Sudut pandangan Asqalani
Cuaca cerah menemani hari bahagia kami. Selepas sebulan menyiapkan segala persiapan, hari ni merupakan hari bersejarah kami bersama. Bukan sahaja menyatukan dua jiwa tetapi menyatukan juga dua buah keluarga. Antara aku dan dia. Sang isteri yang diberi nama Urmah Qutnina.
Majlis akad berlangsung dengan simple di rumah pengantin wanita pada pagi Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari. Masuk tengah hari selepas zohor, baru buat makan-makan ringan dengan family. Ada juga ajak kawan, tapi tak ramai. Aku tersenyum ringan kepada semua tetamu. Sesekali aku melirik ke arah kanan.
Tatapan mata kami bertembung pandang secara tak langsung, memberikan aku kesempatan untuk menatapnya lama, lagi dan lagi tanpa dapat dibendung. Mukanya yang berubah rona semakin terlihat menggoda pada sudut pandangan aku. Nasib dah halal~
Masa lalu yang tak pasti, aku lepaskan. Sekarang ni paling utama adalah masa depan aku.
Fokus aku kini terletak pada seseorang yang secara tak terduga, hadir dalam hidup aku yang memberikan erti dan makna mencintai. Masa hadapan yang akan aku corak bersamanya saban saat, minit, waktu, minggu, bulan bahkan tahun sekali pun.
Kini buku baru telah rasmi aku buka. Banyak catatan yang akan aku coretkan di sana. Now, aku tak solo lagi! Aku dah pikul tanggungjawab besar. Suami!
Akhirnya, aku menjadi suami Urmah yang sah di sisi Agama. Yay~
Menjadi imam dalam membimbingnya menuju ke syurga Allah yang Maha Esa.
Aku mengaitkan jari-jemari kami erat, tak mahu lepas walau sedetik.
"Awak lepas lah dulu, tetamu masih ramai lagi ni," rungut Urmah seraya dia cuba melepaskan kaitan tangan kami yang tersimpul erat. Setelah beberapa minit mencuba, rasanya lelah mungkin, dia mengalah juga. Eh, jangan kau lupa Urmah, suami kau ni kuat orangnya.
"Alah, keluarga juga pun yang datang..." aku membalas selamba.
Senyuman super duper sinis aku lemparkan ke arah Urmah yang menayangkan wajah tak puas hati.
"Muka dah lawa, tapi kenapa lah cemberut je? Cepat keriput tau," aku berkata lembut untuk menghilangkan sedikit ketidakpuasan hati Urmah. Semakin teruk wajah Urmah berkerut ada. Haiya, bini... Please cover muka anda!
"Apa awak cakap?" tanya Urmah dengan mata yang dibuntangkan tajam dengan pipi mengembung. Tak pernah dia tunjuk perangai macam ni.
Aku rasa istimewa pula. Dia tetap terlihat comel walaupun dia sedang menahan geram dan marah saat ni.
Pergaduhan kecil kami terganggu apabila suara yang aku kenali bergema nyaring.
"As! Tahniah, bro. Aku bangga dengan kau. Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, kau jadi abang ipar aku juga," Bisyr terus menumbuk pelan bahu aku dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya dengan setia memimpin Syafirah yang terlihat sedikit kelelahan. Penat bawa perut atau penat layan perangai tak senonoh, super tak semenggah Bisyr?
"Ei Syr, kesian bini kau. Nampak penat~ Hantar lah dia rehat kejap," usul aku sambil menuding jari ke arah Syafirah yang semakin terlihat keletihan.
"Oh, aku memang nak ajak dia masuk bilik tapi aku wish selamat dulu. Tadi aku tak sempat."
"... kalau macam tu, aku pergi dulu lah. Baik-baik, jaga pengantin perempuan." Bisyr terus memimpin Syafirah masuk. Meninggalkan kami berdiri di depan rumah.
Jarum jam sudah menunjuk angka 5, menandakan sudah petang. Baru lah nampak surut majlis makan kecil-kecilan ni. Tak sangka betul, penat sehingga ke tulang sum-sum terasa. Badan aku ni rasa nak tercabut.
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...