Bab 53

64 2 0
                                    

Shayla peluk Aryan erat membelakangi Syed Adra yang masih setia duduk atas kerusi disisi katil.

Tadi dia ingat Ainun yang masuk tapi Syed Adra yang dukung Aryan masuk. Shayla sambut Aryan yang sudah tidur pulas tanpa sepatah kata.

Airmata dah hampir kering. Tak nak lah tunjuk dia menangis depan Syed Adra. Bila dia fikir-fikir balik dia sebenarnya tak ada hak nak marah. Dia sendiri berstatus perampas. Tapi hati tetap rasa sakit dan cemburu bila terbayangkan suami sentuh perempuan lain.

"Ainun pergi rehat kat bilik suami dia"

"Hmmmm..."

"Sayang okay tak ni?"

"Hmmmm"

"Kalau nak apa-apa bagitahu abang"

Eiiii memang spesies lelaki tak reti nak minta maaf ke apa. Tak rasa apa-apa lansung kan. Geram pulak hati Shayla. Tengah mengomel dalam hati tekak rasa mual pulak. Aduiiii....

Shayla alihkan kepala Aryan dari lengannya. Susah payah bangun dengan kepala yang masih berat.

"Nak pergi mana ?" Tanya Syed Adra risau .

"Washroom ..."

"Abang tolong..."

"Tak payah lah saya boleh buat sendiri " 

Balas Shayla dingin sambil tepis tangan Syed Adra yang cuba membantunya. Memang nak lancarkan perang dingin sebab sakit hati.

Susahnya nak berjalan dengan drip dan jarum yang tercucuk ditangan.  Terkial-kial tolak pintu bilik air. Arghhh berat pulak pintu.

"Masuklah"

Syed Adra tolong bukakan pintu yang Shayla tak lepas tolak. Shayla terus menghadap singki memuntahkan segala isi perut yang ditahan dari tadi.

Baru nak angkat kepala rasa nak muntah lagi. Sakit hati punya pasal badan pon jadi tak sihat. Humphhh....

Dua tiga kali ulang muntah ..kaki rasa tak berdaya dah tangan kejap memegang singki takut tersungkur.

Terasa ada sepasang tangan mengurut-urut belakang lehernya. Makin kuat pulak rasa nak muntah..

"Uwekkkk......" Muntah lagi.

"Abang..saya tak larat"

Hurmm mengalah akhirnya. Sudah tidak berdaya  menampung badan sendiri minta tolong suami jugak kan? Tadi ego sangat.

Syed Adra mencempung isterinya dengan hati-hati. Dibaringkan atas katil.

"Dah okay sikit?"

Shayla angguk.

"Kalau rasa nak muntah lagi bagitahu abang ...abang bawa bekas untuk muntah tak payah pergi washroom"

Shayla angguk lagi. Nak bercakap pon dah tak berdaya. Mata dah kuyu rasa mengantuk sangat dah.

Syed Adra betulkan selimut bila Shayla terlelap. Aryan tidur tak berkutik. Penat sangat belari-lari sementara menunggu ibunya sedar tadi.

Tak jemu dia merenung dua kesayangannya. Dia takut kehilangan mereka berdua. Peristiwa petang tadi bermain di layar ingatan. Kalaulah dia boleh putarkan balik masa memang dia tak nak lansung ada kaitan dengan Felisya.

Sejak dulu Syed Adra sudah arif dengan perangai Felisya yang suka menggedik. Tapi tadi memang dia tak buat apa-apa yang melampaui batas. Dia sedang duduk di sofa selepas melakukan pemeriksaan ke atas Felisya. Tapi gadis itu tiba-tiba baring diatas riba dan memegang tangannya. Semua berlaku dengan pantas.

Nak dijadikan cerita. Isteri kesayangan pulak tiba-tiba muncul. Menjerit histeria ..tanpa sempat dia explain perkatan sebenar. Sudah itu pulak isteri kesayangannya pengsan tiba tiba.

"Aduhai isteri kesayangan abang ...kalaulah awak tahu ..sepanjang hidup abang ni....awaklah yang abang tunggu...."

Syed Adra melabuhkan bibir pada dahi isteri dan anaknya sebelum berlalu keluar.






Her Saviour Where stories live. Discover now