Bab 65

50 2 0
                                    

Mata bengkak. Kepala sakit berdenyut. Shayla gagahkan diri bangun dia perlu meyediakan sarapan pagi untuk Aryan yang masih tidur lena. Pasti anak itu juga sama seperti dirinya trauma, sedih dan penat menangis.

Hanya ada roti dan jam atas meja. Cukuplah untuk Aryan. Di rumah ini tiada kelengkapan memasak jadi Shayla membeli makanan dari luar. Paling tidak dia sediakan roti untuk Aryan kalau malas keluar.

Shayla bangunkan tubuh kecil Aryan.

"Bangun sayang mandi ya...."

Aryan yang masih mamai tidak terus bangun tapi bertindak memeluknya erat.

"Eiiii busuklah anak siapa ni...?" Jom kita mandi dulu ya....

Aryan mengikut sahaja dengan sisa kantuk.

Selesai mandikan Aryan Shayla dudukkan Aryan disuapnya Anak kecil itu makan roti beserta susu kotak yang dibeli semalam. Aryan makan tanpa banyak karenah. Aryan anak yang mudah dijaga. Tak banyak ragam. Shayla senyum melihat Aryan sudah segar selepas mengisi perut.

"Aryan nak main kat luar boleh?"

Shayla angguk sahaja. Dia ekori langkah Aryan tak sanggup biarkan Aryan sendirian. Aryan sudah berada di tengah laman berlari lari kecil mengejar ayam.

Dari jalan masuk kecil Shayla nampak Mak long Jarah berjalan terkedek kedek. Shayla turun ke tanah mendapatkan Aryan..takut dia mak long buat apa apa pada anaknya.

"Eh aku masih tak puas hati pasal semalam....aku nak kau keluar dari rumah ni .."

"Saya memang nak keluar mak long ..tapi bukan hari ni...."

"Aku nak kau keluar hari ni jugak...aku tak kira bawak sekali anak haram kau ni .."

Turun naik dada Shayla menahan marah.  Sesuka hati dutuduhnya Aryan anak haram.

"Eiii budak kau jangan nak sibuk berkeliaran kat sini...aku tengok muka mak kau pon menyampah....tapi aku kesian kan kau ada mak macam ni"

Aryan sudah menyebik bila ditunjal-tunjal kepala. Shayla sudah tidak dapat menahan sabar. Diterpa mak long. Menepis jari jari mak long yang menunjal kasar kepala Aryan seolah-olah Aryan adalah ancaman besar pada mak long. Hampir terdorong ke tanah tubuh tua itu.

"Eh kau ni memang kurang ajar la.."

Tanpa diduga Shayla ditolak kuat. Tersungkur menghadap meja batu uzur di laman.

"Ahhhh...." Bila dia bangkit semula kepalanya terasa pedih dan beberapa titis darah mula mengalir di dahi. Mak long Jarah panik lalu terus meninggalkan kawasan rumah. Aryan sudah menangis melihat keadaan Shayla yang sedang menahan kesakitan. Shayla peluk Aryan kejap.

"Shhh..shhh...jangan nangis Ibu tak apa apa sayang sikit je ni ...dah jom kita masuk dalam"

Aryan yang masih mengongoi didukung ke dalam rumah. Cengeng betul anak jantan ni.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"Ibu..Ibu....abah...."

Shayla yang sedang menahan sakit. Terasa berat kepala .... mendengarkan anak kecilnya menyebut abah dia termenung sekejap. Rindunya anak itu pada abahnya. Maafkan Ibu sayang pentingkan diri sendiri pisahkan Aryan dari Abah....

"Ibu...abah...abah..."

Berlari kecil Aryan ke arahnya yang sedang memegang tiang mengampu tubuh yang makin lemah,menahan rasa pening di kepala.

"Faster...faster...."

Tangan Shayla dipimpin ke pintu. Entah apa mahunya.

"Abang..."

Hanya itu yang sempat keluar dari bibirnya saat berada dimuka pintu. Berat kepala tidak tertanggung lagi. Akhirnya dia rasakan dia rebah dalam dakapan suaminya. Mungkin ilusi atau mimpi  kerana rasa kerinduan teramat sangat kepada pemilik hatinya?

Her Saviour Where stories live. Discover now