Bab 49

68 3 0
                                    

Shayla ralit tengok Aryan yang sedang leka bermain dengan toys. Ainun dengan suaminya yang rajin belikan toys untuk Aryan. Suka diaorang berdua manjakan Aryan.

"Aryan dah makin membesar, tapi belum kenal dengan nenek dia , perlu ke bawak jumpa ibu?" Desis Shayla sendiri.

Sampai sekarang Shayla belum jumpa ibunya. Rasa bersalah sebab tak bagitahu lansung tentang dirinya yang dah berkahwin dan ada seorang anak. Dia hanya kirimkan duit sahaja untuk Ibu setiap bulan sepanjang dia berada di Australia.

"Tapi kalau Ibu tahu ...Ibu boleh terima ke ?" Ah pening kepala fikir. Ini Salah satu sebab kenapa dia tak balik Malaysia dulu. Dia takut sangat kalau Ibu tahu dia menikah dengan suami orang.

Tengah keliru memikirkan masalah itu handphone berdering. Tengok screen tertera nama suaminya.

"Assalamualaikum sayang .."

Hmphhh...dah tahu dah time time macam ni memang kerap lah Syed Adra call dia. Nak tanya pasal anak kesayangan dia tu.

"Waalaikumussalam.. .Aryan ok abang .dah makan...tengah main"

Bagitahu terus tak payah tunggu Syed Adra tanya lah. Soalan sama sahaja.

"Abang tahu Aryan ok sayang selalu jaga dia elok-elok....abang call nak tanya sayang ok ke tak?" Sejak dua menjak ni memang tak lekang panggilan sayang tu. Bahagia pulak rasa hati. Hiks!

"Kenapa tak ok pulak...?"

"Iyelah mana tahu kan ..pagi tadi sayang macam tak sihat je muka nampak pucat"

Syed Adra ni memang sejenis yang sensitive. Perasan je kalau ada perubahan pada dia. Tak kira lah dari segi riak wajah ke? Perubahan fizikal ke?emosi ke?Boleh dikesan ...hurmmmm.

Macam semalam Syed Adra cakap macam ni semasa sesi make love mereka.

"Kenapa lately abang rasa macam sayang berisi?....pipi tembam, dada montok..."

Hishhh tak bertapis lansung. Blushing pulak teringat kes semalam. Shayla pon rasa jugak badan dia berubah. Macamana tak berisi makan tidur je kerjanya. Bahagia pon ya jugak. Hiks!

"Eh senyap je..?tak sihat ke apa sayang ni?"

Shayla tersengih malu. Sempat melamun asmaradana masa tengah on the phone dengan suaminya. Hai..kalau Syed Adra tahu ni mahu kena sakat sampai merah menyala muka. Hot 🔥

"Ok je ni ....penat sikit layan Aryan ni, makin nakal.."

"Kalau macam tu malam ni tak payah masak,kita makan kat luar"

Ini yang tak boleh move on ni. Syed Adra ni memang caring and understanding. Sebab tu agaknya berbini lebih dari satu. Perempuan mudah cair dengan dia.

"Hmmm..." Malas nak basa-basi Shayla setuju saja. Kebelakangan ini dia mudah penat. Rasa malas nak buat itu ini. Mood pon selalu swing.

"Sayang abang busy ni...jangan goda abang macam tu boleh tak? nanti semua patients abang tinggal terkam balik rumah"

Shayla ketawa halus di talian. Bilamasa pulak ada aksi goda menggoda ni. Tak buat apa pon.

"Jangan nak melalut boleh tak ?bila masa saya goda abang ?"

"Tadi tu...yang merengek hmmm..macam tu....dah la lately abang rasa body sayang lain macam ....montok..seksi..."

Wah dah lain macam bunyi suara gatal suaminya di hujung talian. Apa kata kita test sikit?

"Kalau macam tu baliklah cepat ..sayang tunggu abang ..."

Shayla buat suara manja menggoda sikit. Hehe...nak tengok reaksi suami dia tu.

"Sayang ...don't start please ...."

Haha..Shayla gelak jahat. Alah baru test sikit.

"Takpelah abang pergilah buat kerja ...saya nak tengok Aryan kejap"

"Hmmm....I love you sayang"

Sekarang siapa goda siapa entah. Rindu pulak nak peluk-peluk dengar suara lembut suaminya.Ada rasa bahagia mengalir dalam hati Shayla yang disulami rasa gelisah. Tak apakah menyulam bahagia dengan suami orang ni?

Her Saviour Where stories live. Discover now