Tengah hari esoknya Shayla dibenarkan "discharge" . Walaupon sebenarnya dia tak perlu ditahan di ward.
Tapi disebabkan suaminya terlalu concern. Nak jugak pastikan dia betul-betul dah sihat. Bermalam jugaklah dia satu malam di hospital.
Sebenarnya dia cuma dehydrated dan gastrik saja disebabkan kebelakangan ini dia makan tak tentu masa.
Selepas insiden itu Shayla kurang bercakap dengan suaminya. Sakit hati berselang-seli dengan keliru. Dia rasa macam sedang mendapat balasan sebab dia sendiri pernah merampas Syed Adra dari orang lain. "Karma is real.
Masalahnya hati dia dihambat rasa cemburu. Dia tamak. Dia nakkan suaminya untuk dirinya sahaja. Kalau dia dah macam ni. Apa agaknya isteri seorang lagi rasa agaknya?
Ish! Melalut jauh fikirannya sekarang ni. Semua ini disebabkan suaminya juga. Syed Adra lansung tak berusaha untuk "explain" atau sekurang-kurangnya membela diri. Buatkan dia makin stress sangat dengan andaian-andaian negatif.
Speak of the devil. Muncul suaminya dengan wajah penat. Baru lepas tidurkan Aryan agaknya.
"Sayang okay ke?"
"Tak okay..."
"Why?Masih rasa tak selesa ke perut tu? Nak Abang check?
Tipikal doktor. Terbawa habit sampai ke rumah.
"Perut okay...hati tak okay" Ujar Shayla dalam nada memerli.
"Sayang.. please don't start. Doctor Farah dah pesan you have to avoid stress"
Makin sebal dibuatnya. Padahal lembut sahaja nada suaminya memujuk. Shayla belum ada rasa nak terpujuk. Protes!
Ingat senang ke nak lupa apa yang dia nampak depan mata.
"Abang nak bagitahu ni ...abang kena outstation 3 hari starting from tomorrow, I'm sorry I'm leaving you while you fell sick..tapi abang dah hire private maid untuk bantu sayang .....don't worry okay"
Syed Adra menghampiri lantas melabuhkan sebuah ciuman di dahi isterinya.
"Appointment dengan yang nombor berapa?"
Shayla dah tak mampu menahan emosi. Terluah juga pertanyaan sinis berbaur sindiran.
"Nombor berapa apa ni sayang?abang tak faham lah...."
"Tak faham ke buat-buat tak faham..yang kat bilik abang hari tu nombor berapa? 3 ke 4?
Syed Adra kerut kening. Apa benda nombor 3 nombor 4. Haih.... complicated betul kaum hawa ni.
"Tune sayang masih tak okay ni....apa kata pergi tidur restkan otak tu"
Shayla mencebik geram. Tak puas hati dengan reaksi Syed Adra yang tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah. Shayla yang tengah sikat rambut terus bangun laju-laju.Langkah dibawa ke katl. Hempas tubuh, tarik selimut.
Syed Adra gelengkan kepala. Bukan dia tak nak explain tapi risaukan isterinya yang masih lemah. Nanti stress darah naik lagi. Masuk hospital lagi. Aduhaiii....
"Abah..." Syed Adra pusing belakang.
Aryan tersebik-sebik di muka pintu. Terjaga pulak dah...
Syed Adra depakan tangan menyambut tubuh kecil Aryan yang sedang mamai.
"Ayan nak tidur dengan Ibu ...."
Anak manja Ibu dia ni. Tak nak berenggang.
"Rindu Ibu ye?Jom kita tidur sekali dengan Ibu"
Iya..iya ja Aryan rindu. Sebenarnya abahnya yang terlebih rindu semalaman tak dapat tidur dengan Ibu. Hiks!
Itulah Syed Adra dah tahu patient suka menyotong dilayan jugak. Kan dah mendapat. Syed Adra sengih sambil dukung Aryan ke katil.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...