Bab 1

470 6 0
                                    

Peluh yang membasahi sebahagian wajahnya dikesat perlahan sambil otaknya ligat mentafsir apa yang baru dia alami.

Mimpi yang seakan nyata seperti jasad seorang perempuan tu betul-betul wujud.

Syed Adra memegang jantung sambil melikas ke seluruh ruang bilik yang gelap gelita tiada apa yang dapat dilihat melainkan kegelapan.

Setelah itu dia meraba disebelahnya.
Kosong! tiada jasad yang menemani seperti dalam mimpi.

"Arghhhh parah dah aku ni"
Gila dibuatnya setelah berulangkali mimpi yang sama menemani tidurnya.

Yang lebih parah dia dah tak nampak perempuan lain selain dari perempuan yang muncul dalam mimpinya.

Senyum, gelak tawa dan lenggok perempuan itu menarik seluruh jiwa lelakinya. Bukan setakat itu sahaja malah kadangkala dia dapat rasakan perempuan tu membelai dirinya dengan penuh cinta,merayu kasih dalam pelukannya.

Ini kalau jumpa doktor psychology memang kena label "psycho". Pfffff....

Syed Adra termenung gelisah. Ilusi makin tak terkawal sejak dia tiba di Sydney. Mimpi semakin kerap menjelma.

Walaupon dia yang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan hatinya seakan berlawanan dengan logik sains.

"Arghhh" Rambut yang serabai dilurut kebelakang serentak menekan pelipis. Penat, letih ,tertekan...itu yang dia rasakan saat itu. Membawa diri ke Sydney setelah bertahun dia melawan insomnia gara-gara mimpi-mimpi aneh yang sering dialaminya.

Tidurnya tak pernah lelap.Jiwanya kacau. Dan ketika dia memejamkan mata untuk seketika perempuan itu akan muncul dalam mimpi-mimpi yang kadangkala dengan tawa dan airmatanya.

Sehingga hari ini dia masih tertanya-tanya apakah maksud disebalik mimpi ini?

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Pagi itu Shayla bangun awal dari biasa.Lepas sarapan dia perlu bergegas mengejar train paling awal.Tak sabar nak spend time dengan Ainun.Mengikut jangkaan mungkin dia akan tiba pukul 6 petang di Sydney dan mereka akan terus bertolak ke tempat percutian pada pukul 8 malam menggunakan perkhidmatan bas persiaran.Harap-harap sempatlah.

"Woi Ella kalau kau lambat aku tinggal tau"

Tersengih-sengih bila dia membaca text yang dihantar Ainun tadi.

"Hai macam lah aku yang selalu kena kejut...dulu kat asrama kau orang yang
paling lambat bangun la Ainun"

Tergelak dia bila ingat macamana Ainun kelam-kabut bersiap lari pecut ke kelas setiap Kali terbangun lambat..itupon kalau kawan-kawan kejutkan.Kalau tak memonteng lagi lah...tapi Ainun sahabatnya yang paling rapat yang dia ada paling cemerlang di Matriks dulu ...

Lagi beberapa bulan sama jugak seperti dia Ainun akan menamatkan pengajian di Australia. Selalunya Ainun akan datang ke Melbourne untuk lepak habiskan cuti semester sebab Shayla akan berkerja part time Jadi dia tak ada banyak masa untuk melawat Ainun tapi kali ini Shayla nak restkan otak dan badan. Sekali-sekala dia perlukan "reset"

"Ala kau ni jangan la risau aku belanja kau holiday ni...kau relax je..kesian aku tengok kau tak pernah ada masa untuk diri sendiri"

Shayla akui dia tak pernah terfikir nak berlibur dalam waktu senggang.Dia perlu cari duit lebih. Ah! malas nak fikir pasal duit sekarang. Otak dengan badan sama naik penatnya.

Penumpang mula berpusu-pusu menuju ke arah train yang makin hampir.Shayla bingkas bangun di Aurtralia tak sama macam Malaysia. Semua kena cepat kene berebut kalau tak memang tertinggal.

Cepat-cepat Shayla duduk bila ada kerusi kosong. Melepaskan kelegaaan bila dapat berehat seketika lepas berhimpit-himpit masuk train tadi.

Mata dipejamkan seketika.Lega sekejap dapat udara. Seakan dejavu dalam beberapa saat terlelap wajah seorang lelaki terimbas.

Mata cepat-cepat dibuka.Tapi tak ada pon lelaki yang dia rasakan ada disebelahnya tadi.Wajah lelaki tu tak jelas pon, samar-samar sahaja.

"Ishhh peliklah rasa macam lelaki itu betul-betul ada disebelahnya tadi"
Shayla menggumaam seketika sebelum kembali melelapkan mata.

Pengumuman ketibaan bergema Shayla cepat-cepat melangkah keluar dari train tak sabar nak jumpa Ainun.

Her Saviour Where stories live. Discover now