32

9.1K 344 6
                                    

Urmah dikejutkan dengan kedatangan dua tetamu kehormat yang tidak diundang ke rumahnya. Amoi dua orang ni, tak reti nak roger-roger dulu agaknya...

Main redah rumah orang, buatnya jika Urmah tiada di rumah macam mana? Kan susah pula menjerit, terpekik terlolong depan rumah orang~

Cari nahas namanya tu...

"Dei, ane, tak reti call dulu ke? Phone ada apa citer? Buat hiasan?" Urmah memerli dua sahabat baik hingga ke Jannah nya iaitu Nisah dan Mijan ketika mereka sudah duduk di ruang tamu rumah.

Sambil berpeluk tubuh, Urmah duduk di sofa single seraya memandang mereka yang tersengih bagaikan kerang busuk. Sah, diorang memang sengaja tak nak call!

"Alah, rilek lah pengantin baru... Kitorang saja je datang mengejut ni. Buat surprise!" bicara Nisah selamba. Haih, nasib kawan~

"Ke kau nak kitorang balik? Boleh je... aku reda."

Aduh Nisah. Dia dah buat jurus terbaik dia tu. Merajuk tak kenal tempat. Ada ke Urmah larang mereka untuk datang? Dia cuma bertanya kenapa tak call, tu je...

"Aku tak cakap pun korang tak leh datang. Aku cuma tanya kenapa tak call. Kalau tadi aku tak de dekat rumah macam mana?"

Mijan dan Nisah kembali tersengih. Melihat Nisah menggaru kepala, Urmah boleh agak apa yang akan dia kata sekejap lagi...

"Aah, tak terfikir pula aku..."

Kan, betul? Lain kali plan betul-betul cik kak!

Nisah berdehem. "Erm, Urmah... suami kau mana?" tanya Nisah. Kepalanya terjenguk-jenguk bagaikan burung belatuk melihat kawasan rumah umi dan babah ni. Mencari Asqalani agaknya. Mijan pula dah menyiku-nyiku tangan sang sahabat.

Malu oi, datang rumah kawan, tanya suami dia pula...

"Kenapa kau rindu dengan laki aku? Bukan dengan aku?" Urmah bertanya serkap jarang. Mana tahu betul pula tekaan. Boleh buat musuh Nisah lepas ni. Make sure, ingatkan dia untuk buat list nama wanita yang perlu dia jauhkan dari sang suami...

Handsome wo laki aku, jangan buat main! #Urmahcemburubuta

"Ish kau ni... aku datang ni sebab rindu kau lah. Dah sebulan kau nikah, dua tiga kali je aku jenguk. Cuma aku pelik, selalunya kalau aku datang ke sini, kalau tak nampak dia tak sah. Tiba-tiba hilang macam ditelan bumi. Tu aku tanya."

Oh, ingatkan dia suka Asqalani. Kalau tidak, alamatnya memang Asqalani tak Urmah izinkan keluar rumah. Jadi putera lilin sahaja sebagai hiasan dalaman. Siapa suruh muka smart sangat? Kan Urmah dah ada niat nak quarantin Asqalani dalam rumah.

"Suami aku keluar sekejap beli barang dapur. Umi minta tolong tadi," Urmah menjawab seadanya. Tak elok pula dibiar tergangtung soalan Nisah tadi.

"Kau tak ikut pula?" tiba-tiba Mijan bersuara. Urmah hanya menggeleng.

"Aku nak ikut, tapi dia tak izinkan. Lagi pun, kalau aku ikut tadi, tak adalah korang jumpa aku kat sini."

Urmah hanya perhati Mijan dan Nisah yang saling mengangguk faham. Namun, wajah Mijan berubah teruja entah kenapa sehingga membuatkan dua wanita yang berada satu ruangan dengannya hairan. Awat?

Urmah dan Nisah saling berbalas pandang. Buang tebiat kawan kita ni!

"Kau kenapa? Dah macam orang kena sampuk," Urmah bertanya cepat. Takut juga Urmah, kalau si Mijan histeria dekat rumahnya. Tapi, betul ke orang kena sampuk muka menyengih?

Okay, abaikan...

"Bagus, suami kau tak ada. Aku ada story nak share ni. Berita panas... sesekali aku nak juga jadi mak cik bawang," Mijan berseloroh.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now