Pagi-pagi lagi si Ainun dah bising. Lewat bangun lagi padahal dah janji nak keluar jungle trekking dengan teman-temanya.
Shayla tahankan sahaja telinga dah biasa dengan Ainun si clumsy....dia yang lewat orang lain yang dibebel..patutnya dia lah kena bebel.Tapi Shayla tak sanggup nak bebelkan Ainun...comel sangat ...heheh...
Keluar je dari bilik sampai di lobi teringat kata-kata lelaki tu semalam.Dia tunggu ke?Dalam hati berharap dapat tengok wajah lelaki kesayangan hamba ...eh...
"Cepat Ella van dah ada kat depan"
Kelam kabut Ainun menarik tangan Shayla ke arah van yang sedia menanti....Dalam kelam kabut tu Shayla tertoleh toleh jugak ..ye lah mana tahu kan betul-betul lelaki tu ada kat lobi. Tapi tak nampak pulak....haih pelik lah dia tu...
Masuk je dalam van semua memandang tak puas hati pada mereka berdua.Lambat kan?Ainun angkat tangan minta maaf pada kawan-kawannya. Shayla sengih tak bersalah.eh memang lah tak salah yang Salah si Ainun ni bangun lambat....
Van mula bergerak. Shayla ralit memandang kiri dan kanan jalan. Daun-daun kering yang berselerak di tepi Jalan menandakan sudah masuk musim luruh.cantiknya..kagum dengan ciptaan Allah. Mungkin ini kali terakhir dia berpeluang bercuti di Sydney.
Selepas lebih kurang setengah jam perjalanan van tiba didestinasi. Pemandu pelancong mengarahkan semua penumpang turun dan berkumpul di suatu tempat.
Ramai jugak pengunjung yang berkumpul selain dari group students.Nampak banyak bas bas persiaran dan kereta-kereta orang awan diparkir.Tempat famous kot!
Dalam pada sibuk dengar pemandu pelancong sempat mata berkeliaran sana sini.Tepat mengena sasaran terbias dimata Shayla figura lelaki semalam.Mata berbicara ke mata,lelaki itu senyum tapi senyuman yang ..sinis?
Eh takut pulak tengok muka dia. Cepat-cepat Shayla menunduk.
"Ella aku nak mintak exception hari ni boleh tak aku nak minta cuti dari pegang tangan kau?"
Eh lain macam permintaan si Ainun ni.
"Aku nak jalan sebelah crush aku"Tersengih-sengih Ainun usai berkata begitu.
Shayla angguk faham. Macamlah tak biasa kan?Terkedek-kedek Ainun mengejar si crush.Hurmm semoga bertemu jodohlah kau dengan crush kau tu Ainun.
"I will walk with you" ni lagi sorang suka sangat muncul tiba-tiba memberi arahan. Lelaki tadi menolak perlahan belakangnya bila dirasakan semua dah jauh kedepan. Itulah Shayla selalu hilang fokus sejak jumpa lelaki asing ni.
Sambil berjalan sebelah menyebelah.Shayla sibuk dok analisa muka orang sebelah tu hidung sedikit mancung,bibir merah basah serta peluh dah mula meleleh kat pipi dia yang agak memerah sedikit cuaca panas kan?"seksinya" kulit yang gelap sikit ..Eh muka melayu lah.baru nak terperasan ...
"Are you Malaysian?"
Terluncur soalan dari mulut Shayla.Tetiba rasa nak tanya walaupon dia bukan jenis yang ramah sangat.Tapi rasa nak tahu pasal lelaki maskulin disebelahnya meluap-luap." humphhh"
Itu je jawapan dia dapat....beberapa students dalam group tadi tertoleh-toleh ke arah mereka.Shayla buat tak tahu...hensem-hensem kawan si Ainun ni....sambil bercuti sambil cuci mata..apa salahnya kan?Amboiii zina mata tu ya..mana yang tak salahnya?
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...