6 tahun kemudian...
Aku melangkah keluar dari balai ketibaan seraya menarik beg beroda yang aku bawa dengan senyuman. Akhirnya, setelah 6 tahun aku belajar di negara orang, Ireland ; aku kembali pulang ke Malaysia.
Dengan langkah perlahan aku mengedarkan pandangan mata untuk melihat kawasan KLIA yang padat pengunjung. Heh! Seronok melihat keluarga yang saling berpelukan kerana sudah lama tidak bersua muka.
Aku pula, bila? Nanti, nanti~
Aku melirik jam di tangan. Baru pukul 1:30 petang. So, ada masa untuk aku solat zohor dekat sini dulu, baru balik...
Laju aku berjalan menuju ke surau kecil yang disediakan di sana. Dengan tergesa-gesa tanpa menoleh kiri kanan aku terus menonong. Sehingga~
Burgh!
Aduh! Aku ni memang selalu macam ni. Dari dulu sampai sekarang, asyik langgar orang je. Tanpa melihat ke arah manusia yang aku langgar, aku terus menunduk maaf.
"Maafkan saya encik, saya tak sengaja..."
"Tak apa..."
Mendengar suara bernada serak-serak basah itu, membuatkan aku mengangkat wajah untuk melihat gerangan manusia yang aku langgar.
First impression. Okay, dia smart.
Second, adui bang~ tingginya cam galah...
Third, aku rasa macam aku pernah jumpa tapi dekat mana? Aku lupa~
Belum sempat aku bersuara lagi, lelaki itu terus melangkah pergi. Meninggalkan aku yang bengong sendiri. Wah~ Sungguh tak gentleman. But, buat apa dia nak tunggu kau lama-lama Urmah? Kenal pun idak...
Ya tak ya juga. Baik, aku solat cepat. Nak balik... jumpa umi dengan babah dekat rumah!
Sesekali aku menoleh ke arah belakang, melihat kembali sosok tubuh lelaki yang berjalan laju itu dengan dahi bekerut. Aku yakin pernah jumpa dengan dia? Tapi bila?
---
Teksi yang aku naik berhenti di hadapan rumah umi dan babah. Dari luar nampak sunyi je~
Aik, aku silap tarikh ke nak buat surprise ni?
Dengan teragak-agak, aku melangkah keluar dari bahagian penumpang belakang. Pak cik teksi membantu aku mengeluarkan beg beroda dari bonet kereta.
Selepas mengucapkan terima kasih dan teksi pak cik itu pun berlalu pergi, baru lah aku bergerak ke arah pagar rumah. Melihat pagar rumah yang tidak berkunci, aku panjatkan rasa syukur dalam hati~
Alhamdulillah, diorang ada dekat rumah. Tak adalah aku punya surprise tak menjadi~
Aku menolak pagar rumah dengan perlahan. Tak nak dengar bunyi. Laju aku menarik beg di sisi kiri. Dengan berdehem pelan tepat di muka pintu rumah, aku mengetuk pintu sebanyak tiga kali.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Sekejap..."
Mendengar suara babah yang menyahut, aku tersengih canggung. Apa lah yang babah rasa nanti ya selepas 6 tahun aku tak balik?
Tepat sahaja pintu terbuka, dengan tangan terentang lebar, aku berkata "... Surprise!"
Babah di muka pintu hanya diam dengan pandangan mata tajam merenung ke arah aku. Aku silap ni, aku silap~
"Urmah... kamu kan?" tiba-tiba suara babah memecah suasana canggung di antara kami. Aku mengangguk sekali mengiakan pertanyaan babah.
"Ya Allah, Urmah," dengan terpekik babah terus menarik aku masuk ke dalam pelukan hangatnya. Aduh, babah~ Slow sangat...
"Dah cantik anak babah..."
"Apa-apa, kenapa abang-"
Aku terpandang umi yang berlari keluar dari dapur dengan membawa sudip di tangan. Wajah umi juga tercengang sebelum...
"Urmah!" umi menjerit gembira lantas berlari ke arah aku dan babah. Tak semena-mena umi melepaskan pelukan syahdu kami seraya memeluk aku erat.
"Ya Allah sayang... umi rindu sangat dekat kamu. Kenapa tak call kata nak balik Malaysia?"
"Urmah nak buat surprise..." Aku melonggarkan pelukan umi. Melihat wajah basah umi dengan linangan air mata membuatkan aku tersengih kecil.
Aku mengelap sisa air mata umi dengan tangan kanan. "Sekarang Urmah dah ada depan mata, jadi rindu umi dengan babah dah kurang," aku berkata tenang.
Semakin aku berkata begitu, semakin banyak air mata umi yang mengalir. Ah! Aku silap cakap lagi ke ni?
"Dah Urmah, tak payah kamu layankan sangat umi tu. Memang drama queen. Kamu masuk dulu, rehat. Mesti penatkan? Biar babah tolong kamu angkat beg ke bilik..."
Aku melihat babah mengangkut beg beroda aku yang berat mengalahkan batu, terus ke tingkat atas. Haih, babah. Dah berumur pun masih dia laratkan juga nak angkat benda berat macam tu.
"Iya Urmah, kamu rehat. Nanti kita makan sama-sama. Umi masak special hari ni. Lepas tu kita sambung balik sesi luahan rasa," dengan tersedu umi berkata seraya menolak badan aku naik ke tingkat atas.
"Okay, umi... Urmah rehat"
Sesi melepas kasih dan rindu kami berlangsung hanya di depan pintu rumah sahaja. Nanti sambung balik!
Seterusnya, kembali ke rutin biasa. Umi dengan memasak, babah dengan bercucuk tanam di belakang rumah. Aku? Dalam bilik... tidur~
---
Selesai solat asar, aku menyarung tudung hitam bawal dengan cepat. Umi minta aku turun ke bawah, katanya Syafirah dengan Bisyr dah sampai.
Ouh okay lah, mengingat pasangan suami isteri satu tu, dengarnya bakal menimang cahaya mata pertama. Lama juga diorang menunggu ya?
Malas nak fikir. Hubungan aku dengan Syafirah pun semakin renggang. Dulu dah gaduh, sekarang makin teruk, aku rasa.
Selepas kejadian 6 tahun lepas di mana, aku dapat surat tawaran sambung belajar, Syafirah makin menjauh. Bukan aku tak tau, belakang aku dia kutuk aku macam mana. Aku pun hairan, betul ke kitorang ni adik-beradik kembar?
Walaupun aku mengaku, aku tak suka dengan dia, tapi tetap dia darah daging aku juga. Adik aku. Jadi sebagai kakak, aku mengalah!
Sebab tu selama 6 tahun aku dekat sana, aku tak ada inisiatif nak balik Malaysia. Biarlah Syafirah duduk di bawah celah ketiak umi dan babah tanpa perlu aku mengubah suasana. Now, aku dah ada dekat sini, mungkin perang dunia ke-3 antara aku dengan dia bakal meletus kembali. Who know?
Aku berjalan menuruni anak tangga rumah. Terdengar bunyi suara cempreng Syafirah di ruang tamu rumah. Adoi, tak berubah suaranya. Ingatkan dah ayu~
Dengan terpaksa, aku berjalan ke arah ruang tamu. Dari jauh, pandangan mata aku dan Syafirah bertembung. Pantas dia tersenyum sinis, dengan matanya yang menjeling.
Aku hanya tersenyum kekok. Ya lah, dah lama tak jumpa kan?
"Aik, ingatkan tak tau jalan balik dah ke Malaysia?" mendengar nada sindiran dalam suara Syafirah membuatkan aku mengetap bibir.
Mula dah ayat dia. Nampaknya aku kena hadap lagi~
-to be continued-
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...