Shayla buang pandang ke luar tingkap pesawat Malaysia Airlines. Hanya awan putih yang kelihatan. Sisa airmata yang Jatuh di pipi dilap perlahan.
Masih diingat lambaian seluruh ahli keluarga kak Rina menghantar kepulangan Shayla dan Aryan ke Malaysia. Berat hati untuk melepaskan kerana mereka sudah seperti sebuah keluarga. Tapi Shayla perlu berkorban untuk anak lelakinya Aryan. Jika dia berdegil dia akan kehilangan darah dagingnya buat selama-lamanya.
Pedih hatinya melayan ego suaminya yang tidak mahu menunggu. Seminggu selepas terbongkar rahsia besar itu, Shayla terpaksa meninggalkan bumi Australia buat selama-lamanya. Macam-macam alasan diberikan supaya kepulangan ditangguhkan tapi Syed Adra lansung tak bagi muka.
Dia takkan benarkan Shayla bawa lari anaknya lagi katanya. Shayla tidak ada niat sebegitu dia cuma nak uruskan banyak benda sebelum balik. Dan sebenarnya dia sangat takut pulang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu.
Tangan kecil terasa menyentuh pinggangnya.
Shayla kalih. Aryan tenang dalam tidurnya tapi tangan itu naik memeluk dirinya. Macamanalah dia nak berpisah dengan si kecil ini. Tak dapat dibayangkan jika dia tidak dapat melihat Aryan lagi. Shayla membalas pelukan Aryan.
Syed Adra ralit merenung tingkahnya. Shayla mencebik.Masih geram dengan lelaki itu. Diktator!
"I did this for Aryan's sake..."
Tegas dan dingin sahaja suara Syed Adra singgah ditelinga Shayla.
Shayla diam membisu. Perlu ke dia membalas kalau akhirnya dia tetap akan kalah.
"Dear lesson to me ....one day you will understand why I did this "
Masih cuba memujuk supaya Shayla menerima dengan hati terbuka.
"No...you are the one who doesn't understand.."
Shayla meluahkan kerana tak mampu lagi menahan perasaan.
"Make me understand then...."
Shayla diam lagi. Macamana dia nak buat Syed Adra faham sedangkan Syed Adra tak pernah tahu tentang latar belakangnya. Dan Shayla belum bersedia untuk menceritakan semuanya. Shayla ambik keputusan untuk melelapkan mata dia tak nak bergaduh dalam pesawat. Tak pasal-pasal menganggu penumpang lain pulak.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Setelah perjalan hampir 2 jam penerbangan dari Sydney mendarat di KLIA 2.
Berpusu-pusu penumpang keluar dari balai ketibaan. Sebelah tangan Shayla mengheret bagasi sementara sebelah lagi digenggam erat Syed Adra. Aryan Masih lagi dikendong ayahnya masih tak puas bermanja. Nak didukung saja. Haihhhh....
"Ad....."
Kelihatan seorang lelaki melambai mereka sebaik melepasi pintu balai ketibaan.
Syed Adra menurunkan Aryan.
"Thanks bro for coming"
"Small matter.. by the way is this Aryan ?"
Pipi gebu Aryan dicuit-cuit geram. Syed Adra angguk menjawab soalan lelaki tadi.
"My friend Syafie ..."
Syed Adra memperkenalkan lelaki tadi. Shayla angguk sahaja. Jet lag masih terasa.
"Remember me ? I yang dekat restoran masa jumpa you kat Aussie tu..."
Shayla cuba recall. Ingat-ingat lupa.
"Tak payah nak ingat sangat lah ..yang dia kena ingat aku je... "
"Eiii dasar obses punya jantan" cemuh Syafie dalam hati.
"By the way,my wife said she misses you a lot tak sabar nak jumpa you ..."
Eh pelik pulak Shayla rasa. Sejak bila pulak dia kenal isteri kawan Syed Adra ni. Ke dia cakap kat Syed Adra?
"Ha mana bini kau ...kata datang dengan dia?" Sampuk Syed Adra.
"Ada...ada...dia pergi ladies kejap..ha tu pon dia.."
Jari Syafie ditunding ke satu arah. Serentak mata tertumpu pada satu jasad. Shayla rasa tubir matanya memanas. Ya Allah ....rindunya!
Tak menunggu lama dia berlari anak memeluk Ainun. Kejap dia peluk tubuh Ainun.
"Sampai hati kau kan..aku email kau tak balas ..kau tukar no phone tak bagitahu aku.. lansung tak contact aku"
Ainun mengongoi dibahunya. Shayla jugak menangis tersedu-sedu.Aryan yang masih mamai diam sejak tadi pon naik hairan tengok mom dia menangis macam budak kecil.
Syed Adra angkat Aryan naik ke dalam dukungannya semula.
"Tengok mom crying ....tak malu...."
Aryan faham sikit-sikit bahasa melayu.
"Why mom crying?"Tanya Aryan polos.
Syed Adra gomol muka Aryan. Geram! Comel sangat dengan suara pelat dia tu.Terkekek Aryan ketawa. Syafie disebelah sudah buat muka jeles. Mana taknya member dah ada anak. Dia yang nikah kali ke 2 ni ha..bayang anak pon tak nampak lagi.Haihh....
Tapi jauh di sudut hati dia bersyukur akhirnya kawan dia bersatu balik dengan keluarga kecilnya.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...