Bab 70

66 3 0
                                    

Aryan yang baru melepasi pintu depan berlari anak memeluk ibunya. Diikuti suaminya dibelakang. Sejak perut sudah mula menampakkan bentuk Aryan dihantar ke nursery supaya Shayla dapat berehat.

Shayla sambut tangan yang dihulur suaminya. Syed Adra usap kepala isteri yang makin cantik dari hari ke hari. Seri ibu mengandung.

Pinggang isteri dipaut. Sambil sebelah lagi tangan memimpin Aryan.

"Hari ni saya masak lemak cili api... favourite abang tau..."

Si isteri memulakan cerita. Syed Adra senyum tanda menghargai penat lelah isteri memasak untuknya. Aryan disuruh ke bilik selepas meronta minta dilepaskan. Makin aktif, mana tak penat ibunya nak melayan.

"Terima kasih sayang....susah payah masakkan untuk abang"

Nak elak konflik wanita mengandung penuh emosi layankan saja. Jangan larang buat itu ini. Muncung sedepa. Terasa hati kononnya suami tak kasi masak sebab isteri masak tak sedap. Haih...sensitif sang isteri sejak perut dah mula ke depan.

"How was your day?"

Tanya si suami setelah isteri ditarik duduk diribaan. Berat sikit tapi tak apa,anak dia jugak kan?

"Okay je..cuma bosan tak ada kawan kat rumah"

"Lah ...kesian isteri abang ni,takpe nanti abang ambik cuti temankan sayang..."

"Ishhh...tak payah la nanti macamana dengan patients abang semua..doktor tak ada"

"Tak apalah...abang nak ada dengan sayang untuk pregnancy kali ini...masa Aryan dulu abang dah terlepas..."

Sedikit nada kekesalan terselit dalam kata-kata Syed Adra.Shayla ambil tangan suaminya lalu dicium.

"Sorry abang saya pisahkan abang dengan anak abang lama sangat..."

Shayla rasa bersalah pulak. Patutnya waktu tu dia minta penjelasan suaminya terlebih dahulu. Tapi dia membuat keputusan sendiri sehinggakan Aryan terpisah dari ayah kandungnya.

"It's fine..it's all in the past,Allah dah tentukan tapi abang cuma tak boleh imagine macamana susahnya sayang bekerja dengan bawa perut besar lepas tu jaga Aryan seorang diri lepas dia lahir..."

"Ala abang ramai je lah wanita bekerja during pregnancy,it's normal ...lagipon Aryan tak banyak karenah senang je jaga dia ....syukur Alhamdullillah"

"Yes I knew it ramai perempuan pregnant bekerja semua tu tapi kan mereka ada suami disisi tapi sayang seorang diri...and abang ralat sepatutnya abang yang azankan Aryan masa dia lahir,tolong Sayang jaga dia masa sayang berpantang...abang terlepas banyak moment dengan sayang and Aryan ..."

"Tak apa lah abang kan abang ada dengan saya sekarang ...lagipon masa Aryan lahir tu kebetulan suami kak Rina ada kat Australia..dia yang azankan Aryan ...jangan risau abang nanti abang akan ada banyak moment dengan baby yang ada dalam perut ni"

Tangan suami dibawa menyentuh perut yang sedikit memboyot. Syed Adra usap-usap perlahan rasa satu perasaan yang sangat istimewa apabila menjamah anak yang sedang bergerak-gerak di dalam perut ibunya. Syed Adra senyum terharu.

"Abang kalau saya tanya boleh?"

"Apa dia sayangku?"

Shayla tersenyum bahagia dipanggil sayangku. Iyalah isteri mana saja yang tak bahagia kan di sayangi suami.

"Abang tak pergi jumpa mummy ke?mummy macamana sihat?"

Syed Adra tarik nafas. Kepala dan badan disandarkan rapat ke belakang sofa.

"Alhamdullillah Mummy sihat je,sekali sekala Mummy datang check up kat hospital abang temankan ..."

Shayla anggukkan kepala tanda lega.

"Nanti kita pergi jumpa mummy ya abang...saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya"

"Sayang okay ke jumpa mummy ...abang takut sayang stress nanti effect pada baby and yourself..I'm worried about both of you"

Resah sahaja wajah Syed Adra ketika ini. Risaukan isteri dan anak,risaukan Ibu kandung.

"In Shaa Allah semua akan baik abang..saya ni nanti nak bersalin mesti lah nak restu dari Mummy,sampai bila nak jauhkan diri dari Mummy saya tak selesa"

Syed Adra senyum bangga. Punya isteri bertimbangrasa seperti Shayla buat dia bahagia. Cupp!!!

Sebuah ciuman dihadiahkan dipipi kanan isterinya.

"Thank you sayang for being a good wife"

Shayla membalas dengan senyuman. Dia tidak sanggup mengatakan dia isteri yang baik tapi dia cuba untuk menghormati syurga suaminya.

"Saya tak ada family abang ..saya selalu sendirian lepas saya jumpa abang...saya ada seseorang yang saya rasa saya nak sayang dan nak dia sayang saya...sebagai tanda terima kasih saya kena sayang family abang jugak...tapi kalau Mummy masih tidak dapat menerima saya,it's okay...saya akan terus berusaha untuk Mummy terima saya seadanya ....boleh kan abang saya menumpang kasih pada keluarga abang?"

Syed Adra tarik Shayla ke dalam pelukannya disertai sebuah ciuman didahi. Hiba rasa hati mendengar permintaan tulus dari seseorang yang dahagakan kasih sayang.

"Of course sayang ...kalau hati abang yang keras ni mampu dicairkan apa lagi hati Mummy kan?"

Shayla gelak halus. Sempat lagi suaminya bergurau dalam situasi seperti itu.

"Tapi yang abang paling risau ni..beria nak jumpa mummy larat ke nak jalan?dengan perut besar macam ni,jalan dah macam itik"

"Abanggggggg..."

Jerit Shayla geram.Sempat lagi bahankan isteri ya! Terus dicubitnya perut Syed Adra biar serik sikit. Suka sangat kenakan dia. Tangannya terus ditangkap kejap ke dalam genggaman si suami. Bukan main sakit lagi kena ketam dengan tangan kecil itu. Tidak menunggu lama dia cempung tubuh istei ke dalam bilik.Tadi dia sepit kita kan?Sekarang kita pulak sepit dia. Meronta-ronta si isteri minta dilepaskan. Haha.....

Her Saviour Where stories live. Discover now