Bab 30

84 2 0
                                    

Shayla seka peluh didahi. Usai hantar Aryan ke rumah kak Rina dia Jalan kaki ke restoran yang jarak tak jauh dari bilik sewanya.

Rasa berdebar pulak hati. Berdegup lain macam jantung. Ah! Malas nak layan. Hari ni banyak kerja dia nak kena handle .

Sejuk tapak tangan ditiup tiup kedua belah. Biar rasa hangat sikit.

Sampai restoran Danish dah siap susun kerusi meja siap dengan cutlery. Ringan sikit beban dia hari ni.

Danish senyum dari jauh bila nampak dia masuk.

"Everything is ready Dan?"

"Yes madam ..."

Danish letak tangan gaya mendabik. Danish ni memang sopan budaknya walaupon dibesarkan ditengah-tengah bangsa asing. Mewarisi sifat kak Rina.

"Alright then ...today I will handle the customer's order and counter and you in charge in the kitchen okay"

Arahan Shayla diterima dengan anggukan. Ada lagi dua orang kitchen staff yang akan bergilir dengan Danish Dan seorang waiter yang akan bergilir jaga kaunter dengan Shayla tengah berjalan masuk.Shayla ukir senyum kepada mereka bertiga.Masing-masing dah siap beruniform.

Tukar je sign "closed" to ""open" pengunjung mula datang. Bermulalah kesibukan Shayla hari itu. Biasanya Shayla tak bertugas melayan customer macam hari ni kerana scope kerjanya berkaitan kewangan restoran. Tapi disebabkan ada dua orang staff ambik cuti dia kenalah ganti.

Menginjak pukul 3 Shayla mula rasa tak sedap badan.Memang sejak semalam panas sejuk badan rasanya. Perubahan cuaca barangkali.

"Sister Ayla you look exhausted and pale why don't you take a break"

Shayla pegang pipi. Pucat ke?Tak perasan pulak.

"Nah....it's okay ...we are short if staff  I will help you with orders and bill"

Shayla membalas kepada staff kak Rina yang nampak risau.

"I'm worried about you ....you look sick sister"

Shayla memang dipanggil sister disini. Tanda hormat mereka kerana usianya lebih tua dari mereka. Dulu mereka panggil dia madam tapi sebab tak selesa dia tukar panggilan tu kepada sister.  Mask dikemaskan sejak masuk tadi dia mengenakna mask kerana hidung rasa berair sedikit takut pulak customer rasa tak selesa. Langkah keselamatan takut tersebar pulak virus selesema dia ni.

"Sister ...can you help to take orders from table no. 10 I'm going to take this to the kitchen "

Ditinggalkan kaunter sekejap membantu kesibukan Maria si waitress yang tak menang tangan.

"Yes sir may I take your order please "

Shayla fokus kepada tab. Tapi lama menunggu dia tak dapat maklumbalas.Shayla angkat wajah ....terkedu bila matanya berlaga dengan sepasang mata yang juga kelihatan terkejut. Tak terkata dia ... walaupon wajah didepannya sudah ditumbuhi jambang yang meliar tapi dia masih cam wajah itu.

Panik.Dia tak tahu nak buat apa.Nak lari pon dah tak sempat rasanya. Shayla kontrol riak wajah.

"Err...may I take your order sir"

Cuba professional.Bukan masanya nak layan perasaan. Dalam pada tu sempat jugak dia kerling bila seorang lagi lelaki yang menempel dimeja yang sama menyiku setelah lama wajah Shayla asyik direnung tajam.

"Errr...sorry..just give us two  cups of coffee "

Si penempel mencelah bila tiada sebarang respon diberi walaupon telah disiku. Shayla memasukkan order. Buat muka selamba walaupon dada rasa nak pecah saat ini.

Shayla cepat-cepat meninggalkan meja tersebut. Sampai di dapur dia tanggalkan apron terus keluar ikut pintu belakang setelah memberitahu Danish dia tidak sihat. Beg pon masih di office dia tidak peduli yang penting dia kena jauhkan diri dari lelaki itu.


Her Saviour Where stories live. Discover now