30

8.7K 320 2
                                    

Sudut pandangan author

"kenapa? Kenapa, Urmah? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa yang kurang pada aku? Apa?"

Kelihatan seorang lelaki, setengah sedar sedang meracau sendiri di temani rakan disamping. Lelaki itu terus meracau tanpa menghiraukan hiruk-piruk di sekitarnya.

"Jad,  kau dah mabuk ni. Stop lah minum tu," bujuk si teman kepada lelaki yang dipanggil Jad itu. Dia cuba merampas minuman keras itu tetapi tangannya ditolak kasar oleh Jad.

"Kau tak faham, Ad.  Kau tak faham apa yang aku rasa. Apa hebatnya mamat tu nak di bandingkan aku?" marah Jad seraya meneguk minuman haram yang berada di dalam genggamannya sedari tadi.

Adyan hanya menggeleng melihat perlakuan Jad yang sudah hilang pedoman diri. Hanya disebabkan perempuan yang dia suka, nikah dengan orang lain dia meroyan macam ni. 

Jad pun satu. Kalau suka perempuan tu, kenapa tak tegur dari zaman sekolah lagi? Kan dah gigit jari, melepas dikebas orang lain. Padan muka~

Satu lagi, apa dia ingat aku tak pernah patah hati? Aku pun pernah lah, Adyan terus merungut melihat perlakuan Jad yang semakin hari semakin teruk.

Tak dihiraukan kawasan sekitarnya saat ni. Jad tetap dengan dunianya. Pandangan nakal wanita-wanita yang memandangnya,  dibuat tidak peduli. Hatinya sakit!

Suasana yang bising, gelap dan berbau, tak menjadi masalah pada Jad. Sekarang, dia cuma mahu mengingat wajah Urmah yang ayu sahaja. 

Yang buat dia meradang, baru dia tau hari ni merupakan majlis nikah Urmah dengan lelaki asing tu. Tu pun secara tak sengaja dia bertemu dengan Nisah, sahabat baik kepada Urmah. Kerana mulut Nisah yang suka berkata lepas, dia tau. Kalau tidak, sampai ke sudah dia tak tau apa-apa berita!

"Jad,  lupakan je lah Urmah tu. Lagipun, sekarang ni dia dah jadi hak orang kot. Dia bini orang wei. Ramai lagi perempuan dekat luar sana yang nak dekat kau. Kau tak boleh macam ni. Hidup kena move on," Adyan bersuara bagi menyedarkan Jad yang semakin hilang kendali diri.

Jad tertawa lepas mendengar bicara Adyan. Baginya, itu semua tipu. "Ad, perempuan tu semua bukan suka aku tapi duit aku. Aku tak nak orang lain, aku nak Urmah sorang je. Aku dah lama suka dia, Ad. Aku tak boleh lupakan dia macam tu je."

"Bro, kau silap bro... Sepatutnya kalau kau suka, dari dulu kau dah ayat dia. Bukan jadi pengkagum rahsia je. Tengok dari jauh dapat apa? Kan kau yang melepas..."

"... Jad,  kau handsome layak dapat yang lebih baik daripada Urmah. Apa yang ada pada perempuan tu sampai kau tergila-gila sangat dekat dia? Aku tak faham dengan kau ni. Nak kata waktu kita sekolah dulu tak ramai budak yang cantik,  aku tengok ramai je. Bukan setakat ramai tapi berderet single. Kenapa mesti Urmah?" tanya Adyan pelik. Kawan aku ni betul-betul tak ada taste. 

Jad termenung. Banyak sebab kenapa hatinya memilih Urmah berbanding wanita lain. Memang, ramai lagi wanita yang lebih cantik, tetapi hendak mencari wanita yang pandai menjaga pergaulan sangatlah susah. Itu lah sebabnya dia terpikat pada Urmah.

Urmah seorang yang tegas, tetap pendirian dan yang sangat dia sukai mengenai Urmah ialah Urmah tak pernah mahu bergaul dengan lelaki. Bercakap bila perlu. Jad tertarik untuk mendekati Urmah kerana baginya ia satu perkara yang mencabar.

"Susah nak cari perempuan macam dia, Ad..." Jad berkata sambil menunduk memandang meja bar.

"... Aku cuma mahu nak yang terbaik buat aku."

Kali ni,  Adyan ketawa lepas. Jad, Jad... cuma mahukan yang terbaik, tapi dia? Terbaik sangat ke?

"Jad, tak salah angan-angan kau tu. Tapi, cermin dulu diri kau! Terbaik ke kau untuk dia? Kaki minum, selalu keluar dengan perempuan? Layak ke kau dapat yang superb tapi kau sendiri terbalik? Kau tak layak lagi. "

Adyan menarik nafasnya dan menyambung kembali, "Kalau kau nak yang terbaik, kau kena berubah dari cara hidup kau yang bebas ni. Ini apa yang aku rasa,  kau masih tak layak untuk berharap mendapatkan yang terbaik."

Jad diam. Mukanya yang merah kerana penangan air kencing syaitan itu, semakin merah menahan marah. Kalau tak sebab kawan, dah lama muka Adyan mendapat penumbuk sulungnya.

"Aku tak kesah pendapat kau apa. Aku tak perlukan ceramah kau. Kau kata aku,  apa kau tu bagus sangat? Sama je. Dua kali lima dengan aku." Jad terus meneguk minuman haram itu tanpa dipedulikan lagi Adyan yang terus cuba menahannya dari meneguk air itu. Terdengar keluhan berat terlepas dari bibir Adyan.

"Suka hati kau lah Jad."

Adyan bangun dari duduk dan ingin melangkah pergi meninggalkan club yang dimasukinya bersama Jad. Belum sempat dia melangkah,  terdengar suara berat milik Jad berkata dalam keadaan menjerit membelah bingitnya suasana club itu.

"Adyan, kau kena tolong aku!"

Adyan pusing kembali. Apa lagi ni?

"Apa?" tanya Adyan malas. Dia nak balik.

"Aku nak kau tolong aku pisahkan Urmah dengan lelaki perampas tu. Hanya kau sahaja yang boleh tolong aku," pinta Jad.

Adyan menggeleng. "Aku tak nak tolong. Aku ni tak banyak amal. Nak runtuhkan masjid yang baru dibina? Aku tak zalim lagi. Kau buat sendiri, aku malas nak masuk campur," tolak Adyan lantas berlalu pergi.

"Sial! Tak guna kau Adyan!" geram Jad. Matanya masih melihat ke arah perginya langkah Adyan tadi. 

"Tak apa. Kau tak nak tolong, aku boleh buat sendiri..." Jad meneguk lagi air haram itu sehingga kembali kosong gelas yang dipegang. 

"Ni Jad lah, semua yang aku nak mesti aku dapatkan. Tak kira barang atau orang sekalipun. Urmah, aku akan pastikan kau menjadi hak aku. Sekiranya aku tak dapat kau, itu bermakna tak ada lelaki lain yang boleh dapat kau."

Jad tertawa puas sepuas puasnya. Tunggu dan lihat sahaja, urmah!

-to be continued- 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now