Bab 17

104 1 0
                                    

"You said you're in the examination period why are you here?"

Soalan dari Syed Adra mengundang sengihan dari bibir si isteri. Sambil mengemaskan baju baju yang bersepah di atas lantai. Sebulan dia tak ada tak terurus apartment si suami. Sibuk sangat gayanya.

Syed Adra masih tak puas hati. Aikk sengih je tak jawab apa pon.

"Study week "

Ringkas je jawapan sang isteri yang masih lincah mengemas. Masuk je apartment matanya berbulu melihat keadaan apartment. Dapur tak berusik sangat mungkin si suami lebih banyak makan diluar. Tak buang banyak masa bilik beradu dituju.Si suami masih mengekori.

Terkejut tengok keadaan bilik yang bersepah macam tongkang pecah tak sama macam mula-mula dia melangkah masuk ke situ dulu. Waktu hari pertama bergelar isteri. Malam pengantin mereka ...eh...😜

Pusing belakang buat muka tak puas hati dekat suami.

"You kenapa bersepah sangat ni?"

Suami buat muka selamba. Shayla kutip baju-baju bersepah dimasukkan dalam net untuk baju kotor. Jaket ditubuh dibuka kemudian disangkut dalam almari. Sedang mengemas beberapa helai baju yang baru dikeluarkan dari beg sendiri belakangnya dipeluk erat.

"I miss you damn much"

Bergetar jantung rasanya. Kaki pon makin lemah bila ada rasa sejuk bermain dilehernya.Tergoda....eh..
Tidak lama sebelum tubuh melayang ke udara. Tak sempat berkata apa bila bibir yang baru nak dibuka disenyapkan si suami.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Suami yang terlena pulas di perhati. Letih agaknya baru habis duty 48 jam straight. Shayla cuit hidung mancung Hilman yang masih belum sedar.

"I miss you too"dibisik kata-kata rindu di telinga suaminya yang masih pejam mata.
Kalau terjaga memang tak lah dia nak cakap. Segan oiiiiii.....

Si suami kesayangan merengek sedikit dalam tidur bila dia mengalihkan tangannya dari pelukan. Tapi mata Hilman masih terpejam. Shayla bangun perlahan-lahan tidak mahu mengganggu tidur suaminya. Jam handphone dikerling seketika. Pukul 11 pagi waktu Australia.

Siap mandi dapur dituju. Check peti ais dulu. Tengok apa boleh dimasak. Banyak jugak barang basah walaupon terhad.Pandai jugak dia ni cari barang-barang halal untuk dimasak.

Setengah jam bersilat didapur siap kari ayam dan sayur campur. Tak tahu samada suami suka atau tak? Belum pernah tanya makanan kegemarannya. Mula-mula datang sini mereka lebih banyak makan makanan fast food.

Siap masak dia cuci baju-baju kotor suaminya yang bertimbun. Selesai jemur baju diruangan kecil yang tersedia. Ruang tamu dituju. Buku-buku yang tak sempat dikemas tadi disusun.Hajat hati sampai tadi nak kemaskan rumah tapi baru lepas kutip baju dah ditarik ke katil pulak...hurmmm.Sengih seketika teringat adegan hangat awal pagi tadi ..

Sementara menunggu di suami bangun Shayla menghabiskan sedikit part yang perlu diulangkaji untuk final exam. Pengajian ijazah bakal tamat selepas ini. Tapi halatuju belum difikirkan.Rancangan perlu diubah memandangkan dia dah menikah dan Hilman sudah mendapat kerja di Sydney.

Her Saviour Where stories live. Discover now