"Assalamualaikum"
Wajah penat Syed Adra terlihat muncul di muka pintu setelah 3 hari outstation. Shayla segera menyambut kepulangan suaminya. Rasa bersalah menghantui dirinya selepas kena "brainwash" dengan Ainun.
"Waalaikumussalam abang" Tangan kekar Syed Adra disambut dicium hormat.
"Sayang silap-siap ya ...siapkan Aryan sekali abang nak bawak sayang pergi jumpa orang"
Shayla yang baru nak buka mulut bertanya suaminya dari mana terbantut.
"Baik abang, abang pergilah mandi dulu abang penatkan? Biar saya siapkan Aryan..."
"Tak apa...abang siapkan Aryan sayang pergi mandi dulu..mana dia ?"
"Ada kat bilik dia...tengah main,saya baru lepas mandikan dia masa abang sampai tadi.."
Explain siap-siap.Nanti kena marah tinggal anak sorang-sorang pulak. Syed Adra angguk seraya tersenyum. Dia tahu Shayla seorang Ibu yang baik. Kalau tidak macamana dia besarkan Aryan selama 3 tahun lebih sendirian di Australia.
"Abang pergi tengok dia ya...rindu sangat dah tiga hari tak jumpa"
Shayla senyum menghantar suaminya dengan ekor matanya. Hai dengan anak saja ka rindu?Maknya ni tak rindu?
"By the way , I miss Aryan's mom more"
Ujar Syed Adra sebelum memulas tombol pintu bilik anaknya seraya menoleh sekilas memberi senyuman penuh makna kepada isterinya yang ralit memerhati dirinya. Dia faham makna pandangan itu.
Shayla tertunduk malu membahang mukanya. Hai dah lama kahwin pon malu lagi. Haruslah , tambah-tambah lagi terima confession dari suami.
"I miss you too" Balas Shayla dalam hati.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Shayla berkira-kira untuk memberitahu Syed Adra tentang anak ke dua mereka. Ketika ini mereka dalam kereta. Aryan yang diletakkan dalam car seat di tempat duduk belakang sudah tertidur.
"Errr..abang..."
Shayla teragak-agak nak memulakan perbualan.Takut jugak Syed Adra melenting.
"What is it sayang?" Syed Adra capai tangan isterinya lalu diciumnya lembut. Pandangan masih fokus pada pemanduan. Shayla tambah berdebar.
"Kita nak pergi mana ni?"
Eh lain yang nak ditanya lain pulak yang terkeluar.
"Rumah abang"Ringkas jawapan suaminya membuatkan airmuka Shayla berubah sedikit.Rumah?rumah mana satu?rumah bini no 1 kah?atau rumah skandal kat pejabat hari tu? Hati mula rasa tak sedap.
"Eh ..kenapa muka pucat ni?"
Shayla pon tak perasan bila Syed Adra palingkan muka tengok reaksi wajah dia. Sibuk memikir apa nak jadi hari ini.
"Errrr....nothing....nothing"
Jawapan nak sedapkan hati sendiri yang dilanda resah gelisah.
"Eyes on the road abang...you are driving"
Tegur Shayla supaya Syed Adra mengalihkan mata dari merenungnya. Dia takut Syed Adra dapat membaca apa yang dia tengah rasa sekarang ini.
Syed Adra fokus kepada pemanduannya semula.
"I know you are nervous but don't worry too much whatever happens I will always be by your side"
Syed Adra berkata. Shayla memang sedar Syed Adra ni seorang observer yang sangat tajam. Susah nak sembunyikan perasaan dari dia. Tapi apa maksud whatever happens tu? Adakah akan berlaku insiden tarik rambut opss.. tarik tudung sebab dia bertudung.
Kalau betul insiden sebegitu akan berlaku Aryan macamana. Sudahlah budak kecil seperti Aryan belum faham apa-apa. Shayla rasa nak minta Syed Adra patah balik tapi kereta sudah masuk simpang perumahan mewah. Maknanya mereka sudah hampir dengan destinasi. Kalau keluar larikan diri sekarang sempat lagi kah? Perut Shayla sudah memulas. Lupa terus pada hal yang ingin disampaikan pada suaminya tadi.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...