Aku menunggu di tempat biasa pertemuan kami pada jam 2 petang seperti yang dijanjikan. Tapi... Batang hidung mamat tu tak nampak lagi sampai sekarang! Kang ada yang aku balik terus malas nak tunggu dah...
Sebabkan aku ni orang yang baik, aku tunggu juga. Okay, kembang hidung jap~
Aku memainkan telefon bimbit dengan malas. Puas aku scroll semua yang ada di instagram tapi tak ada apa yang menarik. Aku mendecih...
"Huh, sabar Bisyr. Kejap lagi dia sampailah tu..."
Dan, yup! Memang mamat tu sampai. Tapi pelik, kenapa dia berselubung bagai. Aku mengangkat tangan tinggi memanggil dia yang tercari-cari di setiap sudut ruangan cafe ni.
"Wei, kau dah kenapa As. Macam pelarian dah aku tengok," aku terus menegur dirinya tepat saat dia baru melabuhkan duduk di depan aku.
Dia kelihatan resah. Habis semua tempat dia pandang. Aku pula yang cuak. Sekali dengan aku ikut apa yang dia buat.
"Oi bingai! Dah kenapa dengan kau ni?"
"Mama aku... Hantar pengintip!" katanya frust seraya menyandarkan badan ke kerusi. Matanya masih lagi melilau mencari sesuatu.
"Untie hantar pengintip? For what?" pertanyaan aku hanya dibalas dengan jelingan tajam. Apa? Aku ada salah cakap ke?
"Ni semua, mama kau punya pasal lah... Lepas aku call kau semalam, mama kau pula datang rumah. Habis semua benda dia cerita. Dari A sampai Z. Apa lagi, mama aku pun keluar lah kuasa veto dia..." katanya membebel geram.
Aku dah menganga. As pula meraup wajahnya kasar. Jelas sekarang ni aku nak lari. Minta simpang tengok mamat ni mengamuk. Mahu ada aku lunyai dia jadikan punching bag! Huhu~
"As, kalau kau rasa kau nak balik, kau balik lah. Aku risaulah bila kau macam ni," kata putus aku berikan. Sebenarnya, more to menghalau.
Sekali lagi, aku ada buat salah ke? Ini kalau aku cungkil mata dia, jual dekat pembeli haram, kaya aku! Mata cantik wei...
"Mengada kau nak halau aku balik! Dah puas aku larikan diri dari mama. Kau nak suruh aku balik rumah? Mahu aku kena cincang, 44 kerat."
Aku mengeluh. Habis tu dia nak aku cakap apa?
"Dah tu, apa masalah kau ni sebenarnya. Apa kuasa veto yang untie keluarkan sampai kau lari macam ni?" akhirnya aku bertanya juga.
Aku hanya melihat dia mengambil air lemon ais yang aku order lantas selamat masuk ke dalam tekaknya. Aduh! Ni satu lagi... Aku pantang betul orang minum air aku tanpa izin. Tak kira lah member ke tak!
But, only for this moment... aku maafkan~ Selamat tinggal air lemon ais ku.
"Senang. Mama minta aku nikah, kalau masih nak jadi anak dia... Tapi, aku tak suka satu je..." katanya menjeda seketika. Aku mendengar dengan tekun.
Kesian kau ya As. Nak kata tak handsome, kalah pelakon Korea Lee Jung Suk. Ish! Ish! Ish!
"Apa dia?"
"Dia minta aku nikah dengan anak Tan Sri Luqman!"
Aku tersedak ludah seketika. Jangan tanya muka aku macam mana. Hilang macho aku!
Aku tersengih macam kerang busuk. "Kau serius lah As... Untie suruh kau nikah dengan minah tu?"
Dia mengangguk. Mukanya jelas kelihatan kelat. Nampak sangat memang tak sudi. Sebut nama pun tak sanggup.
"Tak ada perempuan lain ke? Kenapa dengan minah plastik tu juga?" kataku penuh amarah. Ni As yang kena bukan aku... Tapi kalau dah menyangkut anak Tan Sri Luqman. Okay, aku pun bengang!
"Mana lah aku tau! Kalau aku tau pun, aku nak buat apa? Kau faham sendiri mama aku macam mana. Dia kata A, aku kena ikut A juga!"
Aku memegang dahi. Pening kejap nak memikir. Susah ni susah. Siapa je di antara anak orang berada macam kami yang tak kenal dengan Tan Sri Luqman. Semua kenal. Dia investor terbesar bahagian perhotelan. Kawan rapat mama si As.
Pasal anak dia... Itu lagi! Bukan sebab dia tak cantik, uih... malah, dia sangat-sangat cantik. Kalah miss universe. Tapi cantik pun bukan ori~ Semua plastik!
"Kau dah bincang dengan untie pasal ni?"
"Kalau aku tak bincang lagi, tak mungkin mama aku hantar pengintip ikut gerak-geri aku sekarang ni. Sebab aku dah bincanglah, dia marah besar dengan aku. Siap nak lucut nama aku jadi anak!" dia berkata pasrah.
Aku mengelamun sekejap. Cuba mencari idea untuk selesaikan masalah As ni. Lama aku berfikir, tiba-tiba teringat sesuatu... Apa kata aku try tanya dulu!
"Erm, As... untie ada cakap pasal calon lain?" tanyaku dengan berhati-hati. Takut juga nanti hilang kepala dari badan, kena pancung!
"Ada, dia kata kalau tak suka dengan calon dia, boleh bawa calon aku sendiri. Tapi kau sendiri tau, aku tak ada calon lain lagi..."
Aku tersenyum lega. Boleh gak kalau macam ni. "Aku ada idea. Tapi, antara kau setuju dengan tak je lah."
"Apa dia ideanya? Kau cakap dulu, aku dengar," balas As dengan lancar. Terus tegak duduknya. Nampak sangat dia dah tak sabar. Tak menyempat sungguh mamat ni.
Aku terus sampaikan idea bernas plus gila aku. Awalnya As tak setuju, dia kan lelaki budiman. Tapi lepas dipujuk, okay dia on!
Perbincangan kami di cafe ni mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Hampir pukul 4 petang, kata sepakat sudah diambil. Tinggal dilancarkan sahaja gerak kerjanya. Hahaha!
Jahat juga aku ni. Namun, pembalasan tetap perlu dibuat. Kau tunggu sajalah, perempuan!
"Okay, sebelum balik. Air aku kau yang bayar..." aku menunjuk ke arahnya dengan senyuman remeh. Muka As, berubah lah... Aku suka! Tak ada lah melayang duit aku sia-sia ~
Jangan lupa, semalam kita dah deal!
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...