Bab 20

108 1 0
                                    

Berjurai jurai airmata menuruni pipi saat menghantar Ainun di airport. Lepas ni jaranglah dapat jumpa Ainun lagi. Sebelum ni kerap jugak melepaskan rindu dengan sahabatnya itu sesekali bila Shayla ke rumah Syed Adra.

Syed Adra disebelah diam sahaja tengok drama airmata dua sahabat itu.

"Propa la kau ni .depan aku kemain lagi drama kan nanti dapat peluk laki kau ni aku pon kau lupa" Ainun mengusik.

"Eiii kau ni...."

Geram dengan mulut Ainun yang tak ada insuran lansung. Malu depan suami tercinta yang setia berdiri disebelah.

Ainun gelak jahat.

"Ala nanti aku datang melawat kat sini atau kau pon boleh balik Malaysia kan?ke kau dah dapat laki kerja sini tak nak balik dah ?lupa diri? Sambung Ainun.

Shayla peluk Ainun lagi.Dah berapa Kali peluk lepas, peluk lepas bila drama nak habis?

"Janji datang sini melawat aku eh"
Shayla minta sungguh-sungguh.

Buat masa ini rasanya dia akan menemani suaminya yang belum ada niat nak balik Malaysia. Dulu dia excited nak balik Malaysia sebab dah rancang macam-macam dengan Ainun. Sekarang ni entahlah, dia kena tanya Hilman dulu.

Pengumuman pelepasan penerbangan Sydney ke KLIA telah pon dibuat. Semakin sedih hati Shayla melepaskan sahabat baiknya yang selalu ada saat suka dan dukanya. Hilman memeluk bahunya erat memujuk hati yang tengah dilanda kesedihan.

Ainun melambai sambil mengheret bagasinya masuk ke balai pelepasan.
Shayla menghantar dengan pandangan sayu. Entah kenapa dia rasa dia tak akan bertemu dengan Ainun dalam tempah yang lama. Ada rasa tidak enak bermain dihatinya.

"Dear,let's go home"

Pujuk si suami setelah Ainun hilang dari pandangan. Shayla menurut sahaja langkah kaki si suami sementelah tangannnya diheret Hilman walaupon kaki masih berat untuk meninggalkan airport.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"Are you akay dear?"

Soalan si suami mengejutkan dia yang tengah mengelamun teringatkan Ainun nun jauh di Malaysia.Sudah beberapa hari Ainun balik Malaysia tapi kesedihan masih beraja dihati.Sunyi sangat ...Ainun dan dia rapat sangat dari sekolah menengah lepas tu sama-sama masuk Matriks bahkan sampai luar negara mereka belajar dinegara yang sama.

"I'm fine ..." Jawab Shayla perlahan.

Terasa desahan lembut mengenai lehernya yang terdedah. Shayla palingkan wajah menghadap suaminya yang menghantar isyarat memujuk dalam diam. Setitik airmata yang Jatuh dipipi dikesat perlahan.

"You have me, you are not alone "

Pujuk suaminya lagi. Shayla benamkan wajah didada lelaki itu.Berkongsi sedikit kesedihan yang ada dihati.Dalam Dunia ni Ainun yang paling faham hatinya,yang tahu pedih perit hidupnya.Ainun juga orang yang menyayangi dirinya tanpa syarat. Kini dia akan jauh dari Ainun.

"She was everything to me" Luah Shayla tanpa rasa malu lagi. Airmata makin laju menitis dipipi.

"Dear look at me please"

Wajahnya diangkat perlahan memandang sepasang mata didepannya.

Suaminya menyentuh pipinya...

"You are my everything dear..and I want to be everything to you too, I swear I will always be with you through thick and thin and I will always love you with all my heart"

Syahdu pengakuan yang terbit dari sepasang bibir suaminya saat itu menyentuh hati perempuannya. Saat itu Shayla sudah nekad untuk menyerahkan seluruh hidupnya pada lelaki yang sangat dicintainya.

Her Saviour Where stories live. Discover now