Sudut pandangan author.
Urmah menangis tersedu-sedu. Sudah ramai yang memujuk namun tangisnya masih berpanjangan.
Sedikit pun dia tidak berhenti menadah tangan untuk berdoa agar suaminya selamat di dalam ruang operasi itu. Bagaimana dia boleh bersenang-senang saat ni? Sedangkan suaminya bertarung nyawa di dalam sana.
Mama Asqalani sedari tadi tidak berhenti mengalirkan air mata. Sama sahaja seperti Urmah tetapi tidaklah seteruknya. Walaupun masih terdengar sedu-sedan miliknya, dia tetap memujuk menantunya.
" sudahlah Urmah, sabar sahajalah. Kita doakan yang terbaik buat As yang sedang bertarung nyawa dalam sana. Jangan terlalu bawa perasaan sangat. Nanti buruk padahnya", pujuk mama Asqalani lembut kepada menantunya.
Sesekali belakang badan Urmah dielus lembut. Sayangnya pada menantunya bagaikan anak sendiri.
" ma.... maafkan Urmah ma. Maafkan Urmah", rayu Urmah pada mama mertuanya. Terkejut wanita berumur itu. Menantunya tidak bersalah. Yang salah, pelaku yang melanggar lari anaknya.
Sudah 2 kali, kejadian seperti ini berlaku. Sungguh! Perasaan takut kehilangan itu masih sedia terbuku di hatinya. Perasaan kasih sayangnya tak pernah dia curahkan sepenuhnya pada sang suami. Urmah terlalu menyesal. Mengapa dia tidak menunjukkan sifat cintanya pada Asqalani sedari dulu?
Bila kejadian ini berlaku, dia merasa bersalah. Terlalu! Tidak dapat dia menggambarkannya.
" Urmah, jangan salahkan diri sendiri. Semua ni berlaku atas kehendak Allah. Kita sebagai hamba perlu bertawakal keatas- Nya. Doakan yang terbaik buat As ", papa pula yang memujuk sang menantu sulung.
Kasihan hati tuanya melihat Urmah yang menangis tanpa henti. Seperti hilang jiwanya. ' anakku... kau berjuanglah di dalam sana. Ingatlah kami. Bahagiakan dia ' .
--------------------
Doktor Latifah yang merawat Asqalani , akhirnya keluar daripada ruang pembedahan. Dengan wajah yang terlihat muram, dia tetap melemparkan senyuman.
" encik Asqalani berjaya diselamatkan namun keadaannya masih lagi tidak stabil sepenuhnya. Dia berada dalam keadaan koma. Saya harap tuan dan puan banyakkan bersabar. Mohonlah pertolongan dari Yang Maha Esa ", katanya.
Selepas itu, doktor Latifah mengundur diri. Ada beberapa hal lagi yang perlu diselesaikannya.
Urmah termati kata. Sungguh hilang sudah harapannya. Kemungkinan suaminya untuk sembuh sudah tiada.
Air matanya mengalir lagi. Kali ini, tidak dihiraukan sebarang pujukkan. Hati kecilnya terlalu sedih. Apa salah suaminya?
Bisyr dan Syafirah datang tergesa-gesa setelah mendapat khabar daripada papa Asqalani. Dengan langkah perlahan, Syafirah datang mendekat kearah kembarnya. Walaupun sedari kecil mereka tidak rapat, namun ikatan perasaan mereka terlalu kuat. Apa yang Urmah rasakan pasti Syafirah merasai jua. Bak kata pepatah , cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakit.
" sudahlah tu, Urmah. Jangan terlalu sedih. Kau kena kuat. Macam mana suami kau nak berjuang sedangkan isterinya menangis pasrah tanpa berjuang. Kau kena lawan perasaan sedih kau tu " , bujuk Syafirah seraya mengusap perlahan belakang badan Urmah.
Urmah memandang wajah Syafirah dengan air mata yang setia mengalir. Tidak dapat dia mengungkapkan sebarang kata saat ni. Terlalu sedih.
" sudah, Urmah. Tak payah sedih sangat. Aku pasti, As akan berjuang untuk bertahan hidup ", tiba-tiba suara Bisyr mencelah diantara mereka.
Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Terlalu beku dan kaku. Tanpa semua sedari, hati Bisyr terlalu geram dan marah saat ni pada seseorang yang dia pasti dalang berlakunya perkara ni.
----------------------
Lelaki yang saat ini sedang berada di dalam ruang kerjanya tersenyum jahat melihat hasil kerja anak buahnya. Akhirnya..... Tumpas jua lelaki yang mahu dia hapuskan dalam dunia ni.
Jad melihat gambar yang diberikan anak suruhannya. Melihat sekali lagi, gambar lelaki yang terbaring kaku dengan bersimbah darah. Padan muka!
Memang itu semua kerjanya. Ya! Dia hanya mahukan Urmahnya kembali. Dia memang gila! Gilakan wanita yang bernama Urmah Qutnina.
Lelaki yang berada disisi Urmah hanya dianggap parasit. Pengganggu dalam hubungannya dan Urmah. Dia tidak kira! Walaubagaimana sekalipun, Urmah harus dia dapatkan.
Asqalani..... Aku akan pastikan, tiada langsung jejak kau di dunia ni lagi....
Jad ketawa besar. Rasa hatinya tidak akan pernah puas. Selagi, lelaki itu tidak disahkan mati, selagi itu Jad resah. Resah kerana Urmah tidak akan jatuh ke tangannya.
Jad pantas mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor anak suruhannya itu. Satu lagi pekerjaan yang harus mereka lakukan dan tiada penolakan.
" hello ".
" aku nak kau bunuh mamat tu. Dan pastikan tiada langsung jejak dia dekat dunia. Lesap macam abu ".
" aku bayar dua kali lipat. Kau jangan risau. Asal apa yang aku minta kau settlekan then duit aku bagi".
" buat kerja kau dengan lancar.... Aku tak nak kantoi....".
Sambungan talian dengan si pemanggil telah pun putus. Jad merenung telefon miliknya.
Dia hanya perlu menunggu waktu sahaja. Kemudian, akan dia rampas semula buah hati pengarang jantungnya.
-------------------
Maaf lambat update..
Jangan marah pada author...he he:)Maklum banyak sangat benda yang perlu dibuat. Insyaallah... Author akan cuba habiskan cerita ni tahun ni...
Doakan saya tau...;)
50 vote dan keatas boleh ? Dan author memerlukan jasa baik para readers untuk memberikan comment. Senang author tau, apa salah dan silap dalam cerita ni.....
Terima kasih....
Dalam sayang
- thirahzahri- <3
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...