Bab 40

77 2 0
                                    

3 hari di Australia Syed Adra balik semula ke Malaysia. Tak boleh cuti panjang banyak urusan kerja tergendala nanti. Begitulah rutin diri dia sepanjang 3 bulan perjanjian. Sebulan sekali mesti turun Aussie. Penat memang penat tapi berbaloi.

Elok dia masuk pejabat pagi Isnin dah kena terjah dengan Syafie.

"Bukan main kau kan sekarang ni...Malaysia dengan Aussie dah macam PJ dengan Cheras je ......"

Syed Adra sengih kena kutuk.

"Sibuklah ..."

"Mummy kau tak syak apa-apa ke kau selalu ke Aussie?aku bukan apa..mummy kau hari tu datang jumpa aku tau..cuba nak korek cerita pasal kau ..."

Syed Adra jeda. Sejak kes dia dengan Yasmeen mummy memang dia kasi warning jangan stalk dia lagi. Alih-alih cuba nak dapatkan info jugak dari Syafie.

"Kalau mummy aku cari kau lagi...tolong jangan bagitahu apa-apa pon okay....masalah aku tak settle lagi ni .."

"Tak settle lagi?....oiii kau dah ulang-alik ke sana 3 bulan kot.....aku bukan apa tengok muka mummy kau tu samalah macam aku tengok muka kau seram...takut tersasul terus pecah tembelang.."

"Pandai-pandai la kau elak jumpa mummy aku tu....sikit lagi settle lah ni....."

"Kau cakap senang lah mummy kau tu macam perisik CIA tau ...tahu je mana aku pergi....nasib dia tak skodeng mana aku check in dengan bini aku ..kalau tak mahu terkejut bini aku..."  Ujar Syafie sambil gelak jahat

Syed Adra usap pelipis kepala. Stress dengan perangai mummy.

"Apa kata kau terus-terang ngan mummy kau..kan senang ...lepas tu bawak balik bini kau sini ....."

"Dah puas aku pujuk dah ....dia tak nak....dia kata kalau balik sini lagi banyak masalah dia ...aku pon dah buntu.."

"Dia senang je....kau buat dia pregnant...lepas tu buat alasan die perlukan bapak anak dia ..jadi nak tak nak dia mesti balik Malaysia punyalah ..."

"Sebab tu aku cakap aku tengah cuba settlekan ni....."

Ketawa lepas dua sahabat tu. Memang otak bergeliga.

"Lambatlah kau ni....cuba bertindak pantas sikit lancarkan missile zasss terus tepat ke sasaran,barulah bini kau uwek..uwek..." sela Syafie menambah perisa.

"Eleh cakap orang kau pon sama .... Nikah dah dua kali ...anak seorang pon belum...."

Syed Adra mencebir ke arah Syafie.

Apalagi Syafie buat muka tak puas hati kena kutuk.

"Malas lah aku cakap dengan kau ni...last last aku jugak yang kena....blah dulu...."

"Blah..blah...balik buat anak cepat "

Syed Adra ketawa mengejek.
Syed Adra tahu Syafie baru habis on call duty 48 jam.Haha...saja nak sakitkan hati kawan tu.

Her Saviour Where stories live. Discover now