Asqalani duduk dengan tenang berhadapan babah Urmah dan papanya di ruang tamu. Sesekali matanya melirik sekilas ke arah Urmah yang sedari dia sampai, mengelak untuk melihat ke arahnya.
Memang tidak dinafikan, dia terlambat datang ke mari kerana ada urusan pekerjaan yang mendadak. Namun, tidak dia sangka begini tanggapan Urmah tika tahu dirinya lah yang bakal menjadi suaminya nanti.
Apa muka aku kurang handsome? Hanya itu yang menjadi pertanyaan dalam fikiran Asqalani saat ni.
Keadaan rumah semakin suram bak tidak berpenghuni dengan aura mencengkam dan canggung yang terasa tebal mengudara. Apakah hari ni merupakan hari terburuk dalam hidupnya? Asqalani sendiri tidak pasti~
Entah kenapa, melihat ke arah Urmah membuat kepercayaan dirinya merundum jatuh ke tanah.
Ke sebab aku dah tua? Masih dengan fikiran negatif, Asqalani kembali menerka-nerka apa yang tidak disukai Urmah terhadap dirinya.
"As, kau senyap je... Tak ada apa nak cakap dekat bakal tunang ke?" Bisyr bersuara melihat keadaan yang tidak nyaman menyelubungi ruang tamu rumah mertuanya itu.
Matanya tak tinggal diam, sesekali dia melirik ke arah Asqalani dengan pandangan bertanya dan berubah memandang ke arah Urmah yang menekur lantai. Dia pula yang menggaru kepala melihat kerenah mereka berdua!
Ni nak nikah ke nak perang? Kenapa macam tak semangat je mereka ni?
Asqalani berdehem kecil. Namun belum sempat dia bersuara, sebuah suara lunak sudah mencelah terlebih dahulu.
"Erm, boleh kalau Urmah bincang berdua dengan encik Asqalani?"
Semua mata tiba-tiba mengarah pada Urmah dengan makna yang berlainan. Jelas ada yang gembira, pelik dan terakhir sekali menggambarkan ketakutan... dan jelas sekali tanpa perlu di beritahu itu milik siapa. Umi!
Umi memandang Urmah cepat. Tangannya terus menarik lengan Urmah dengan kejap. "Kenapa nak bincang berdua? Kami tak boleh dengar ke?" umi bertanya dengan nada menggesa.
Urmah sudah mengeluh kasar. Cepat dia menoleh memandang umi dengan pandangan tajam namun lembut. Menunjukkan ketegasan dirinya saat ni.
"Urmah perlu bincang dengan dia, hanya berdua!" katanya tegas tanpa bantahan.
Umi melirik ke arah babah dengan pandangan memohon. Babah hanya menggeleng sebagai tanda mencegah perbuatan umi itu.
"Tapi-"
Kata-katanya terhenti tatkala mendengar balasan Urmah. "... Umi nak Urmah buat apa sekarang ni?"
Semuanya terdiam tanpa dapat berbicara. Mendengar pertanyaan Urmah itu, masing-masing sudah dapat mengagak jenis perbincangan yang mahu dibincangkan dengan Asqalani.
Asqalani sendiri sudah tersenyum kecut. Nampaknya, harapannya tak akan terkabul lagi!
Terlihat pandangan umi yang memohon, memudar ketika matanya menatap Urmah. Tangannya yang masih memegang lengan anaknya itu perlahan-lahan mengendur.
"Bincanglah berdua, umi izinkan." Tanpa izin umi pun, Urmah tetap dengan keputusannya untuk berbincang bersama Asqalani. Pertanyaan tadi hanya sekadar info untuk semua yang berada di ruangan ini.
Urmah berdiri lalu berjalan ke pintu rumah. Dia berpaling ke belakang dengan matanya yang mengarah tepat ke wajah Asqalani. "Kita bincang dekat taman," katanya final.
Asqalani lalu bangun dengan membungkuk hormat pada semua yang berada di sana. Senyuman yang dilemparkan nampak kekok.
Hilang sosok tubuh dua anak manusia itu ke area taman rumah, mama Asqalani bersuara.
"Perbincangan tu ke arah yang baikkan?"
Masing-masing tak tau mahu membalas apa. Hanya babah yang tersenyum. Dengan tenang dia berkata, "... Kita percaya sahaja pada keputusan mereka. Setiap apa yang terjadi juga adalah kehendak Allah yang Maha Berkuasa. Jika mereka berjodoh, lari ke mana pun tetap dipertemukan jua. Doa yang terbaik."
"... Daripada kita tak buat apa, mari lah ke meja makan sekarang ni. Kita makan bersama. Isteri saya dah masak tadi. Sementara menunggu mereka berdua selesai berbincang," ajak ramah babah kepada mereka yang disambut dengan baik.
---
"So where do we should start?" pertanyaan Asqalani membuatkan Urmah mati kutu untuk berkata.
Memang tadi niatnya mahu berbincang bagi membatalkan niat baik lelaki itu, namun tika mereka duduk berdua, entah kenapa jantungnya berdetak tanpa henti. Bahkan dirinya gugup hanya untuk sekadar bertentang mata dengan Asqalani.
Aura lelaki itu terlalu mendominasi dirinya yang kerdil ini. Huhu~
Selepas mengambil nafas dalam, Urmah tekad! Bismillah...
"Kenapa encik nak menikah dengan saya?" Urmah bertanya hampir tidak kedengaran. Matanya takut-takut melirik pada Asqalani yang duduk berhadapan dengannya.
Dengan selamba, Asqalani bersandar di kerusi taman seraya berpeluk tubuh memandang wajah Urmah. "Simple answer. You..." Asqalani menuding jarinya tepat pada Urmah dengan sengihan, "... pretty!"
Urmah mahu menepuk dahinya saat ni. Sebab aku cantik? Tang mana aku cantik?
Urmah mengekeh pelan. "Jangan buat lawak encik..."
Asqalani terus berubah serius. Tangannya di bawa ke meja taman lalu jari-jarinya ditaut dengan erat. Badannya condong ke arah Urmah sambil menggeleng.
Harapan Asqalani yang sempat merundum, rasanya kembali naik dalam sekelip mata tika melihat wajah Urmah yang tidak tahu berkata apa.
"Saya tak buat lawak. Saya memang nak nikah dengan awak sebab awak cantik. Ada masalah dengan ayat saya?"
Tersipu Urmah dibuatnya. Sungguh, Asqalani lelaki pertama yang dia jumpa dengan perangai selamba badak. Eh tak, lelaki kedua setelah Jad~
"Encik tahukan, menikah ni tak semudah yang disangka. Jadi, encik pasti, nak menikah dengan saya sedangkan kita pun tak kenal lama... Enam tahun lepas saya jumpa encik. Itu pun saya ingat-ingat lupa. Kita tak saling cinta. Encik yakin dengan menikah, kita boleh bahagia?"
Asqalani tersenyum mendengar pertanyaan itu. Bahagia? Cinta?
Asqalani kembali bersandar di kerusi. Pandangan matanya menyiratkan sifat geli saat ni.
"So, awak rasa kalau menikah tak saling cinta tak boleh bahagia?" dia melontar soalan dengan nada tenang.
Urmah mengangguk yakin. Dia tak mahu pernikahan yang akan dia jalani kandas separuh jalan. Dia mahu seperti umi dan babah yang bahagia sehingga ke hari ni...
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...