bab 49

6.9K 291 8
                                    

Tangan aku terasa seperti digenggam seseorang. Mataku terasa berat untuk dibuka. Badan pula lemah tak berdaya.

Aku cuba untuk gagahkan diri melihat seseorang itu. Namun, aku tak mampu.

" Qutni...bangunlah", terdengar suaranya memanggil namaku. Aku kenal suaranya. Aku ingin bangun dan memeluknya. Aku kena bangkit juga. Aku terlalu rindu dengannya.

" jangan tinggalkan abang.... Abang rindu dengan Qutni... Bangunlah", terdengar lagi suara lirihnya berkata.

Jangan bersedih bang.... Qutni akan ikut sedih dengan keadaan abang yang macam ni.... Kata-kata itu hanya terlontar di dalam hati. Ingin sekali aku menjerit, meluahkan rasa.

" lelaki tak guna tu, dah meringkuk dalam penjara sayang. Abang harap dengan pembalasan itu, penderitaan sayang akan semakin berkurang. Abang minta maaf pada sayang....kerana abang Qutni yang mengalami akibatnya....". Suara tangisnya semakin terdengar. Serak nada suaranya.

Andainya, aku bisa mengelap air mata kesedihannya, akan aku lakukan.... Aku hanyalah tubuh yang terbaring kaku namun bisa mendengar.

" abang akan jujur dengan sayang. Selama ni, abang buka sebuah cafe di Subang. Memang impian abang sedari kecil lagi ingin menjadi pemilik cafe. Abang ingin menjadi pengusaha yang berjaya. Dan, abang berjaya , sayang...... Abang berjaya capai cita-cita abang. Abang minta maaf pada sayang kerana selama ni abang tak pernah jujur. Abang malu jika sayang memperlekehkan pekerjaan abang..". Tanganku terasa digenggam semakin erat namun lembut, bagaikan berlian yang mahal harganya. Tak terasa air mataku mengalir menuruni pipi.

Tak bang... Qutni tak pernah ingin memperlekehkan abang. Qutni bangga dengan abang. Abanglah wira dan hero Qutni....

" jangan menangis sayang. Air matamu begitu berharga. Ibarat mutiara dalam lautan luas. Cukuplah, selama ni air mata tu, keluar demi menangisi nasib yang tiada kebahagiaan. Abang akan pastikan selepas ni, sayang akan sentiasa tersenyum gembira. Pastinya disamping abang dan bakal anak-anak kita", bicaranya lembut seraya mengusap air mataku yang mengalir turun ke pipi.

Terima kasih kerana sudi menjadi suami Qutni walaupun selama kita berkahwin, Qutni tak pernah memenuhi keperluan abang sebagai suami..

-----------------------

Sudut pandangan Asqalani.

Tak cukup lagi ke dugaan yang ingin Kau berikan kepadaku, Ya Allah?? Bukan mahu menentang ketentuan-Mu, tapi cukuplah dugaan ni..

Aku hanya insan yang lemah. Aku hanya manusia kerdil yang peminta. Jadi, ku mohon, Kau berilah kebahagiaan kepada kami.

Lama aku memandang wajahnya yang lena dalam tidur panjangnya. Sampai bila sayang nak tidur macam ni? Sayang tak rindukan abang....?

Air matanya yang mengalir aku seka lembut. Tak mahu membuatkan tuan empunya badan kesakitan.

Dugaan datang bertimpa-timpa. Selepas aku sedar daripada koma, aku dapati Urmah tiada disamping aku. Kata Bisyr, Urmah mencari makanan diluar. Jadi aku terus menunggu sehinggalah senja melabuhkan tirai, dan malam menampakkan diri.

Aku risau. Tiada khabar berita tentang Urmah. Akhirnya, baru aku tahu, dia diculik.

Aku marah dan geram. Tapi mengingat keadaan aku yang belum stabil, membuatkan Bisyr yang membantu dalam pencarian Urmah.

Aku kasihan pada Bisyr. Dia yang baru sahaja bergelar seorang bapa , dah kena membantu aku. Alasannya terlalu mudah.

" kau kawan aku, sepupu aku dan juga abang ipar aku. Aku tak mungkin biarkan kau keseorangan dalam hal ni".

Sumpah! Aku tersentuh. Syafirah juga seperti memahami. Jadi dia tak terlalu mempertanyakan alasan Bisyr dalam perkara ni.

Selama tiga hari aku menunggu berita daripada Bisyr. Akhirnya, penantian aku berakhir . Dan seperti dugaan aku. Ni semua perbuatan Jad. Apa yang membuatkan dia terlalu marah pada aku? Aku pun tak pasti.

Namun, kegembiraan aku terus berganti dengan kedukaan. Urmah dihantar ke hospital untuk dirawat. Kecederaan yang dialaminya terlalu banyak, dan mengakibatkan daya tahan tubuhnya menurun.

Dia langsung tak sedarkan diri. Dan itu, bagaikan malapetaka yang harus aku lalui. Dua hari yang aku lalui, terasa seperti dua tahun lamanya.

Bila sayang nak bangun? Itulah pertanyaan yang berulang kali aku tanyakan di dalam hati .

Aku tersentak tatkala terasa bahuku di tepuk. Aku berpaling ke belakang. Bisyr dan Syafirah tersenyum memandang aku.

Terlihat raut kesedihan di wajah Syafirah. Aku tahu, walaupun Urmah dan dia tak rapat, ikatan persaudaraan itu terlalu kuat. Ada peribahasa yang turut mengatakan air yang dicincang tak akan putus. Begitulah, mereka.

" kau dah makan belum? Mama kau kata, kau langsung tak balik semalam", pertanyaan Bisyr menjadi permulaan kepada percakapan. Aku hanya menggeleng.

Terdengar keluhan Bisyr. Aku tak ambil peduli. Yang aku pedulikan saat ni hanya isteri aku.

" kau kena jaga kesihatan juga As. Kalau kau tak sihat, macam mana kau nak jaga Urmah?".

" aku tak kisah, Syr. Isteri aku lebih perlukan perhatian aku saat ni. Macam mana kalau dia sedar nanti, aku tak ada dekat sisi dia?".

" bila Urmah sedar, mesti ada awak As. Awak mesti jaga kesihatan juga. Saya tak nak lagi, duduk dan melawat ke hospital setiap hari hanya kerana ada seorang lelaki yang terlalu keras kepala". Syafirah bersuara. Aku tersentak.

Aku terus merenung wajahnya.

" saya dan Bisyr ada banyak urusan. Dengan Rykal yang baru lahir, mana nak urus cafe awak lagi.... Awak tak kesian pada kami ke, As?", tanyanya lagi.

" maafkan aku.....", luahku dari lubuk hati yang terdalam. Aku dah terlalu banyak terhutang budi pada mereka.

Terlihat senyuman mereka yang merekah di bibir.

" kalau macam tu , kau pergi makan dulu. Biar aku yang jaga dan tengokkan Urmah. Kalau ada masalah, aku akan call kau dengan segera",janji Bisyr padaku. Aku hanya mengangguk dan melangkah keluar daripada ruang wad yang ditempati Urmah.

Tunggu abang, sayang......

----------------------

Dengan terkocoh-kocoh, aku berlari ke ruang wad yang Urmah tempati saat ni. Tak aku hiraukan, pandangan para pesakit dan doktor yang melihat pelik kearahku. Ahh! Biarkan. Tak penting untuk waktu ni.

Yang aku perlukan, hanya isteri aku sahaja.

Aku berhenti di hadapan pintu wad. Untuk pertama kalinya, aku gugup untuk bertemu isteri aku sendiri.

Aku memegang pintu wad dan aku buka perlahan. Aku melihat ruang wad sudah pun penuh dengan ahli keluarga yang lain.

Wow! Cepat sungguh diorang sampai.

Tak perlu peduli. Sekarang ni, my wife!

Dalam kerumunan itu, aku melihat mata indahnya yang memandang tepat kearahku. Mengatakan bahawa dia sudah pun pulang.

Aku tersenyum lembut. Akhirnya, bidadari yang berada di sampingku sudah kembali. Bidadari yang akan menemani aku di syurga nanti.

Urmah Qutnina... Kau lah wanita yang sangat aku cintai

-------------------------

Jangan lupa vote dan comments.

-thirahzahri-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now