Epilog #2

6.5K 216 10
                                    

" abang, cuba jujur dengan Qutni. Apa yang abang sembunyikan daripada Qutni selama ni ? " , aku bertanya seraya bercekak pinggang menghadapnya. Dah macam Queen Control pula.

Asqalani tetap mematung, membisu seribu bahasa. Haih.. Aku cakap dengan tunggul kayu ke ?

" abang ! " , sergahku. Asqalani tersentak. Dia memandang wajahku . pucat ! Satu kata yang sangat sesuai untuknya. Kenapa pula dah ? Aku bukan nak makan dia.

" kalau abang bagi tahu , sayang tak akan marah kan ? Janji dengan abang, sayang akan sabar dan dengar dulu apa penjelasan abang ", katanya.

" kalau tak nak ?? ", tanyaku kembali.

Wajah Asqalani cemberut mengalahkan asam kecut.

" sayang , janji dulu ", paksanya . okay, aku mengalah. I surrender.

Keluhan berat aku lepaskan . " apa yang abang nak bagi tahu . Qutni janji tak akan marah ".

" sebenarnya hadiah tu abang yang bagi ". Mendengar perkataannya itu, aku terus ingin membentak. Belum sempat aku bersuara, tegahan bisu daripada sang suami membantutkan niat.

" dengar dulu ".

Aku terus membungkam.

" abang bagi hadiah tu atas saran Bisyr untuk taklukkan hati sayang. Abang dengan Bisyr pernah berkomplot untuk buat sayang jatuh cinta dekat abang sebab Bisyr ada rasa tak puas hati dengan sayang, dia panggil sayang minah kerek sebab sayang kerek sangat ".

" tapi kenapa ? ".

" dengar dulu boleh ? ".

Aku mengangguk.

" Abang dengan Bisyr mulanya cuma bercadang nak buat sayang jatuh cinta dengan abang je , lepas tu abang tinggal kan sayang , biar sayang merana. Tapi , kisahnya terbalik pula. Abang yang kemaruk gila dekat sayang. Abang minta maaf kalau pada mulanya perkenalan kita disebabkan oleh sifat tak senonoh abang dengan Bisyr. Sumpah sayang. Abang tak menyesal kenal sayang. Dan abang tak menyesal ikut idea gila Bisyr waktu tu ".

Aku memijat dahiku . pening melanda. Apalah aku dapat suami macam ni ?? Aku tak marah cuma aku geram. Kenapa dia tak mengaku dulu ? Kalau tak , tak ada lah aku tension macam ni.

" abang nak tau tak apa yang Qutni rasa sekarang ni ? ", tanyaku padanya. Dia hanya mengangguk.

" Qutni rasa macam nak cekik-cekik abang sekarang ni " . penuh dengan kegeraman nada suaraku .

" sayang jangan cekik abang. Nanti sayang menjanda, sayang sanggup ke ?? ", tanya nya pucat pasi.

Gila kau ! Mana aku sanggup. Dah terlalu sayang tau. Tak sampai hati nak cekik. Tu cuma luahan je. Bukan nak buat betul-betul.

" Qutni bukan nak cekik abang betul-betul lah ", bentakku geram. Ada juga yang makan kaki aku yang kecik ni.

Sengihan sahaja yang mampu suami aku lemparkan. Nampak sangat tak bersalah nya dia. Walaupun aku geram macam mana dengan dia, tetap aku cari juga dia nanti. Aku tak boleh kalau tak duduk melekap dekat dia 24 jam.

" suka hati abang lah  ". Malas dah nak layan. Hadiah berupa rantai itu , aku pegang.

Aku membawa rantai tersebut betul-betul di depan sang suami. Aku menghulurkan rantai itu kearah nya. Wajahnya terpinga-pinga melihat aku.

" sayang tak nak ke ? " , tanyanya . aku memutarkan mata. Dia ni tak faham ke ? Cuba lah peka sikit, wahai suamiku yang tercinta...

" abang pakaikan untuk Qutni , boleh tak ? ", tanya ku memerli.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now