26

8.2K 370 11
                                    

Angin sejuk menerpa wajah Urmah yang saat ni sedang leka merenung ke luar jendela biliknya melihat keindahan malam yang pekat tanpa bintang. Jelas sebentar lagi hujan akan turun membasahi bumi. Entah kenapa fikirannya tak boleh lepas dari kejadian siang tadi.

Perbincangan antara dirinya dan Asqalani membawa kepada keputusan muktamat yang mutlak tanpa bisa dia bantah lagi.

Asqalani... dasar lelaki keras kepala! Apa yang dia lihat dekat aku ni?

Dengan pasrah Urmah mengeluh. Helaan nafasnya bergabung serta dengan angin yang menerpa wajahnya manja.

Ingatan tentang perbincangan mereka menjengah tiba-tiba...

Terdengar kekehan pelan dari bibir Asqalani. "Awak tengok mama dengan papa saya macam mana?"

Urmah dibuat tercengang mendengar pertanyaan Asqalani. Apa pula tanya pasal mama papa dia ni? Tapi sebab tak mahu membiarkan Asqalani menunggu lama, Urmah membalas jua...

"Okay je. Bahagia!"

Asqalani kembali tersenyum menampakkan lesung pipit sama-samar di pipi kanannya. Eh, dia ada lesung pipit?

"Mereka sebelum menikah tak saling kenal pun... Cinta pun tak! Papa ada kekasih lain, mama dah ada tunang," Asqalani bersuara selamba. Ketenangan yang dipancarkan Asqalani tidak menular kepada Urmah. Gila mamat ni, buka aib family sendiri! Tu cerita lama kot...

"... kenapa encik cakap pasal ni?"

"Ya lah, awak sendiri angguk bila saya tanya pernikahan tanpa cinta tak akan bahagia. But, bila saya tanya pasal mama dan papa saya, awak kata bahagia walaupun baru jumpa hari ni. That's why saya beritahu awak. Mama dan papa menikah sebab family jodohkan."

Urmah melopong. Tiba-tiba sahaja dia menghentak meja taman dengan kasar. "Dah tu, mama encik waktu tu masih bertunang, papa encik ada makwe... Why?"

Asqalani mengangkat bahu tanda tak pasti. "Yang saya tahu, tunang mama curang dengan kawan baik mama sendiri. Dan mama, papa terpaksa nikah ikut kehendak family kerana harta keluarga."

Asqalani tersenyum lagi. "... But the points are, if you try to know your partner even though you not love him or her, you still can be happy. Tak semestinya menikah tanpa cinta, kita tak bahagia selamanya. Saya sendiri seronok bila tengok mama dan papa selalu tersenyum, bergurau senda walaupun kisah mereka dulu terlalu rumit."

"... Halalnya rasa cinta itu apabila kita curahkan ia pada orang yang halal. Saya mengaku saya tak baik, banyak kekurangan! Tapi saya nak mencuba. Saya memang tak kenal rapat dengan awak Urmah. Tapi, perasaan suka tak boleh halang. Saya tak nak ajak awak bercinta, saya nak kita saling bertukar rasa bila menikah nanti. Percintaan selepas menikah lebih indah," Asqalani berkata dengan matang dan tenang.

Urmah bungkam tanpa kata. Entah kenapa, mendengar nada bicara Asqalani itu membuatkan air matanya menakung di tubir mata. Urmah mendongak memandang langit seraya matanya terkedip-kedip untuk menghapus genangan itu.

Dia berdehem. Tangan kanannya mengusap dada pelan untuk meredakan rasa sesak yang tiba-tiba menghimpit dada. Tangannya juga laju mengelap air mata yang menitk jatuh ke pipi.

Urmah kembali memandang ke arah Asqalani yang masih duduk tenang di hadapannya. Anak matanya yang bewarna coklat terang, merenung dalam pada wajah Urmah yang memerah. Apakah lelaki ini tau yang dia terlihat kacak dalam keadaan begitu?

Okay abaikan pertanyaan Urmah itu tadi~

"Tapi saya masih tertanya-tanya, kenapa saya? Kalau setakat suka, ramai lagi lelaki dekat luar sana yang boleh mengaku kata sukakan saya. Kalau encik kata saya cantik, ramai lagi wanita cantik dekat luar sana..."

"... So awak nak cakap, yang saya salah dalam buat pilihan?" Urmah kembali bungkam. Kenapa lelaki ni selalu buat dia hilang kata? Apa ilmu yang Asqalani guna untuk buat dia jadi macam ni?

"Listen here Urmah... Rasa suka, rasa cinta, tu semua datang dari Allah. Saya sukakan awak kerana Allah. Rasa tu datang menjentik hati saya tiba-tiba je. Even though kita berjumpa 6 tahun lepas, but what can I do? Saya tak boleh cari perempuan lain... bahkan janji saya dengan mama pun, saya tak tunaikan..." Asqalani menjeda. Dia memandang tepat ke anak mata Urmah. Lagi, dengan senyuman, "... semua sebab awak!"

"So, at the end, you need to take the responsibility, Urmah..."

Allah, dia cakap pasal tanggungjawab pula. Yang salahkan dia, kenapa aku yang kena? Hei, Urmah kau lupa. Kau tu perempuan...

Banyak fitnah yang datang kerana seorang perempuan. Dan dia lelaki! What can I say axcept you're woman, and that's a guy... Huhu~

And that is a fact!

Kepala Urmah menunduk memandang meja taman. Suara yang Urmah lontarkan terdengar bagai tikus ketakutan. "... tapi saya tak cintakan encik."

"Kita belajar saling cinta selepas nikah. It's simple. Tak payah pening kepala. Saya dan awak, kita sama-sama cari bahagia," Asqalani bersuara membalas tatkala telinganya mendengar suara perlahan Urmah yang masih protes.

"For this conversation, saya rasa tak perlu nak panjang-panjang. Kita cuba dulu dengan menikah."

"If, kita dah nikah but still rasa cinta tu tak ada, macam mana? Encik sanggup nak bercerai?" Urmah bertanya geram. Lelaki ni... dia ingat nikah ni main-main ke macam main kawin-kawin zaman kecik dulu?

Asqalani ketawa terbahak-bahak. Urmah pula yang pening. Aku serius ni, dia boleh gelak macam aku buat lawak.

Apa ayat aku tadi kelakar?

Asqalani menopang dagu di meja taman. Matanya terkedip-kedip dengan gaya comel. "Awak rasa, awak tak akan jatuh dengan saya? Dengan wajah saya?"

Dan, Urmah kembali terdiam, tak tau nak cakap apa...

Tak dinafikan, pertanyaan Asqalani tu ada benar juga. Tak mungkin dia tak akan jatuh cinta jika sudah duduk sebumbung dan sebilik dengan lelaki itu jika mereka sudah menikah nanti.

Namun, dia masih ragu untuk membuat keputusan. Memang Asqalani sudah mengatakan kata putus bahawa mereka akan menikah dalam hujung bulan ini, tetapi Asqalani ada juga berkata...

"Urmah, kalau awak rasa dengan keputusan yang saya buat ni membebankan, awak boleh lari masa majlis akad nanti. Saya tak akan halang!"

Apa Asqalani ingat dia gila sampai nak buat macam tu? Sudah cukup selama ni Urmah membangkang kata umi dan babah. Dia tak mahu menambah beban dengan mencemar nama dan maruah keluarga~

-to be continued- 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now