Sudut pandangan author
Suasana di ruang tamu jelas kelihatan hidup dengan kehadiran tiga orang tetamu yang pada awalnya berjanji untuk datang jam 9 pagi. Terdengar bunyi gelak ketawa dan percakapan sopan di antara mereka.
Namun di sini, satu yang sahaja yang kurang. Urmah!
Masih dengan sikap kakunya yang tidak mudah menghilang sedari dulu. Walaupun dirinya sudah dewasa namun sikapnya yang satu itu susah untuk diubah. Dengan senyuman canggung, dia lemparkan kepada tetamu yang hadir di sana.
Terasa panas punggungnya duduk terlalu lama. Jelas kelihatan dirinya bagaikan cacing kepanasan. Dulu ada Syafirah sebagai bidan terjun, sekarang dia yang perlu hadap sendiri!
Bila dia boleh naik ke bilik? Sedari tadi, itu yang berlegar ringan di dalam otaknya.
Hilang sudah janjinya untuk tidak mengulang kejadian lama, dirinya memang tak boleh berkompromi dengan situasi sebegini.
Terasa berbulu tengkuknya mendengar kata nikah dan kahwin yang terlontar dari bibir tetamu serta umi dan babah.
"Jadi ni anak yang ke dua? Mana sulungnya," suara babah terdengar bagaikan halilintar di telinga Urmah yang leka melamun sedari tadi.
Dengan pantas, Urmah menoleh memandang ke arah lelaki yang babah tanya. Muka boleh tahan~
Tapi bukan dia yang nak dijodohkan dengan aku, batin Urmah berbicara.
Jengkel juga dia, yalah jarang sebenarnya jumpa family lelaki yang merisik tanpa tuan punya badan!
"Yang sulung ada kerja sikit. Kejap lagi datang sini..." balas ramah mak cik Maznah dengan pertanyaan babah yang tiba-tiba.
Dah lama sampai rumah ni, tapi baru sekarang babah tanya? Nampak sangat leka berbual sebab jumpa kawan sebaya sekepala.
Terdengar tawa kecil umi di sebelah dirinya. Amboi umi, pandai cover gelak. Kalau tak selama ni, selamba je~
"Siapa namanya?" umi pula yang bertanya.
Urmah dah geleng kepala. Nasib kitorang ni dua beradik sahaja, kalau tiga empat, mahu umi kenen-kenenkan semua anaknya dengan anak mak cik tu.
Terlihat senyuman sopan di bibir lelaki yang ditanya. "Nama saya Asfanniel Faqih, mak cik."
Urmah dah ketap bibir. Ya Allah, sedapnya suara dia! Husky gitu...
Babah menepuk pelan lengan Urmah. Dengan terkebil-kebil, Urmah memandang wajah babah dengan kening mengerut menandakan 'ada apa?'
Babah mencondong ke arah Urmah dengan gaya melambat. Perlahan terdengar suara babah yang berbisik di telinganya yang bertutup tudung.
"Tak payah buat muka macam tu, Urmah. Malu orang tengok!"
Dengan gaya sama, Urmah bertanya pula. "Buat muka macam mana?"
Babah mendengus pelan. "Muka tak puas hati..."
Okay, dia salah! Decihan kesal keluar dari bibirnya.
Babah ni pun satu, tak boleh beza agaknya muka tak puas hati dengan muka terpana suka?
Kenapa aku tak dijodohkan dengan anak ke dua mak cik ni je?
"Wah, smart muka kamu. Kalau mak cik ada anak perempuan lagi, nak juga mak cik jadikan kamu menantu."
Kan? Dah boleh agak apa yang umi fikirkan. Semuanya boleh diteka~
"Assalamualaikum..."
Dari arah tangga, kelihatan Bisyr dan Syafirah yang jalan bergandingan tangan. Melihat senyuman miang penuh kepuasan milik Bisyr, membuat Urmah menjuling mata jengkel. Tahu lah dah kahwin~
"Eh, abang Bisyr ada dekat sini?"
Mendengar suara lelaki yang bernama Asfanniel itu menyebut nama Bisyr, Urmah sudah kerut dahi. Mereka kenal ke?
"Aah, dari semalam lagi..." Bisyr berjalan ke arah mak cik Maznah dengan pak cik Osman seraya menyalam tangan mereka hormat.
Tak lupa Syafirah juga melakukan perkara sama. Woi, pak cik Osman tu tak boleh salam lah~
Nak sahaja Urmah jerit depan muka Syafirah namun sekali lagi dia diam. Kang ada yang bertekak lagi dekat sini.
"As tak datang untie?" Bisyr melabuhkan duduk disebelah babah.
Syafirah pula sengaja menyebuk di tengah-tengah antara kami. Rimas tahu!
Sekali lagi, nasib adik!
Urmah kembali mengerut dahi, pelik dengan pertanyaan Bisyr, bahkan terasa pelik mendengar nama yang disebut kerana terdengar familiar~
"Kejap lagi sampai, katanya ada meeting penting kena handle," mak cik Maznah berkata lembut.
Meeting or memang tak ada hati nak datang sini? Biar lah itu menjadi rahsia alam yang susah untuk Urmah pecahkan...
"Dah bincang majlis tunangnya bila?" suara Bisyr kembali terdengar di antara kami.
Macam dia pula babah dekat sini? Aduh~ Poyo je adik ipar aku tu, suara hati Urmah kembali memekik tak suka.
Pak cik Osman yang berdiam diri sedari tadi, mula membuka suara. Kata-katanya itu membuat Urmah terkedu diam.
"Kami dah bincang tadi, kalau boleh nak percepatkan tunangnya dalam 2 minggu lagi. Tapi, tuan punya badan yang ada di sana..." tangan pak cik Osman mengarah pada Urmah yang diam di sebelah umi, "... tak cakap apa-apa," dengan senyuman pak cik Osman selesaikan bicaranya.
Duk! Bagaikan terkena panah beracun Urmah rasakan. Menusuk sakit beb! Nampak sangat dia memang tak fokus dari awal mereka datang ke sini. Malunya...
Senyuman paksa Urmah keluarkan. Andalan dirinya jika ingin mengelak dari mengaku kesalahan.
"Memang anak akak setuju dengan keputusan kami ni?" mak cik Maznah merenung wajah Urmah selepas bertanya soalan maut itu.
Umi memegang lembut tangan mak cik Maznah.
"Kami anak beranak dah bincang awal lagi sebelum datang ke sini... Katanya, tak nak tunggu lama-lama. Dia pun dah berumur. Tapi kami kena tahu juga keputusan anak akak macam mana."
Urmah serba-salah ingin membalas apa... Dirinya mahu menolak namun ketika matanya terpandangkan wajah umi dan babah, hatinya tak begitu tega untuk membantah lagi~
Dulu sudah cukup dia membantah, untuk kali ni je, egonya itu perlu dibenam jauh ke dalam tanah sehingga lapisan ke tujuh!
Tolong, kuatkan hatinya untuk membalas...
"Saya-"
Belum sempat habis ayatnya, tiba-tiba Asfanniel mencelah dengan berkata...
"... mak cik, pak cik, along saya dah sampai depan rumah!"
Dan, Urmah bagaikan tersambar petir di siang hari tika dirinya melihat gerangan lelaki dengan pakaian slim fit lengan panjang berwarna hitam dan berseluar jeans coklat terang berdiri di pintu rumah umi dan babah dengan senyuman.
Apakah semua ni?
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomantikCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...