33

8.5K 313 7
                                    

"Dah nak balik? Makan lah sini dulu... jangan balik lagi!"

Mijan dah menggeleng. Beria-ria dia mahu pulang ke rumah. Padahal, mereka tau kenapa Mijan berperilaku pelik sebegitu. Sedari tadi, wajah Fan tidak Mijan pandang walau sedetik. Katanya, takut boss kenal... Apalah labu~

"Eh tunggu lah dulu. Kita makan tengah hari sama-sama. Banyak mak cik masak ni. Marilah..." pelawa umi ketika melihat Mijan dan Nisah ingin mengundur diri, pulang ke rumahnya.

Bagus umi, teruskan lagi... Diorang degil tak nak dengar cakap Urmah! Hehe~ gelak jahat dia dalam hati melihat wajah kelat Mijan. Nisah okay-okay je, dia dapat makan free, kenapa kena tolak?

"Betul tu umi, diorang yang nak balik awal sangat. Lagi-lagi si Mijan, dari tadi asyik nak balik je. Lepas makan baru lah korang angkat kaki keluar dari rumah aku ni. Korang tak kesian dekat aku ke? Bukan selalu kita jumpa, lagi-lagi aku dah bersuami tau. Susah nak jumpa nanti. Korang makan sini ya?" pinta Urmah dengan wajah yang sengaja dibuat kesian.

Tapi betul apa, kan mereka jarang jumpa sekarang ni? Mana dengan Mijan dan Nisah kerja lagi... Alang-alang dah cuti ni, luangkan masa bersama apa salahnya~

Hal Fan, tolak tepi je lah Mijan. Bukan Fan perasan pun...

Nisah mengangguk setuju manakala Mijan masih kukuh dengan penderiannya, menggeleng!

Urmah dah mendengus geram. Hai, awek... rilek ler!

"Aku tak boleh lah Urmah. A-aku ada banyak kerja nak buat lagi ni," kata Mijan sedikit gugup. Sebelum dia melangkah pergi, pergelangan tangannya dipegang kejap oleh Nisah. Terlihat kerutan di dahi Nisah. Teruk sangat kerutnya tu. Tua sebelum umur lah nampaknya kawan aku yang seorang ni, batin Urmah mengeram geli!

"Kau dengan aku tengah cuti. Apa yang banyak kerja nya? Woi, Mijan! Kita makan je lah dekat sini. Orang dah ajak. Tak elok lah buat macam ni. Tak sopan tau," marah Nisah dengan suara yang ditekan ketika berbicara. Nasib lah umi dah pergi ke dapur tadi. Tak adalah, umi dengar mereka bergaduh nanti.

Mijan terlihat serba salah. Urmah yang perhati pula rasa kesian. "Biarlah Nisah, biar dia balik... Dia dah tak sayang aku lagi!"

Wajah Nisah berubah cemberut. "Ya kot... Dia dah tak sayang kita. Lantak lah, kau balik je lah. Aku makan sini."

Nisah melepas pergelangan tangan Mijan dengan kasar. Nampak macam dia hempas je. Urmah pula yang ngilu lihatnya~

"Okay, okay aku makan sini... Jangan lah buat ayat pasrah. Korang ni pun satu, aku sayang korang tau!" katanya mengalah tatkala melihat Urmah dan Nisah sudah saling melempar pandangan tajam padanya.

Nisah menepuk-nepuk bahu Mijan lembut.

"Tak payah risau pasal boss kau. Pekerja dalam syarikat ada ramai. Tak perasan pun nanti, aku jamin tu. So, kita makan je sini," Nisah cuba menenangkan gundah yang Mijan hadapi. Urmah pula mengangguk dengan senyuman seraya mengedipkan mata meyakinkan Mijan dengan keputusan yang diambil.

"Tapi Mijan, why kau takut sangat adik ipar aku kenal kau?" Urmah bertanya inginkan jawapan pasti. Dia nak jadi bossy sekejap...

"Dia pernah tolong aku dulu, masa aku join blind date yang mak aku siapkan untuk aku," semakin perlahan suara Mijan terdengar.

Wajah Urmah dan Nisah dah melongo. Mereka bertiga berbicara seraya berdiri betul-betul di tengah laluan yang menuju ke ruang makan. Sesiapa sahaja yang melihat mereka pasti mendengar apa yang mereka katakan.

"Bila kau pergi blind date?"

"Kenapa tak pernah cerita?"

Dalam satu masa, dua soalan keluar dari dua bibir yang berlainan. Tu bukan calang-calang berita, ni berita HOT!

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now