bab 44

6.8K 264 2
                                    

Sedari tadi, aku hanya termenung tanpa menghiraukan segala pertanyaan yang dilemparkan Asqalani kepadaku. Aku bukannya tahu siapa yang bagi bungkusan tu. Tak pasal-pasal aku yang kena hamun. Kalau ya pun nak menuduh agak-agaklah. Aku tak sewel lagi nak buat perkara tu semata-mata nak tarik perhatian dia.

Apa dia ingat aku ni jenis berani nak buat benda tu? Tikus mati kut... aku nampak tikus pun, dah mencicit lari macam tak cukup tanah, ni kan pula nak pegang? Eeii, geli aku!

" cuba Qutni bagitau abang, betul bukan Qutni yang sengaja buat benda tu? ", sekali lagi pertanyaan itu dilemparkannya. Ada juga yang aku hempuk kepala dia ni. Dah aku kata, aku tak buat, tak buatlah!!

" Qutni tak buat, sungguh! ", kataku penat. Suaraku hampir tidak kedengaran. Sungguh melelahkan.

Aku melihat wajah Asqalani yang menunjukkan bahawa dia masih lagi meragukan kata-kata aku tadi. Helaan nafasnya jelas terdengar. Wajahnya tegang. Lengan bajunya sudah disinsing sehingga ke siku. Menampakkan urat-urat di tangannya. Aku menelan ludah. Jangan dia tampar aku sudah!

" habis tu, macam mana bungkusan tu ada? Qutni nampak siapa yang taruk? ", tanyanya lagi.

Aku menggelengkan kepala. Dah memang aku tak tahu. Kalau aku tau apa dalam bungkusan tu, memang aku tak ambil. Gila kau! Aku pun seram kalau macam tu. Mataku semakin berair melihat wajah Asqalani yang tidak berubah riaknya.

" abang dah hampir dua minggu tak bercakap dengan Qutni, tapi hari ni abang bercakap dengan Qutni hanya kerana bungkusan tu. Dah lah tu, abang tuduh Qutni buat benda tu. Abang ingat Qutni tak betul ke? Sakit mental? Abang kalau ya pun nak menuduh, agak-agaklah. Abang langsung tak ada tanya macam mana keadaan Qutni? Qutni takut ke tidak? Semua tu tak ada. Yang ada, abang balik terus soal Qutni macam-macam, lepas tu, tuduh Qutni. Abang ingat Qutni ni tak ada hati ke? Qutni ni macam tunggul je depan abang ", luahku sebak. Jelas terlihat Asqalani semakin tegang.

" abang tak nak percayakan Qutni sudah ".

Aku terus berbalik badan. Tidak aku lirik walau sedikit wajah Asqalani. Aku terus menuju ke arah katil dan merebahkan diri. Asqalani yang masih duduk di sofa bilik tidak aku hiraukan. lantak dia lah, aku dah penat. Nak rehat. Dia masih tak puas hati, selesaikan masalah tu sendiri. Tak salah kalau tanya mama. Mungkin dengan penjelasan yang keluar daripada mulut mama lebih Asqalani percaya berbanding dengan penjelasan yang aku beri sebagai seorang isteri.

-------------------------

Sudut pandangan Asqalani.

Belakang badan Urmah yang tidur membelakangkan aku, aku pandang tanpa kedip. Lama badannya aku perhatikan dan akhirnya aku menyerah.

Memang! Aku tak percaya dengan apa yang dia katakan. Aku terfikir, mungkin dia sengaja buat macam tu untuk tarik perhatian aku. Diakan jenis perempuan yang berani. Tapi aku terlupa sesuatu, kenapa aku tak tanya terus pada mama? Sedangkan, mamalah yang telefon aku untuk balik secepat mungkin.

Aku melangkah keluar bilik dan pintu bilik aku tutup. Hampir tidak mengeluarkan bunyi.

Mama, papa dan Fan masih lagi berjaga. Mereka sedang duduk bersama di ruang keluarga. Aku menghampiri mereka dengan perlahan. Tak nak mengganggu perbincangan mereka.

Fan yang perasan akan kehadiran aku lantas menarik aku untuk duduk di sebelahnya.

" Urmah mana? ", tanya papa setelah aku melabuhkan duduk. Aku menghela nafas kasar.

" dah tidur ", kataku datar. Jelas malas untuk berbicara.

" As, mama risaulah. Bungkusan tu buat mama rasa tak sedap hati. Mama rasa macam ada yang akan terjadi sahaja " . Aku memandang wajah mama yang terlihat resah. Niat untuk bertanya terus hilang begitu sahaja. Tanpa perlu bertanya, mama akan buka cerita.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now