35

9K 375 15
                                    

Selepas aku menjamah sarapan pagi, mama dan papa memaksa aku untuk naik ke atas bagi memujuk Asqalani. Dekat sini sebenarnya siapa yang perlu dipujuk, aku ke dia?

Aku dah lah geram dengan dia. Kalau tak izinkan sekali pun aku keluar, beritahu aku apa punca dan masalahnya. Tak adalah aku tertanya-tanya.

Nak tak nak, sebab suamikan, so aku ikutkan juga kata-kata mama dan papa. Kang dapat cop mohor daripada malaikat sebagai isteri derhaka, tak bau syurga aku nanti~

Baru sahaja aku nak mengetuk pintu, aku terdengar suara Asqalani sedang bercakap. Mungkin ada orang call kot...

Malas nak ganggu, aku berpatah balik ingin pergi dari sana. Namun, langkah aku terhenti tatkala mendengar nama aku disebut sekali.

Tak boleh jadi, cuping telinga aku yang berlapiskan tudung, aku lekapkan pada pintu bilik untuk mendengar perbualan selanjutnya. Jadi penyibuk sekejap tak salah rasanya, ya tak?

"Bro, aku tak kisah pasal hal lain. Ni hal bini aku. Aku tak nak beritahu dia bukan sebab aku tak percaya, tapi aku terlebih percaya! Kau bukan tak kenal Urmah macam mana? Nampak lembut tapi bila keluar keras kepala dia, aku pun tak boleh buat apa."

Macam serious bunyi tu? Apa benda yang dia cuba rahsiakan dari aku lagi? Aku semakin merapat pada pintu. Dah macam cicak aku ni!

"Haha~ Kau buat lawak? Bro, kau bayangkan kalau bini kau yang kena macam ni? Kau agak kau fikir normal macam sekarang? Tak mungkin! Entah-entah lagi gila dari aku..."

Suami aku okay ke tidak? Rasa nak terjah masuk dalam bilik sekarang ni dan tanya banyak soalan pada dia tapi aku tahan. Aku semakin penasaran untuk tau kelanjutan perbualan dia dengan si pemanggil.

"Aku dah agak mamat tu psycho. Nampak muka baik, tapi... entah lah tak tau nak cakap apa lagi. Macam ni lah, Syr... buat sementara kau tolong aku dulu jaga cafe. Aku tak pergi dalam seminggu ni, aku nak settlekan hal pejabat. Aku nak luangkan masa dengan bini aku."

Cafe?

"Alah, pasal bayaran jangan risau. Aku bank in macam biasa. Dengan aku pun kau nak berkira ya..."

"Pasal hal lain, aku tak dah bagitahu Urmah, cuma dua hal ni je belum. Tengok lah macam mana. Aku settle dulu masalah dengan mamat tu baru aku roger kau. Aku off dulu. Assalamualaikum..."

---

Aku terus mengetuk pintu sebanyak tiga kali selepas memastikan Asqalani selesai berbual.

"Masuk lah, pintu tak kunci," katanya dari dalam bilik. Dengan bacaan bismillah, tombol pintu aku putar perlahan dan melangkah masuk dengan perasaan gugup.

Nampak sangat ke tadi aku dengar perbualan dia? Aku dah cukup normal kan sekarang ni?

Aku masih berdiri di depan pintu yang terbuka lebar.

Pandangan aku melilau melihat ke depan. Terlhat jelas Asqalani menanggung beban berat pada bahunya. Dia bersandar pada kepala katil dengan mata yang terpejam rapat. Kepalanya mendongak ke atas. Memperlihatkan urat lehernya yang tegang dan gerak halkumnya yang naik turun.

Uish, handsome suami aku!

"Tutup pintu..." Aku lakukan dengan segera setelah mendapat arahannya. "Kunci!" Pun aku buat cepat.

Aku masih berdiri mematung di depan pintu. Serba-salah mahu bergerak ke arah Asqalani. Nanti dia tak suka macam mana?

"Buat apa tercegat dekat sana? Meh, dekat abang!" Asqalani memanggil dengan nada tegas. Tangannya menepuk-nepuk tilam di sebelahnya agar aku duduk bersama.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now