19

8.6K 397 2
                                    

Sepanjang Syafirah dan Bisyr berada di rumah, sedaya upaya aku menahan telinga dan mulut untuk tidak memaki. Aku dah cukup sabar dengan Syafirah sebelum ni tapi tidak sekarang.

Aku dah mula angin. Tapi senyuman tetap aku lemparkan kerana ada umi dan babah di antara kami.

Semenjak menikah, mulut tempayan dia makin menjadi-jadi. Rasa nak lepuk, biar sampai ke benua Antartika!

Aman sikit dunia aku~

"Dah alang-alang, Firah dengan Bisyr ada dekat sini, Urmah..." suara Syafirah menjeda seketika, pandangan matanya mengarah tepat ke aku, "... tak ada hadiah untuk kami?"

Aku tercengang. Amboi, muka tak malu! Cari gaduh dengan aku, tapi bab barang free terus minta tanpa segan silu~

"Ada, tapi just hadiah biasa. Aku pilih pun last minute sebelum balik sini. Hadiah personal bukan couple," balas aku sinis.

Syafirah memandang kerek. "Mana hadiahnya? Sebelum kami balik..." mintanya.

Aku bangun dari duduk untuk melangkah naik ke bilik. "Kejap aku ambik. Sekali umi dengan babah punya..."

Sampai semula di ruang tamu, aku hulurkan dua beg kertas ke arah Syafirah dan Bisyr. Kemudian, satu untuk umi dan satu untuk babah.

Segera Syafirah mengeluarkan barang dari beg kertas itu. Wajahnya yang ceria terus berubah kelat. "Telekung?" suaranya terdengar protes.

Aku mengangkat kening, sengaja. "Aah, ada masalah dengan hadiah aku?" aku bertanya sarkastik.

"Jauh-jauh kau belajar sampai Ireland. Telekung je kau beli?"

Umi menepuk perlahan paha Syafirah. "Firah, telekung pun cantik apa. Umi suka ha. Jarang dapat telekung corak macam ni dekat Malaysia," balas umi lembut.

Aku mengangguk. Walaupun telekung, tapi mahal tau aku beli~

"Umi, Bisyr pun boleh beli telekung macam ni untuk Firah. Kalau macam ni lah hadiahnya, baik tak yah bagi." Syafirah terus mencampak hadiah pemberian aku ke lantai ruang tamu.

Amboi! Ni dah melampau...

Aku berpeluk tubuh melihat perangainya. Macam ni ke perangai orang mengandung? Ke cuma dia yang kepala gila?

Bisyr memandang aku serba-salah. Dia memegang lengan Syafirah. "Sayang, tak elok macam tu..."

"Hei, bagus apa aku beli telekung bukan beli tudung untuk kau," aku memerli selamba.

Mata Syafirah membuntang memandang aku. "Apa kau cakap?" Dia berdiri menghadap aku dengan bercekak pinggang.

Dia menunjuk muka aku dengan bengang, "...mulut kau minta kena lada ke?" tengkingnya.

Aku tersenyum melihat tingkahnya. Nampak dah perangai sebenar. Selama ni nampak sopan je kan~

Babah dan umi dah mengurut dada. Bisyr pula dah geleng kepala. Aku? Tak sampai hati tapi nak buat macam mana... Aku dah tak tahan lagi!

"Aku cakap benda betul. Aku belikan telekung bukan tudung untuk kau. Kau kan tak suka kalau orang tegur gaya kau? So aku tak salah, betul tak Bisyr?" aku bertanya selamba pada suaminya. Bisyr hanya diam, tak mampu bersuara.

Silap cakap, dia yang kena flying kick~

"...Lagipun, apa salahnya kau terima hadiah aku. Bukan dosa pun. Tambah pahala lagi ada. Kita ni pun bukan baik sangat~ Kau ada dosa, aku pun buat dosa. Aku bagi cantik punya untuk kau hadap Allah. Dress nak lawa-lawa. Kalau tak up to date, tak nak keluar rumah. Kenapa kalau nak menghadap Allah tak pakai telekung up to date juga? Allah itukan kekasih kita." Panjang lebar aku berhujah.

Geram betul aku dengan Syafirah!

Syafirah pula terdiam. Bungkam!

"Firah, kau kembar aku. Memang kita tak rapat, tapi still aku sayang kau. Kau dah bersuami, nak masuk ke Syurga Allah tu senang je. Jaga maruah diri dengan suami! Bertudung untuk bantu suami dan babah di akhirat nanti. Kau pun dah mengandung. Bakal menimang cahaya mata, tak mungkin kau masih nak hidup macam zaman remaja dulu kan?" aku bertanya pelan ke arah Syafirah yang berwajah merah padam.

Babah menepuk pelan badan aku yang masih berdiri. "Sudah Urmah, tak payah gaduh dekat sini. Kamu berdua dah besar..."

Aku memandang wajah babah dalam-dalam. "Urmah tegur pun Urmah juga yang salah ke?"

Umi mengeluh. Umi menarik lengan Syafirah untuk kembali duduk. "Sudah Urmah. Firah tengah mengandung, tak elok gaduh-gaduh. Kamu pun baru balik, tak tau apa yang Firah dah alami dekat Malaysia ni," umi berkata tegas. Bahkan ayat umi seperti menyindir aku kembali.

"Fine! Macam tu sekali kalau dengan Urmah... Menangkan perangai Syafirah sampai umi dengan babah puas."

Aku dah penat!

Aku melangkah naik ke tingkat atas dengan hati panas membara meninggalkan mereka di ruang tamu. Panggilan umi dan babah yang memanggil aku tidak aku hiraukan. Malas nak peduli!

---

Besoknya...

Aku berjalan turun ke lantai bawah dengan beg tangan di bahu kanan. Aku melangkah ke area dapur untuk mengambil air minum. Di sana, awal-awal pagi sudah terpacak Syafirah dan Bisyr di ruang makan.

"Urmah nak ke mana?" babah bertanya tatkala melihat aku mengambil gelas. Babah duduk menunggu di tempat biasa seraya membaca surat khabar. Khas babah pagi-pagi sebelum sarapan~

"Keluar kejap," aku membalas singkat. Masih terasa dengan sikap babah yang jelas membela Syafirah semalam.

Umi membawa semangkuk nasi goreng ke meja makan. "Kamu tak sarapan dulu, Urmah?"

Selesai aku meneguk habis air kosong di dalam gelas, aku terus membasuh gelas sehingga bersih. "Tak."

Aku melangkah keluar dari area ruang makan. Sehingga ke muka pintu, aku berpaling menghadap mereka~

"Urmah keluar sampai malam. Kalau Urmah tak balik, Urmah call," aku membuka suara sebelum pergi. 

-to be continued-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now