8

9.6K 446 23
                                    

Dua hari selepas kejadian keputusan SPM kami. Kini, berlangsungnya majlis pertunangan Syafirah dan Bisyr. Aduh, tak menyempat! Macam adik aku tu lari je nanti... 

Tak faham aku dengan family mamat tu! Tapi...

Bila tengok Syafirah gembira, aku pun tumpang lah sekaki. Cuma satu yang buat aku bengang. Dia kata aku ni tak laku! Hello, mak cik, kalau ikutkan... aku yang bertunang tau bukan kau. Sebabkan aku ni tak gatal lagi, so aku pass dekat kau!  

Malas aku nak dengar mulut semua tetamu yang datang ke majlis ni, aku buat kerja dekat area dapur sahaja. Tak keluar pun ke depan. Disebabkan, kekurangan tenaga pekerja, umi suruh juga aku bantu kemas meja di luar. 

Yalah, orang datang nak menyantap, tapi meja tak bersih. Tak akan lah nak suruh mereka bersila di jalan tar? Naya family aku kena cemoh nanti~ Kuasa mulut mak cik-mak cik membawang, uh sangat menakutkan! 

"Urmah, tolong umi kemas meja depan tu. Banyak sangat pinggan tak angkat! Umi busy ni..." jerit umi dengan lantang. Suara umi boleh sampai ke rumah jiran belakang. Betapa kuatnya volume tu! 

Aku mengelap tangan yang basah pada baju kurung berwarna hitam bercorak bunga putih. Aku mendecih tak suka. 

"Kejap lah umi... Urmah masih kemas dekat dapur lagi ni,"  aku bersuara kuat juga membalas permintaan umi. 

"Tak payah kemas dapur tu. Tu, semua nanti kita urus. Sekarang, tolong umi dekat depan!" 

Ni yang malas ni. Si Syafirah ni pun satu, entah hilang ke mana. Tau lah dia yang bertunang, tapi bantu sikit tak kan tak boleh? Ingat dia tu puteri. 

Ups! Lupa. Syafirah tak pandai bab-bab mengemas ni. Semua aku yang buat... Hailah! Macam mana nasib si Bisyr tu nanti. 

Aku terus bergerak keluar dari dapur menuju kearah khemah yang telah dipasang siap dengan mengeluh. Aku berjalan menonong tak toleh kiri kanan sampailah... 

BURGH!

Aduh! Sakitnya kepala aku. Manusia mana pula yang berdiri tengah jalan ni... Ni membangkitkan perasaan marah! Aku terus mendongak, memandang ke arah belakang badan manusia yang aku langgar tadi.

Umang aii! Tinggi nya... macam menara KLCC. Aku ni dah lah ketot, berdiri sebelah ZIRAFAH, nampak macam pokok kelapa terbantut tak cukup zat. Lelaki itu terus menoleh memandang aku yang berdiri di belakang badannya. 

"Sorry~" dia berkata serba-salah.

"Encik dah kenapa berhenti tengah jalan? Encik ingat, jalan ni encik yang punya. Ingat orang lain juga lah, encik." Aku berbicara sebaik mungkin. Tak nak menyinggung sebab dia dah minta maaf tadi... 

Aku mendongak melihat wajahnya. Fulamak! Handsome, macam hero drama Korea kesukaan aku!

Terasa sesak nafas sekejap. Ni semua punca encik yang aku tak tau nama ni. Kalau aku arwah dekat sini, malam-malam aku kacau encik ni dulu! 

"Sorry sangat-sangat cik. Saya tak sengaja berhenti tengah jalan macam ni. Saya nak jumpa kawan, dah puas saya cari tapi tak jumpa lagi."

Allah! Kalau kau nak cabut nyawa aku sekarang pun tak apa. Aku rela! Suara dia, mainly sungguh... Serak-serak basah gitu! Buat aku rasa macam tersadung batu~

"Ah! En-encik n-nak jumpa si-siapa?" aku bertanya gagap. Ah, sudah... Aku gementar sangat ni kenapa? Hei, Urmah! Dia manusia je, bukan hantu. Tapi ada ke hantu yang sekacak encik ni? 

Dia memandang aku pelik. "Kenapa cik tanya saya macam tu? Cik kenal ke dengan orang yang saya nak jumpa nanti?" tanya dia penuh selidik. 

Alah, apa susah. Cakap je lah, mana tau aku boleh tolong!

"Ouh, saya anak tuan rumah ni. Kalau encik bagitahu saya, mana tau saya kenal pula. Saya boleh tolong panggilkan," aku berkata ramah. Jarang-jarang aku nak buat baik! 

Kerutan di dahinya menghilang. Dia tersenyum ramah akhirnya. Apa dia ingat tadi aku nak culik dia? "Saya nak jumpa dengan Bisyr. Saya tau dia bertunang hari ni. Tu saya datang. Malangnya, saya tak nampak dia dari tadi," lelaki itu mengadu kepada aku dengan suara seraknya. 

Aduh, bang! Jangan kau buat begini padaku, semakin lemah rasanya jantungku ini! Ah, mana kipas, mana kipas? Aku blushing~

Keluar dah perangai gedik aku ni. Susah payah aku benam jauh-jauh, sebab encik ni je, aku punya gatal makin menjadi. What the h***

Aku berdehem pelan. "Ouh, encik ni siapa ya?" aku cuba bertanya lagi. Dia menggaru kepala. Susah ke soalan aku tadi? Aku hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. 

"Saya Asqalani Fida'iy. Sepupu Bisyr."

Asqalani Fida'iy? Macam aku pernah dengar nama ni, tapi dekat mana ya? Ah! Lantaklah... Tak penting.

"Kalau encik Asqalani cari Bisyr... tu," aku menunjuk ke arah garaj kereta rumah yang menempatkan beberapa meja makan. Di sana, kelihatan jelas Bisyr dan babah sedang berbual. Termasuk dengan bakal besan babah dan umi... 

"... dia berbual dekat sana. Encik boleh ke sana. Saya minta diri dulu! Nak sambung buat kerja," aku tersenyum kecil lalu mengundurkan diri. Harap-harap, encik ni nampaklah arah tangan aku yang ketot ni tunjuk ke mana.  

"Hah! Saya nampak. Okay, terima kasih cik," katanya dengan menunduk sopan lalu berlalu pergi. 

Laju sahaja aku melangkah ke arah meja yang perlu aku bersihkan. Mahu nanti aku kena marah dengan umi kalau aku tak buat. Karang umi jadi harimau, aku yang kena baham. Seram gila bila dibayangkan. 

Mintak simpang~

-to be continued-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now