Sudut pandangan Urmah
Selepas kedatangan bakal mertua tak jadi aku minggu lepas, akhirnya aku bebas dari segala masalah. Hoho! Yippi~ Saya suka, saya suka... sangat suka!
Cuma satu je masalah aku sekarang ni, keputusan SPM bakal aku ketahui hari ni. Sungguh aku gabra setengah mati. Sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah, aku dapat rasakan betapa sejuknya tangan aku. Macam aku simpan dalam ice box.
Bermacam kata semangat yang umi dan babah berikan kepada aku dan syafirah ketika di dalam kereta. Aku berdiam diri manakala si Syafirah pula tak sudah bercakap. Mulut tu dah macam bertih jagung. Membebel je tak sudah. Naik cair taik telinga aku ni dengar suara cempreng dia tu...
Aku pun pelik, tak ada orang sound pasal suara petir dia tu ke? Aku yang duduk satu rumah dengan dia pun boleh tak tahan, ni kan pula orang lain.
But, tu bukan hal aku!
"Urmah, Firah. Banyak-banyakkan berdoa. Mohon permintaan yang baik. Minta pada Allah agar keputusan kamu berdua cemerlang. Umi dan babah sentiasa doakan kamu berdua berjaya. Andai kata, keputusan kamu berdua kurang memuaskan, umi dan babah cuma reda sahaja. Kami tahu, kamu berdua dah berjuang sehabis mungkin. Kita cuma perlu bertawakal kepada Allah agar apa yang kita lakukan itu mendapat rahmat dari-Nya. "
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham walaupun aku tau umi bukan nampak pun sebab aku duduk dekat seat belakang. Jujur aku kata, mulut aku bagaikan terkunci.
Kereta babah dah berhenti di dalam kawasan sekolah. Aku mengambil nafas panjang lantas keluar dari kereta. Yakin atau tidak, aku belasah je!
Sesampai sahaja kami di luar dewan, tempat aku mahu mengambil slip keputusan, aku merasa seperti mahu pitam. Aku sempat berpaut pada tiang yang berada di luar dewan.
"Kau takut ke? Wei, rileks lah... anggap macam dewan kosong je, " sempat lagi syafirah memerli aku. Aku hanya memberi jelingan tajam! Cih, budak tak cukup sifat baik tak payah layan... Buat sakit otak je nanti.
Aku melangkah masuk ke dalam dewan dan menuju ke arah kerusi yang disediakan.
Aku melabuhkan duduk di atas kerusi pada barisan paling belakang. Aku takut nak duduk di bahagian depan. Andai kata aku gagal, mana aku nak sorokkan muka? Malu aku nanti...
Dapat aku lihat dari arah belakang ni, Mijan dan Nisah yang sedang rancak berbual. Tak takut ke? Pertanyaan aku ini hanya terlintas dalam fikiran sahaja.
Perasaan aku semakin menggila apabila keputusan pelajar SPM yang mendapat straight A bakal diumumkan. Jantung aku macam dah nak terkeluar dari badan sekarang ni. Takut aku semakin menjadi.
Tetapi, perasaan gementar dan takut aku, digantikan dengan perasaan syukur, teruja dan gembira. Nama aku ada di antara pelajar yang disebutkan.
Alhamdulillah, aku panjatkan kehadrat Illahi. Aku benar-benar gembira.
---
"Tahniah, Urmah. Aku gembira kau lulus dengan cemerlang. Aku bangga dapat kawan macam kau."
Kembang setaman aku apabila mendapat pujian daripada rakan-rakan sekelas. Ada juga di antara mereka yang membandingkan aku dengan syafirah.
Tapi aku malas nak layan. Kalau aku mengata, itu darah daging aku sendiri. So, aku zipkan mulut sahaja. Padahal setiap saat aku mengata minah gedik tu, tapi dalam hati je lah~
"Wei, aku dari tadi tak nampak syafirah. Dia ke mana? Kau tau tak?"
Aku sekadar menggeleng kepala tidak tahu. Aku memang tak ambil tahu, ke mana dia menghilangkan diri. Dah macam chipsmore kembar aku tu...
"Hah! Tadi rasanya aku nampak dia. Tapi dia dengan lelaki. Boleh tahan muka mamat tu. Nampak gaya macam ahli koperat je," kata Maslina merangkap rakan sekelas aku dan Syafirah.
"Bila kau nampak dia?" aku mula bersuara. Just nak tau je...
"Masa aku nak datang dekat kau tadi nak ucap tahniah. Aku nampak dia dengan mamat tu dekat blok belakang sana," balas Maslina seraya menuding jari ke arah kanan aku yang berdekatan dengan bahagian makmal di belakang sekolah.
Rakan sekelas yang lain hanya mengangguk faham. Semua sedia maklum akan perangai Syafirah. Aku hanya mendengar. Aku tak mahu comment apa-apa. Nanti takut kena lada dengan umi kalau dia tau aku mengata anak kesayangan dia!
---
Setibanya kami di rumah, umi terus memeluk aku dengan erat. Dapat aku dengar esakan kecil yang mengalir keluar dari bibir umi. Aku dengan perlahan, membalas pelukan erat yang umi berikan. Tak balas kang kata anak tak kenang budi...
"Tahniah, sayang. Umi tak sempat nak ucapkan tadi. Seronok sangat. Lagipun umi berbual dengan bakal besan umi. Umi bangga dengan urmah," kata umi dalam esak tangis.
Ouh, padanlah tadi umi buat tak endah je dekat aku. Aku faham sangat kalau macam tu!
"Terima kasih, umi. Urmah akan sentiasa ingat kata-kata umi tadi." Aku tergelak kecil kemudiannya~ Nak menutup rasa sedih sebenarnya.
Syafirah yang berada di sebelah umi, kelihatan sugul raut wajahnya. Apabila mata kami bertentangan, dia terus berikan aku satu jelingan maut. Aku hanya membalas pandangan matanya dengan pandangan tak peduli.
Aku tahu dia marah dekat aku. Nak kata semua salah aku? Hello, kita memang kembar, tapi IQ lain-lain.
Siapa suruh tak nak belajar? Asyik ingat nak melawa je, apa benda? Bukan boleh bawa ke mana pun cantik tu.
Aku pun tak boleh nak bantu apa-apa. Aku cuma mampu doakan saja lah. Itupun kalau dia masih sudi nak doa dari aku!
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...