Aku merenung ke luar jendela bilik. Angin sejuk pagi menyapa dingin kulit muka yang terdedah. Aku menggosok pelah lengan tangan sekadar untuk menghangatkan diri.
Aku ni macam orang busy. Asyik termenung je. Fikiran entah melayang ke mana. Aku mesti buat something untuk hilangkan bosan!
Aku kembali menghela nafas lantas berpusing untuk ke bilik air.
Terdengar bunyi ketukan dari luar membuat aku bergerak pantas ke arah pintu. Aku membuka pintu dengan lebar sehingga menampakkan wajah umi yang tersenyum manis.
"Urmah, nanti teman umi pergi pasar ya. Barang dapur dah tinggal sikit. Syafirah tak dapat ikut. Katanya penat. Urmah teman umi ya? Babah tak dapat teman umi, " umi berkata perlahan dengan penuh harap kepada aku. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Bagi Urmah sepuluh minit. Urmah nak mandi sekejap ya. Urmah busuk sekarang ni. Tak pasal-pasal ada yang pengsan lalu sebelah Urmah," aku berkata dengan sengihan di bibir.
Umi memukul perlahan bahu aku lantas menutup hidungnya. Macam lah aku ni busuk sangat?
"Ei, pergi mandi sana. Anak dara, busuk-busuk macam ni tak laku tau," seloroh umi membuatkan aku tergelak kecil.
"Yang tak laku ni anak umi jugakan?" aku membalas nakal kata-kata umi. Dan hadiahnya, aku mendapat cubitan berbisa di awal pagi, khas daripada umi.
Aku menggosok lengan seraya mendesis pelan menahan sakit akibat cubitan umi tadi.
"Umi tunggu dekat bawah. Lambat tinggal," ugut umi.
Eleh, kalau aku tinggal, tak adanya beli barang dapur nanti! Umi tak ada geng nak minta tolong~
---
"Umi nak beli apa ni? Dah dekat tiga gerai kita singgah tapi satu apa pun umi tak beli lagi," aku merungut penat. Rasa nak tercabut kaki. Dah lah tu, umi buat muka stone dia dari tadi.
"Umi tak jumpa barangnya, nak buat macam mana. Kita pusing-pusing je lah pasar ni."
"Umi nak beli apa? Biar Urmah tolong carikan. Kalau tak, alamatnya satu pasar ni kita tawaf. Mana note barang yang umi dah tulis?" tanya aku seraya menghulurkan tangan untuk mengambil senarai barang yang umi pegang.
Umi menghulurkan kertas kecil pada aku. Aku mengerut dahi. Ni kan barangan basah, dah kenapa lah umi ajak aku ke barangan kering?
Hailah, umi~ Nasib sayang. Aku terus memegang tangan umi lalu bergerak pergi. "Jom kita beli ayam dengan ikan dekat sana."
"Eh, kenapa tak cari dulu barang keringnya?" umi merungut pelan.
Aku menunjukkan kertas tadi kepada umi. "Lebih baik kita beli barang basah dulu sebelum habis. Nanti tak sempat nak beli ikan fresh," aku membalas ringan sungutan umi.
"Erm yalah, umi ikut je kami ni..." Umi berkata pasrah. Aku hanya menggeleng pelan. Ada-ada je umi ni.
Aku menarik lembut tangan umi membelah kerumunan manusia yang bertambah ramai di pasar saat ni.
---
Sudut pandangan Asqalani
Pagi-pagi lagi, mama dah ajak aku pergi pasar. Ni yang malas. Bukan apa, aku tak selesa. Ramai orang satu dengan berbau lagi... Aih, nasib lah~
Fan pula bukan nak teman mama, dia lagi syok membuta tak ingat dunia. Aku juga yang kena teman. Tapi itu pun, sekali dengan pakej bebelan mama di pagi hari. Tak berhenti, dari keluar villa sampai lah keluar dari kereta menuju ke pasar sekarang ni.
"Along cepat lah. Kamu ni jalan macam siput. Siput pun lagi cepat dari kamu tau," tempelak mama membuatkan aku sedikit tersentak. Langkah aku percepatkan seiring langkah mama yang sudah berada di dalam pasar.
Allah! Bau pasar ni menyengat sungguh. Rasa nak muntah pun ada. Baldi, baldi, di mana kau?
"Tak payah nak drama sangat, along. Ada yang mama sumbat sotong ni dalam mulut kamu nanti. Muka tu, jangan buat macam tu," mama menunjukkan sotong yang dipegang tepat ke depan muka aku. Siap mama, goyangkan lagi. Aku hanya menahan nafas sekarang ni.
"Along mana ada buat muka ma," aku cuba membuat raut wajah sebiasa mungkin. Tak nak kena sembur lagi dengan mama. Pedih telinga!
Aku semakin mendekat ke arah mama. Mama menoleh memandang aku dengan pandangan peliknya. Aku hanya membalas dengan senyuman. Aku nak balik~
Sedang aku menempel pada mama, tiba-tiba aku terdengar ada seseorang menjerit memberi peringatan...
"Encik, ke tepi!"
Aku terpinga-pinga cuba memahami situasi.
"Along..." mama bersuara terkejut. Mama sempat mengelak tatkala mendengar jeritan tadi tapi tidak aku.
Sekarang ni, aku sudah bermandikan air ikan! Aku menelan liur payah. Kenapa lah nasib aku teruk pagi ni?
"Encik maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja. Saya tergelincir tadi, tak sangka pula encik tak mengelak. Maafkan saya... "
Suara wanita memohon maaf terdengar di tepi aku. Badannya sedikit membongkok buat aku tak dapat tengok muka dia.
Sedaya-upaya aku menahan marah. Muka aku? Jangan tanya, terasa panas membahang. Aku memandang kawasan sekitar. Ramai yang memerhatikan kejadian tadi.
"Lain kali kalau jalan kawasan sini, hati-hati. Nasib saya yang kena bukan orang lain," akhirnya aku bersuara setenang mungkin. Nak marah tapi tak jadi, sebab dia pun tak sengaja.
" saya... " wanita itu mengangkat wajahnya untuk memandang aku. Aku terus terdiam sama sepertinya. Tak sampai beberapa detik~
"Encik!"
"Awak..."
Wah, jodoh aku!
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...