Keadaan rumah ketika aku masuk sudah gelap, sunyi. Pasti umi dengan babah dah berehat dalam bilik. Baru jam 9 malam, namun sunyi yang terasa bagaikan mencengkam ke hulu hati. Nasib aku bukan penakut, selamat lagi aku balik malam-malam macam ni...
Ceh, belagak! Padahal tadi pagi cuak jumpa mamat nama Jad tu~
Diam lah hati, jangan nak buat aku malu dengan pembaca sekarang ni! Biar lah sesekali aku nampak kuat...
Aku meletak kasut yang sudah aku buka ke dalam rak kasut. Perlahan aku menutup pintu rumah sehinggakan tidak berbunyi.
Namun belum sempat aku menekan suis lampu, sudah ada tangan lain yang menekannya dulu. Aik? Siapa lagi ada dekat rumah ni?
Aku mengernyit. Silau mata kerana cahaya lampu yang tiba-tiba menyerang pandangan. Selepas yakin mata tak sakit lagi, aku membuka perlahan kelopak mata untuk melihat ke depan.
Di sana sudah berdiri Syafirah seraya bercekak pinggang di tepi tangga. Lah, dia tidur rumah ke malam ni? Asal aku tak nampak kereta Bisyr pun tadi?
"Aku tidur sini, suami aku keluar beli makanan kejap. Aku ngidam," dia berkata seperti faham apa yang aku tengah fikirkan.
Aku hanya mengangguk malas.
Syafirah berdehem pelan. Aku dah berkerut dahi. Sakit tekak ke?
"Kau kalau sakit tekak, pergi dapur... minum! Jangan lambat-lambat minum tu," aku bersuara cepat. Aku mengusap perlahan belakang tengkuk yang berlapiskan tudung. Aduh, leher aku kram pula~
Aku berjalan ke arah tangga dengan cepat. Namun berhenti di hujungnya seraya mengangkat sedikit kening pada Syafirah yang masih tak berganjak. Mak buyung sorang ni tak faham ke aku nak lalu?
Keluhan aku lepaskan. Aku malas nak bertekak malam-malam macam ni. Sedaya-upaya aku tak nak buat dia tersinggung, nanti aku juga yang dipersalahkan. "Boleh beri laluan tak? Aku nak naik bilik."
Dengan teragak dia bergerak ke tepi memberi aku laluan.
Aku dah penat sangat hari ni. Satu hari aku cari studio yang boleh aku guna tapi tak ada satu pun yang berkenan. Sewa mahal, terlalu kecil, terlalu besar, tempat tersorok dari orang ramai dan macam-macam lah lagi masalah yang aku hadapi. Semua tak kena dekat mata...
Besok pagi aku nak cari lagi... Tapi tu lah, bila aku nak keluar pun tak pasti. Masalah aku ni satu je, tak boleh jumpa katil. Alamatnya, selamat tinggal kerja!
Aku menyentuh dinding. Terasa pening tiba-tiba. Cepat aku membongkok seraya memicit dahi bagi mengurangkan pening.
Menoleh cepat aku ke samping tatkala badan aku dipeluk seseorang. Melihat wajah Syafirah membuatkan aku lega. Nasib dia, buatnya kalau ada hantu yang peluk aku, mahu arwah aku dekat sini...
"Eh, kau okay tak ni?" tanya Syafirah cepat. Cemas ke dik?
Aku menepis perlahan tangannya. Jahatnya aku~ Orang buat baik, aku tolak mentah-mentah...
"Aku okay..." balas aku dengan senyuman ringan lalu beranjak naik semula. Namun belum sempat aku sampai di anak tangga terakhir di tingkat atas, kembali suara Syafirah terdengar.
"Urmah, aku minta maaf pasal semalam..."
Aku menoleh sekilas. Tanpa menyahut permintaan maafnya, aku hanya mengangguk kecil. Kembali aku melangkah ke bilik...
Pintu bilik dibuka lantas aku tutup cepat. Badan aku sandarkan ke belakang pintu. Kepala pula terngadah ke atas. Mendengar permintaan maaf Syafirah tadi, buat aku terfikir.
Kenapa ya kitorang tak macam kembar yang lain?
---
"Urmah, hari ni kamu nak keluar lagi ke?"
Aku tercengang. Dengan mata bengkak kurang tidur, aku perhatikan wajah umi dalam-dalam.
Pagi-pagi lagi umi dah tanya aku dengan suara petirnya. Amboi, umi... macam marah je aku nak keluar lagi?
Semalam aku keluar sebab merajuk. Hari ni memang aku ada hal kerja~
Aku menelan kunyahan mee goreng buatan umi dengan cepat. "Ya umi, Urmah nak cari studio kecil," aku membalas selepas menelan habis mee goreng yang ada di dalam mulut.
Wajah umi kelihatan resah. Dah kenapa umi ni?
Babah yang membaca surat khabar, terus melipatnya lantas diletak di samping meja makan. Aku menoleh melihat wajah Syafirah dan Bisyr yang juga diam tak mencelah pada pagi ini. Ada apa?
Babah memandang aku tepat di mata. Membuat aku kecut seketika~
Kaca mata yang dipakai babah, melurut turun dari hidungnya, tapi babah buat tak peduli.
"Hari ni, kamu tak payah keluar dulu..." suara tegas babah memecah suasana tegang kami.
Aku meletak garfu di samping pinggan makan. Dengan pandangan menantang, aku membalas renungan tajam babah. Senyuman juga aku lemparkan.
"Kenapa Urmah tak boleh keluar? Ada apa?"
Umi menepuk perlahan lengan babah. Melihat wajah babah yang mengerut sakit, buat aku makin pelik dengan mereka. Entah kenapa, situasi ini macam pernah terjadi beberapa tahun lepas. Seperti dejavu~
"Ada apa?"
Babah mengambil cangkir cawannya, lantas meminum cepat kopi panas yang dituang umi tadi.
Aku menunggu dengan dahi berkerut. Katakan aku tak sopan dengan menopang dagu di meja makan, namun aku penasaran dengan kerenah mereka.
Jangan kata-
"Hari ni, Urmah tak yah keluar... Ada tetamu nak datang ke rumah," balas babah.
Aku tersengih. "Ada kaitan dengan Urmah ke?"
Babah, umi tak lupa juga Syafirah dan Bisyr mengangguk serentak dengan berkata...
"Ya!"
Aku menunduk dalam... Rasanya aku dah boleh agak kot~
Dengan menjilat bibir yang tiba-tiba terasa kering, aku merenung pinggan mee goreng yang masih tinggal separuh isinya. Menarik nafas dalam lalu...
Bismillah~ Satu, Dua, Tiga!
"Okay, Urmah stay rumah..."
Akhirnya, keputusan itu yang aku ambil. Sekurangnya, untuk kali ni, biar aku jumpa dulu siapa orangnya. Aku tak nak kejadian lama berulang kembali!
-to be continued-

YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
Любовные романыCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...