Bab 50

72 2 0
                                    

"Amboi-amboi kemain kau sekarang kan?sayang lah abanglah....."

Syed Adra toleh ke pintu bilik kerjanya. Kalau yang jenis muncul tiba-tiba,tak bagi salam,tak ketuk pintu..main terjah saja siapa lagi kan?

Syafie duduk di kerusi tanpa dijemput. Seperti biasa buat macam bilik sendiri sambil belek apa sahaja yang ada atas meja.

"Kenapa? Jeles?"

"Jeles tu taklah ....tapi aku macam tak percaya duda ketul ais batu macam kau ni..boleh jadi kucing parsi ek?"

Syed Adra ketawa lepas. Eh suka pulak. Dulu kalau kena kutuk depan-depan macam ni memang Syafie kena baling dengan pen dah. Tapi sekarang hati tengah bahagia memang tak lah nak marah-marah lagi dah.

"Tapi aku tak peliklah memandangkan kau pon dah sangap 4 tahun kan?menduda lama sangat ..haruslah gelojoh ye dak? hahaha...."

Syafie gelak jahat.

Syed Adra tunjuk penumbuk. Tapi dia ketawa kuat selepas itu. Apa yang lucu sangat entah. Kalau dah nama lelaki tu...topik topik macam ni memang suka sangatlah kan?

"Oh sebelum aku lupa ...Felisya anak Tan Sri Zahid request kau untuk second opinion, aku dah buat health screening tak nampak apa problem pon..tapi tulah dia tetap nak set appointment dengan pakar macam kau jugak..faham-faham je lah karenah vip patient kan? Boleh ke aku set appointment kau dengan dia?"

"Orang lain tak ada ke?ramai lagi doktor pakar kat sini"

"Dia nak Dr Syed Hilman Adra ...."

Syed Adra urut kening.

"Aku tak bolehlah....kau reject je lah.."

"Eh mana boleh...nanti terjejas reputasi hospital doctor rejects patients ...."

"Aku kenal la dengan anak Tan Sri tu kalau datang perangai menyotong dia tu rimas aku tau"

Syafie bantai gelak kuat sampai berair mata.

"Oh no wonder lah dia datang hospital ni ..dia kenal kau rupanya .....ni kira skandal lama ke apa ni?

Syed Adra tak menjawab. Dia kenal dengan Felisya ni masa zaman-zaman buaya dulu. Nak kata skandal tu boleh jugak lah ..Tapi sekarang memang lama dah tak contact dengan Felisya tu.

"Habis tu camana ni?takkan reject kot....?"

"Fine ..bagi contact no dia nanti aku suruh P.A aku call set kan appointment..."

Ah pandai-pandailah nanti.Mungkin Felisya pon dah tak ada perangai menyotong macam dulu dah kot.

"Lagi satu esok aku cuti tau ..teman bini aku check up"

Syed Adra angguk. Alhamdullillah syukur akhirnya merasa jugak kawan baik dia dapat anak. Dia pon ada rasa nak bersaing jugak ni. Bukan apa kebelakangan ini hormon nak buat anak asyik mencanak saja. Pantang tengok bini rasa lain macam. Hiks!

Her Saviour Where stories live. Discover now