"Abang saya minta maaf susahkan abang"
Shayla bersuara setelah tubuhnya diselesakan di atas katil hospital oleh suaminya. Akhirnya setelah dipaksa dia dibawa jugak ke hospital. Rupanya keadaannya sudah sangat lemah dan perlu dimasukkan air.
"What are you talking about?I'm your husband I'm supposed to take care of you...."
"Taklah kalau saya tak lari,mesti saya tak sakit dan abang tak susah macam ni ..."
Airmata mengalir lagi. Ah!kenapa cengeng sangat sekarang ni. Pembawakan budakkah?
Syed Adra cium dahi Shayla,turun ke mata, pipi,hidung dan akhir sekali bibirnya. Ciuman tanda sayang.
Setelah puas dia dapatkan kerusi pelawat. Rapatkan ke katil. Tangan Shayla dibawa ke dalam genggaman.
"I'm sorry too for not telling everything about my self when we met for the first time"
"Kalau abang berterus terang sayang tak akan hadap apa yang sayang hadap sekarang....I'm so sorry for everything"
Tangan Shayla dibawa ke hidung. Di kucup tangan isterinya penuh perasaan. Shayla usap kepala Syed Adra.
"No it's okay...it's my fault too..saya tamak waktu tu saya lansung tak ambik tahu siapa abang....saya cuma nakkan abang..saya nak abang sayangkan saya....saya...."
"Shhh....it's not your fault dear I'm the one who madly in love with you..I can't lose you, I'm the one who cause all of this..I knew that somebody would get hurt but still..... I can't let you go"
Ada nada ikhlas terselit disebalik kata-kata itu. Syed Adra terasa kesal disebabkan dia mementingkan diri untuk memiliki Shayla akhirnya menyebabkan jiwa isterinya yang terluka hebat. Makin lebat airmata Shayla gugur dipipi. Terimbas saat mula-mula mereka bertemu, berkenalan, bernikah dan memadu asmara di bumi Aurtralia. Dimana akhirnya dia terpaksa meninggalkan Syed Adra kerana menyedari dirinya telah menjadi orang ke tiga dalam mahligai orang lain.
Syed Adra kesat airmata dipipi isterinya.
"I don't want you to feel guilty anymore dear,to be honest I'm not in love with any of my ex wives ...and you are not the reason of the divorce...I'm not in to them .."
Syed Adra tundukkan muka. Malu menatap mata isterinya dengan kesilapan yang dia lakukan Shayla yang harus menerima akibat.
"You might think what will I say is ridiculous but I've never touched any woman in my life like I touch you...and you are the first ..."
Shayla renung wajah suaminya dalam dalam. Mencari kebenaran disebalik rahsia yang baru didengarnya. Takkanlah!
"Yes sayang, it's true ...I married two times but I can't touch them... because my mind always thinks of you....my body can't react to any other women except you"
"Abang....."
Syed Adra sengih malu. Ya bunyinya macam pelik tapi alasan kenapa dia tidak dapat bertahan dalam perkahwinan sebelum ini adalah kerana dia tak mampu menyentuh bekas-bekas isterinya. Shayla rasa nak tergelak dalam pada tersedu-sedu. Pertama kali tengok reaksi Syed Adra yang malu-malu. Sisi yang jarang dapat dilihatnya.
"Jangan pandang abang macam tu sayang ...abang malu"
Meletus ketawa kecil dari bibir Shayla. Selama ini dia ingat suaminya sudah pro bab goda-menggoda kerana pernah berkahwin sebelum ini bak kata Ainun duda lebih berpengalaman tapi rupanya...humphhhhh....
"Ni sayang dah boleh ketawa semua ni,rasanya dah sihat la kan?boleh cerita semua pada abang?"
"Cerita apa?sayang tak ada cerita baru..semua jalan cerita kan abang dah tahu, pasal kenapa saya lari 4 tahun lepas and so on..."
"Cerita pasal makcik tua tak sedar diri tu lah...itu yang abang nak tahu....biadap betul..."
"Abang tak baik cakap macam tu anak dengar ni...tak elok"
"Anak?anak mana?Aryan mana ada sini..."
Opsss!!Terlepas cakap.
"Do you mean baby inside your tummy right now?" Soal Syed Adra sambil tangan sudah mengusap perut yang masih kempis belum nampak baby bump. Shayla sengih malu.
"Macamana abang tahu?Ainun bagitahu ya?and by the way mana Aryan?"
"Don't forget sayang your husband is a doctor okay....and in fact I'm the one who always checks out your body so I know which part is changing"
Syed Adra sudah menyengih. Lain macam aura sengihan itu.
"Abang...." Shayla bawa tangan menutup muka. Malu bila terlayar adegan-adegan mesra mereka berdua. Nasib baik bilik wad ini bilik vip kalau tidak mahu dia sorokkan muka bawah katil. Syed Adra ni kalau datang mood nak mengusik memang tak reti nak kontrol lansung. Hish!
Syed Adra ketawa kuat. Bahagianya dapat usik isteri kan?
"By the way, Aryan ada dengan Yuni kat hotel..malam ni abang jaga sayang ...lagipon dah lama abang tak tidur dengan isteri abang ..iyelah ada isteri pon Isteri merajuk tinggalkan abang ...apalah nasib..."
Syed Adra sudah naik ke katil menghimpit tubuh isterinya. Tangan menjalar ke dalam baju si isteri membuat muka si isteri merona merah. Di tepis manja tangan kekar suaminya yang nakal meliar setiap inci tubuhnya di sebalik uniform hospital.
"Abang ni hospital la bukan rumah..."
"Oh kalau rumah kiranya sayang ok la kan?kalau macam tu malam ni abang minta doktor discharge sayang ..kita honeymoon kat hotel nak?"
"Abang......."Suara marah-marah sayang sudah keluar. Geram dengan Syed Adra yang gatal tak kira tempat. Dibuatnya ada nurse tiba-tiba masuk tak ke naya.
Syed Adra ketawa nakal. Ditarik Shayla erat ke dalam pelukan. Rindunya!
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...