. Abang rasa dah lama nenek tunggu," ajak Asqalani cepat. Tangannya laju membuka pintu kereta seraya melangkah keluar meninggalkan aku sendirian di dalam kereta.

Mata aku hanya terkebil-kebil. Dia lupa ke kaki aku terseliuh ni? Macam mana aku nak keluar?

Aku menoleh ke arah seat belakang bagi mencari tongkat. Eh, mana?

Aku kembali melihat di mana menghilangnya jejak Asqalani. Ah sudah! Dengan aku tak tau tempat ni, tak akan aku nak menjerit panggil dia, kang tak sopan.

Bukan setakat ganggu makhluk hidup, dengan makhluk tak kasat mata pun boleh terkejut beruk kalau aku memekik. Tak pasal-pasal aku kena cop sebagai manusia gila!

Cklek!

Aku terkejut. Nasib tak gugur jantung aku! Bila pula dia ada sebelah aku...

Dengan tangan aku lekapkan ke dada, aku membuntang melihat Asqalani. "Abang...!"

"Sorry, abang lupa kaki Qutni sakit. Jom, abang papah. Tongkat sayang dekat bonet, abang malas nak keluarkan dulu. Nenek dah tunggu dekat depan tu."

Perlahan namun pasti, Asqalani memapah aku berhati-hati menuju ke teras rumah. Di sana, aku melihat seorang wanita paruh baya yang tersenyum lembut. Dia hanya mengenakan baju kurung kedah beserta kain batik lusuh, di kepalanya tersarung serkup berwarna coklat terang.

"Wah lawa isteri kau long... rugi wan tak datang majlis nikah hari tu," suara nenek Asqalani bergema tatkala kami sudah sampai di depannya.

Laju sahaja aku menghulur tangan untuk menyalam tangannya tanda hormat. Aku tersenyum canggung.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now