39

7.5K 308 15
                                    

"Ya Allah, sakitnya..."

Tanpa dapat aku tahan, air mata aku mengalir dengan sendirinya sepanjang tangan Mak Jah mengurut pelan area kaki aku yang terseliuh. Sedaya upaya, aku cuba tahan, namun apakan daya, aku ni cuma manusia yang faham dan tahu erti sakit.

Benar kata nenek, orang-orang kampung sini memang tepati janji. Pagi selepas sarapan janjinya untuk datang mengurut, eh! Tahu-tahu tepat sebelum kami sarapan Mak Jah dah muncul depan rumah. Alamatnya, sarapan kami tunda.

Tak! Cuma aku saja yang tunda, nenek dengan suami tercinta sedang leka bermadu asmara bersama nasi lemak berbalut daun pisang khas masakan nenek untuk orang jauh macam kami.

Aku? Jangan tanya! Dah macam orang meneran nak beranak duduk berurut dengan Mak Jah dekat bilik tidur kami semalam.

Aku pun lapar juga... Tapi, kaki aku lebih menjadi prioritas saat ni. So, di sini lah aku tengah berasap punggung nak bangkit dari atas katil.

Sakitnya terasa sampai mencucuk buntut! Siapa yang pernah alami perkara sama, pasti mereka akan faham apa maksud aku.

"Tahan sikit... Mak Jah pegang sikit je ni (dialek pahang)," katanya lembut seraya menyapu sedikit minyak gamat di area kaki aku.

Aku hanya mengangguk mengiakan. Tapi sebenarnya, aku nak lari dari sini.

Aku memejamkan mata erat, cuba merasakan lenggok tangan Mak Jah yang lihai menari di bawah sana. Dalam pada masa yang sama, aku cuba membayangkan aku berada di Hawaii. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, deburan ombak yang menghentam pantai, bunyi kicauan burung dan aku yang berada di atas kerusi malas... aik? Kenapa mesti keluar kerusi malas pulak? Alah, kan kita orang melayu...

"Argh!"

Terjerit aku dibuatnya tatkala jari-jemari Mak Jah kembali menekan kaki aku yang bengkak. Hilang sudah angan-angan mat jenin aku, berganti situasi asli lagikan nyata. Hilang massage ala-ala di spa, sekarang bertukar menjadi massage 'maut'.

Aduh, Mak Jah... Tak bagi aku feeling~

"Ni kaki kamu ni dah mula bengkak teruk... Mak Jah sapu lagi ubat ya. (dialek pahang)"

Alang-alang Mak Jah urut kaki aku ni, nak juga minta urut satu badan. Lega juga rasanya. Yalah, selepas aksi, ekhem! Gempur-menggempur kami semalam... ekhem, malu nak sambung, tapi faham-faham je lah... Badan aku terasa lenguh tak bermaya, lagi-lagi perjalanan panjang kami dari KL ke sini, membuatkan pinggang aku tak terasa di tempat yang sepatutnya.

Dah lah, ada ke patut, malam semalam Asqalani buat aku macam bantal peluk dia. Memang tak terasa lah pinggang aku jawabnya pagi ni.

"Jah, kaki cucu menantu aku tu okay tak?"

Aku memandang ke arah pintu bilik yang dibuka luas oleh nenek. Aku hanya melempar senyum minta simpati. Yalah tak tahan wei, walaupun aku ada niat nak buat urut satu badan tadi!

"Kakinya isteri As ni dah tak teruk sangat, cuma urut lagi dua tiga hari, elok lah tu. Dah boleh berlari," kata mak Jah setelah dia selesai mengurut kaki aku. Aku hanya mendengar tanpa menyahut.

"Elok lah macam tu..."

Lama aku mendengar nenek dan mak Jah bertukar cerita, barulah para wanita paruh baya itu melangkah keluar dari ruang bilik ni. Bukan aku tak nak dengar perbualan mereka namun kerana percakapan mereka menjurus ke arah cicit, aku dah tersengih malu-malu di sana. Mana aku sanggup nak menyahut sedangkan kami baru saja tidur bersama dalam erti kata sebenar suami dan isteri.

Aku hanya menghantar kepergian nenek dan mak Jah dengan pandangan mata. Aku masih duduk bersandar dengan kaki berselunjur di atas katil.

Telefon bimbit aku capai dari bawah bantal seraya memandang skrin yang memaparkan waktu hampir mencapai 10:30 pagi. Lama juga mak Jah mengurut kaki aku ya...

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now