Gambar di atas contoh dalam cafe ya ^^
Walaupun ada yang lain sikit, tapi hope boleh lah bayangkan mcm mana~
Happy reading <3
---
Turun sahaja dari perut teksi, aku melangkah maju masuk ke dalam sebuah cafe.
Cafe De Amour.
Cafe yang penuh nostalgia antara aku, Mijan dan Nisah. Cafe yang membawa aku kepada kenangan lama... kenangan di mana aku mendapatkan sekotak hadiah misteri dari secret admirer.
Kotak dan hadiah tu masih tersimpan rapi dalam almari bilik, okay~
Aku sayang! Susah nak dapat tu...
Aku menolak pintu kaca depan dengan perlahan.
Kring! Kring!
Bunyi loceng masuk terdengar nyaring di telinga. Pandangan mata aku melilau ke sekeliling kawasan. Masih sama seperti dulu cuma terlihat ada penambahan tempat dan dalaman cafe semakin classy.
Bezanya sekarang ni, aku sendiri tanpa Mijan dan Nisah di sisi. Masing-masing sahabat aku tu, busy dah sekarang ni.
Tamat sahaja belajar, mereka terus dapat kerja tetap. Mijan bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat ternama manakala Nisah pula bekerja sebagai editor di syarikat penerbitan buku.
Untuk hari ni, sebenarnya aku nak berjumpa dengan mereka. Malangnya mereka bekerja, jadi terpaksa aku sendiri.
Lagipun aku salah timing nak ajak lepak. Ya lah, aku baru balik dari Ireland, tak ada kerja lagi dekat sini. Tapi mereka?
Aduh Urmah, sudah-sudah membebel tu~
Daripada aku banyak melamun baik aku cari tempat nak duduk. Aku terjenguk-jenguk, ada tempat kosong tak yang boleh aku duduk?
Hah! Jumpa...
Dengan senyuman riang, aku berjalan ke meja kosong bersebelahan taman mini untuk kanak-kanak. Kawasan itu strategik sungguh kerana terhalang cermin yang memperlihatkan pemandangan luar cafe.
Aku melabuhkan duduk. Lalu menopang dagu melihat ke luar.
Wah, bestnya diorang ya? Macam tak ada masalah je semua, tak macam aku...
Aku tersentak tatkala mendengar bunyi ketukan kecil di meja.
"Cik..."
Aku memandang seorang pekerja lelaki yang tersenyum seraya memegang note kecil dan sebatang pen. Aku kerut dahi.
"Ya saya?"
"Cik nak order apa?" tanya pekerja lelaki itu sopan.
Aku semakin merenung pekerja itu. Dengan senyuman kekok, aku bertanya. "Bukan saya order dekat kaunter ke?"
Pekerja lelaki itu tersenyum ramah lagi. "Sekarang kami yang ambil order. Cik nak minum apa?"
"Bagi saya caffe latte," jeda seketika. Aku menoleh memandang ke arah papan menu. Bila melihat apa yang menarik mata, aku menjetik jari. "... hah, dengan chocolate oreo cake, one slice," aku membalas cepat.
Pekerja lelaki itu mencatat dengan tenang kemudian dia mengulang kembali order yang aku inginkan. Selepas aku mengangguk, baru lah dia berlalu pergi.
Tak sampai 10 menit, order aku dah sampai. Semangat membara, aku pun makan lah dalam diam sambil main telefon. Layan IG, tengok abang-abang sado secara online. Hihi~
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...