17

8.7K 388 2
                                    

Pandangan mata aku arahkan ke jam dinding. Jam 1:20 petang. Lama juga aku tertidur selepas menangis tadi. Haih, nasib-nasib~

Aku bangun mendadak dan menuju ke meja solek. Melihat pantulan wajah aku sendiri, buat aku ngeri. 

Urmah, betul ke ni kau? Bukan pontianak harum sundal malam?

Mana tak nya, dengan mata bengkak, hidung merah macam badut, muka pucat, tudung dah serupa rambut mengurai... Aduh, hilang ayu! Lagi aku tak mandi pun lepas balik dari pasar tadi.

Baik aku mandi sekarang daripada aku jadi adik beradik ikan!

---

Laju tangan melipat telekung yang dah aku guna. Aku tersenyum kecil. Sambil menyanyi pelan, aku melangkah ke arah penyidai. Nampak macam tak ada masalah je ek?

Ting!

Bunyi pesanan masuk membuatkan aku melangkah cepat ke arah katil masih dengan menyanyi. Telefon diambil cepat untuk melihat nama si pengantar. Nisah? 

Nisah

Assalamualaikum Urmah. Kau free tak sekarang? 

Dengan lincah, aku menaip untuk membalas mesejnya. Ni mesti nak ajak jumpa. Elok sangat...

You 

Waalaikumsalam, aku tengah free ni. Nak jumpa ke? 

Tak sampai seminit, pesanan aku sudah dibalas. Ni pakai turbo apa? Laju betul menaip. Aku menaip pun macam siput.

Nisah 

Jom hang out. Dah lama tak jumpa. Rindu dekat kau. Aku tak sanggup nak tanggung rindu yang menggunung ini. Huhu :(

Oi, mak cik. Macam setahun kita tak jumpa ya? Rindu menggunung bagai~ Nasib aku memang tau perangai diorang macam mana.  

You 

Okay, dekat mana? Tempat biasa ke? 

Mendapat balasan 'Ya' dari Nisah, aku terus bersiap. Tak sabar nak jumpa diorang~

---

"Misalwa Jannah, Nisa Fanisah. I miss you guys so much!"

Aku menjerit lantang tanpa pandang kiri kanan tepat ketika melihat mereka yang duduk di meja sudut cafe.

Nisah yang ketika itu sedang meneguk minumannya tersedak teruk. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk.

Mijan pula mengurut dada pelan. Tak lupa juga, muncung panjang sedepa kelihatan. Dah macam donald duck punya muncung. Hehe~

"Woi malu lah," tegur Nisah dengan wajah memerah. Tak lupa dia berdiri memohon maaf pada pengunjung yang melihat tingkah aku tadi. 

Aku? Alah, buat bodoh je~

"Aku pun rindu dengan kau. Dah cepat duduk," arah Mijan bersahaja. Ni lagi, dia bukan kesah pun. Yang penting, aku dah datang. 

Aku terus mengambil tempat kosong di sebelah Nisah. Dengan muka tak bersalah, aku menerka. "Ada apa korang nak jumpa aku ni? Tak kan sebab rindu je..."

Nampak muka serba-salah di situ. Jangan-jangan...

"Kami nak tanya pasal Syafirah."

Aku mengangguk kecil. Dah agak! "Hah, nak tanya apa?" gesa aku cepat. 

"Betul ke Syafirah nak kahwin?" tanya Mijan hati-hati. 

"Erm... betul," aku menjawab malas. 

Nisah membetulkan duduknya lalu menatap aku dengan pandangan... er, simpati?

"Kau tak kisah ke, Urmah? Kau kan kakak dia, korang kembar pula tu..." Nisah berkata perlahan seraya memegang tangan aku kejap. 

Aku menjilat bibir yang terasa kering. "Aku tak kisah. Lagi elok dia nikah daripada aku."

"Kau tak jealous?" serentak mereka berdua bersuara. 

"Tak pun." 

Melihat mereka berdua mengeluh membuatkan aku tersenyum kecil. "Kenapa aku mesti jealous? Sedangkan, nak membina rumah tangga tu susah. Lebih baik aku enjoy-enjoy masa muda aku dulu, daripada aku stress fikir pasal anak." 

Mijan mengangguk setuju. "Betul juga. So, bila tarikh nikahnya?" 

Aku fikir dah selesai, rupanya belum. Susah betul nak jawab soalan dia ni. Lagi susah daripada kimia.

Aku menggaru belakang kepala yang terselindung di sebalik tudung bawal yang aku guna.

"Entah, tahun depan kot..."

Aku tersengih melihat wajah tak puas hati mereka berdua. 

Nisah mendengus kesal. "Tarikh nikah adik sendiri pun tak tau."

Dei, buat apa aku nak tau? Tak penting pun~ Bukan aku yang nikah.

Belum sempat aku membalas, tiba-tiba seorang pelayan perempuan datang menghampiri meja kami.

"Maaf, siapa cik Urmah?" tanya pelayan itu ramah. Aku memandang pelik tapi tak menyahut. 

Nisah menunjuk ke arah aku. "Dia..." balasnya tak kalah ramah. Aku menyiku pinggangnya geram. 

Pelayan itu tersenyum lembut. Dia menghulur sebuah kotak berbalut kertas biru langit. Aku menerima dengan teragak-agak. 

"Saya cuma menyampaikan kotak ni kepada cik atas permintaan salah seorang pelanggan kami. Satu lagi, dia pesan, buka kotaknya di rumah." Pelayan itu membungkuk untuk meminta diri lalu bergerak pergi. 

Mijan dan Nisah memandang tajam. Kemudian, senyuman nakal terlihat di bibir mereka. Serentak mereka berkata...

"Wah, dah ada secret admirer lah!" 

Aku tersengih canggung. Tapi dalam hati, pengirim yang sama ke?

---

Perlahan aku menolak pagar rumah dengan kotak hadiah di tangan kanan. Penat! 

Sebelum menutup pagar, aku melihat sepucuk surat di sela-sela pagar. Aku mengambilnya. Melihat nama aku di sana, membuatkan aku bersemangat~

Aku meletak bungkusan kotak ke lantai simen. Aku terus mengoyak kasar surat itu untuk melihat isinya.

Aku baca dengan tekun sehingga lah... 

Aku berlari masuk ke rumah tanpa pedulikan bungkusan kotak di lantai simen luar. 

"Umi, babah... Urmah dapat tawaran sambung belajar," jerit aku lantang kerana terlalu gembira. 

Lepas ni, aku pasti tak malukan umi dengan babah lagi~

-to be continued-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now