13

9.4K 406 4
                                    

Sudut pandangan Urmah

Sebulan sudah aku hanya duduk goyang kaki di rumah tanpa sebarang kerja yang boleh dibuat. Ya lah, budak baru habis sekolah kan, melongo je lah, habiskan beras! Hehe~

Tapi, yang aku pelik sekarang ni, dah nak masuk seminggu aku asyik dapat bunga Ros je! Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hairan dibuatnya... 

Aku bangun dari hujung katil lalu berjalan ke arah meja belajar. Aku terus mengambil note yang ada di atasnya. 

Bukan note biasa-biasa, ni note daripada si pengirim rahsia~

Bunga ros ni sama cantik seperti dirimu yang berjaya membuat hatiku terpaut. 
I love you so much <3

Dah lah tak ada nama pengirim, tiba-tiba tanpa angin tanpa ribut, aku ada secret admirer. Orang gila mana yang nak dengan aku? Tak cantik pun aku ni, tapi manisnya memang ada... 

Note terakhir yang aku dapat pada pagi hari,  aku baca berulang-ulang kali. Kalau mata aku juling, pengirim bunga ini yang harus dipersalahkan.

Saya tau awak gembira bila terima kiriman bunga ros yang saya beri. Saya harap, awak akan menjadi suri hidup saya. Saya betul-betul sayangkan awak.

Okay, fics! Orang yang hantar bunga ni memang tak kenal perangai aku macam mana lagi. Sumpah naik tegak bulu roma aku berdiri. Ni kes stalker tingkat akut! 

Ergh! Merinding bai satu badan... Nak bagitahu babah dengan umi, mesti diorang tak percaya. Ya lah, antara aku dengan Syafirah, ramai lagi fans berat Syafirah. 

Dia sekarang dah tunang pun, masih dapat hadiah lagi dari ex-ex dia~ 

Aku mah apa atuh! 

Aku pandang ke arah siling bilik. Lama aku termenung. Ouh, rimas babe!

---

Aku menghayun perlahan tangan ke depan dan ke belakang ketika mengambil angin petang. Aku mendongak memandang langit yang cerah di temani angin sepoi-sepoi bahasa.

Wah, cantik betul awan petang ni! Betapa menawannya ciptaan Allah SWT. Tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Memang elok untuk bersenam ringan~ Masya-Allah!

Aku leka melayan keindahan alam, tetapi tiba-tiba sahaja terdengar bunyi hon kereta di depan pagar rumah. 

Melihat di sana ada sebuah van putih berhenti buat aku waspada. Kan banyak sekarang ni kes penculikan, mana tau aku pun antara mangsa yang tersenarai.

Aku bergerak perlahan ke arah pagar. Tanpa membuka pintu, aku mengintip bagaikan kura-kura. Dah lah umi dengan babah keluar dari tengah hari. Syafirah pula date dengan Bisyr! Tinggal aku sorang je ni~

"Ada penghantaran untuk cik Urmah!" kata abang poslaju sambil menyerahkan bungkusan kotak yang berbalut plastik putih. Aku hairan, ada ya penghantaran barang petang-petang macam ni? 

"Ya saya..." aku menyahut seraya tangan mengambil bungkusan itu dengan hati-hati. 

"Cik Urmah kan?" Aku hanya mengangguk. "Cik perlu tanda tangan di sini!"  dia menghulurkan aku sebatang pen dan kertas untuk aku tanda tangan. Selepas menurunkan tanda tangan, abang itu pun bergerak pergi. Sempat juga aku mengucapkan terima kasih sebelum dia masuk ke dalam vannya.

Bungkusan ditangan aku belek sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Terbantut terus niat aku untuk menyambung kembali menikmati keindahan alam.

Penting sekarang aku nak tau siapa yang kirim kotak ni pada aku! Tak sempat naik ke bilik, sampai sahaja di ruang tamu, terus aku koyak plastik putih itu beruas. 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now