Sudut pandangan Asqalani
Mak oi, garangnya. Macam singa betina. Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Aku hanya menghantar pemergian wanita yang bernama Urmah itu dengan pandangan mata.
Keluhan berat aku lepaskan. Macam mana aku nak ambil hati dia ni? Bisyr ni pun satu, kenapa bagi idea melibatkan minah seram ni? Serabut kepala aku sekarang~
Aku kembali melangkah perlahan ke arah Bisyr yang setia menunggu aku di depan rumah. Melihat senyuman Bisyr membuatkan aku rasa nak lempang je.
"Amacam, dah tau macam mana perangai dia?" Bisyr bertanya serupa ejekan.
Keluhan berat aku lepaskan tepat dihadapannya. Bukan itu sahaja, jelingan tajam aku berikan. Bisyr terus tergelak berdekah-dekah. Macam tau je maksud jelingan aku...
"Kau!" aku menunjuk tajam pada Bisyr. "... Kau memang tempah bala ya! Ada ke patut recommendkan aku pada perempuan macam tu. Mengalahkan singa betina!" aku berkata kasar.
"Aku ingatkan muka handsome kau boleh pikat dia. Tak menjadi juga rupanya..." katanya memerli aku. Riak mukanya sengaja dibuat terkejut.
"Muka handsome aku ni tak jalan pun dengan dia. Makin dia marah dengan aku adalah..."
Bisyr menepuk perlahan bahuku. "Sabar bro!"
"Kau nak merasa pelempang aku ke? Kang tak pasal-pasal senget sebelah muka kau. Lari Syafirah. Tak ingin dia nikah dengan kau nanti. Daripada kau jadi bujang terlajak, baik kau diam! Banyak lah kau punya sabar. Ni semua idea kau!"
Aku bengang. Tiba-tiba aku terdiam. Ouh, kejadian ni sama macam aku dengan Urmah tadi. Jadi ni lah perasaan Urmah tadi~
Tapi, ugutan aku tadi berjaya buat Bisyr berhenti. Tau takut!
"Aku cakap jujur ya As. Baik kau cuba lagi nanti. Jangan mengalah sekarang ni. Pasal Urmah tu kacang je," Bisyr berkata dengan gaya poyo. Muka aku jelas menyampah dengan ayat dia. Mata aku julingkan ke atas tanda malas nak layan.
"Kau cakap macam senang ya? Kenapa tak kau ngurat je Urmah tu? Bukan kau dengan dia ke yang patutnya tunang?" aku membalas sinis.
Terus berubah mukanya. Itulah lain kali kalau nak cakap, fikir dulu! Bak kata orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Hah! Padanlah muka~
"Aku-aku tak suka dengan perangai dia. Sebab tu aku lebih berkenan dengan Syafirah," katanya berdalih. Eleh, macam aku tak tau perangai kau, Bisyr!
"Kau tak suka perangai or muka dia? Kau jangan nak kelentong aku, semua perangai kau ada dalam poket seluar aku. Masak sangat dengan taste kau kalau bab perempuan... cantik je kau pandang. Yang buruk kau buang ke longkang."
Bisyr hanya menunduk menekur lantai. Aduh! Ingat dia ni budak-budak lagi ke nak terasa bagai~ Nasib aku agaknya dapat sepupu kaki sentap macam ni.
Baru aku nak lanjutkan bicara, kedengaran suara wanita memanggil dari arah belakang kami. Serentak aku dan Bisyr menoleh. Eh? Cik singa...
"Maaf mengganggu. Tapi babah dengan umi nak jumpa Bisyr sekarang. Nak bincang pasal majlis nikah dekat dalam. Syafirah pun dah tunggu."
Aku terdiam. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Muka dia rilek je, tak ada perubahan... Doa je lah dia tak dengar!
"Mama dengan papa aku ada sekali ke, Urmah?" Bisyr bertanya. Urmah hanya mengangguk sekali. Aku? Hanya jadi pemerhati dari tadi~
"Okay!" Balasnya sepatah. Kemudian, Bisyr terus menggamit aku supaya mengikutnya. Aku bangun perlahan-perlahan dan membuntuti langkah laju Bisyr masuk ke dalam rumah.
Sempat juga aku menunduk sopan padanya sebelum berjalan masuk. Dan aku lihat dia hanya menjeling jengkel.
Pasti dia dengar apa yang aku cakap tadi! Ni yang buat semangat aku membara tinggi. Dalam hati aku bertekad...
Aku akan buat Urmah jatuh cinta dengan ketampanan aku nanti. Just wait and see!
---
Aku berbaring nyaman di atas katil hotel tempat aku melarikan diri sebaik sahaja pulang dari majlis pertunangan Bisyr tadi. Dengan kaki menyilang, aku menatap ke arah langit-langit bilik. Fikiran aku menerawang jauh memikirkan plan untuk mencuri hati si singa betina yang comel~
Telefon bimbit yang berdering aku buat tak endah. Tu mesti orang yang tak boleh tengok hidup aku senang...
Namun, sudah kali ke-10 lagu Grenade nyanyian Bruno Mars berdering. Okay, aku fade up! Terus aku capai telefon dan jawab tanpa melihat pada nama si pemanggil. Ni, mesti Bisyr!
Tanpa salam, aku terus mengamuk!
"Boleh tak kau berhenti call aku time-time macam ni. Tak ada kerja ke nak buat? Tak boleh rasanya kau tengok aku senang..."
"Oh, jadi mama kacau along lah ni? Pandai betul kamu marah dengan mama ya? Nak mama buang along dari jadi anak mama, hah?!" suara melengking mama terus membuat aku duduk bersila di atas katil.
Ni, lagi parah dari Godzilla~
"Eh, mama... Along ingat Bisyr tadi. Mama sihat?"
"Mama? Sihat alhamdulillah. Kamu ke mana? Kenapa tak balik? Kenapa credit card mama kamu ambik?" mama bertanya serius. Aduh, apa aku nak cakap ni? Tu lah sebelum buat tak fikir dulu.
"Along ada je dekat-dekat si-"
Belum sempat habis ayat, mama dah sembur aku balik...
"Balik! Mama tak kira. Selagi kamu tak balik, mama campak keluar kucing kesayangan kamu tu! Biar merempat cari makan sendiri," ancam mama. Aku terus seriau. Kalau sampai kucing aku mama sebut, maksudnya no main-main!
Aku mengelap peluh yang mengalir di dahi. Susah, tempat beraircond pun rasa panas membahang sekarang ni.
"Ya ma, along balik. Tapi jangan usik debab! Debab kesayangan along~ please ma?" aku merayu pada mama. Terdengar helaan nafas mama dari hujung talian.
"Sure, mama tak usik dia. But now, you must comeback home before midnight! Kalau tak... mama jual debab," semakin menjadi ancaman mama!
Aku apa lagi? Terus berlari turun dari katil dan mengemas semua barang yang aku ada dekat hotel ni.
"... oh, one more thing! Bayar balik duit mama yang kamu guna untuk penginapan hampir 2 minggu kamu dekat hotel mahal tu. Mama tak kira! Ingat, balik sekarang."
Mama terus matikan talian. Aku pula tercengang. Gila? Mana aku nak cekau duit hampir 6 ribu... Agak-agaklah, aku student lagi kot. Belum kerja lagi~
Ei, mama ni. Kejam dengan anak sendiri!
Aku terus keluar dari bilik hotel dengan muncung sedepa. Aku pergi ke bahagian kaunter depan hotel untuk check out. Erm, lepas ni kena cari duit lah bayar duit mama balik...
Aku menuju ke arah lift. Masuk sahaja lift aku terus tekan punat ke lantai B1; tempat letak kereta bawah tanah. Aku berjalan ke arah kereta Toyota Vios berwarna kelabu, hadiah dari papa saat aku berjaya mendapat lesen kereta.
Dengan malas, aku membuka bonet lalu memasukkan beg pakaian ke dalamnya. Aku terus bergerak masuk ke tempat pemandu lantas enjin kereta dihidupkan. Dengan kecepatan sedang, kereta aku pun meluncur keluar dari perkarangan tempat letak kereta hotel menuju ke Villa family.
-to be continued-
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...