Bulan madu singkat mereka berakhir selepas tiga hari.Shayla perlu balik ke kampus di Melbourne.
Berat hati Hilman melepaskan tapi Shayla janji akan selalu datang jenguk Hilman.
Shayla tak nak Hilman datang ke tempatnya.Biliknya yang sempit, mungkin kurang selesa untuk Hilman menginap berbanding apartment mewah di tengah kota Sdyney.
Biar dia saja ulang-alik ke Sdyney.Dia belum bersedia menunjukkan kehidupan sebenar dirinya. Dia hanya ingin menikmati secebis mimpi indah "fairytale" ini tanpa memikirkan kehidupan realiti.
Masih terasa hangatnya asmara mereka sepanjang bulan madu walaupon hanya banyak menghabiskan masa di dalam apartment di Sydney.
"I will miss you"
Ujar si suami sambil mengepit ke dua belah pipi isterinya lembut. Hati berat untuk berpisah tapi apakan daya.Masing-masing ada tanggungjawab untuk dilaksanakan sebagai pelajar.
Shayla angguk sahaja.Dia belum pernah membalas kata-kata cinta atau rindu yang selalu dibisikkan. Keyakinan masih rapuh dalam perkahwinan yang baru mencecah tiga hari.
Mata pandang kanan kiri tetiba pulak rasa segan.Si suami boleh buat drama tengah orang ramai di depan train station. Haihhhh..... cepat-cepat jatuhkan muka.
"Don't be shy we are not in Malaysia"
Serentak itu si suami tiba-tiba menarik si isteri dibawa dalam pelukan. Tergamam seketika si isteri yang pemalu. Bukan dilonggarkan malah dieratkan pelukan. Makin merah la muka si isteri yang sembunyi didadanya.
"I love you " Bisik Syed Adra di telinga si isteri saat memberikan ciuman di dahi Shayla.
Senyap.Tiada balasan. Syed Adra mengerti mungkin Shayla belum bersedia membalas cintanya.Tak kisahlah yang penting Shayla dah jadi milik dia. Saat pengumuman ketibaan train semakin berat hati Syed Adra melepaskan si isteri pergi.Wajahnya di kawal supaya kelihatan serious supaya si isteri tidak perasan wajah sayunya.Biasalah lelaki kan suka kontrol macho.
Shayla melambai tangannya saat masuk ke dalam train. Jauh disudut hati dia ingin membalas ucapan Hilman tapi hatinya masih berbelah bagi.
Kalau tidak cinta masakan dia menerima lamaran dari lelaki yang tidak dia kenal sepenuhnya. Ini adalah kerja gila yang pernah dia buat sepanjang hidupnya. Dia tak pernah membuat keputusan yang segila ini. Tapi dia sudah hanyut dalam perasaan cinta yang mendalam buat lelaki itu.
"I love you"ucapnya walaupon tidak didengari Hilman tapi dia menghantar dengan isyarat matanya. Semoga Hilman mengerti bahasa matanya.
Train bergerak laju menuju Melbourne. Ada rasa sebu menjengah hati ke dua pasangan suami isteri yang baru diijabkabul itu.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...