Akhirnya Shayla tak dapat mengelak. Nak tak nak dia kena jumpa jugak dengan Syed Adra. Kalau tak sampai bila bila pon status hubungan mereka tak ada penghujung.
Shayla nekad nak settlekan kes mereka baik-baik. Tapi dia tidak akan sesekali bagitahu pasal kewujudan Aryan. Belum tiba masanya.
Untuk mengelak digosipkan Shayla sendiri bersetuju berjumpa Syed Adra di hotel tempat dia menginap.
"Let's break up ...."
Itu ayat yang dia ucapkan tanpa berselindung lagi. Dia tak nak panjangkan cerita mereka lagi.
Syed Adra jeda. Tapi nampak sangat wajahnya merah padam.Marahkah?
Shayla naik gerun direnung tajam. Tiba-tiba tangannya ditarik kasar. Tak sempat nak cakap apa mereka kini sudah berada dalam lift.
"Let's talk in my room "
Shayla dah gelabah.
"Perlu ke bincang sampai dalam bilik?"
"Yes...cause I'm not sure what will happen if I can't control myself in public"
Shayla mula rasa tak sedap hati. Takut jugak kalau lelaki ini mengamuk depan orang ramai tak pasal-pasal viral. Haihhh....
"Arghhh....." Terkejut Shayla sesampai dibilik Syed Adra tumbuk dinding. Air liur ditelan kesat.
Seketika darah mengalir dari tangan lelaki itu.
"Hilman you are bleeding ..."
Panik punya pasal terkeluar panggilan manja dia pada lelaki itu. Dia risau.
"Don't act like you care "
Dingin sahaja suara itu. Shayla bungkam. Tapi dia bergerak laju memegang tangan lelaki yang masih bergelar suaminya. Dibawa ke singki berhampiran. Setitik airmata menitis melihat luka ditangan lelaki itu. Walau sehebat mana hati sendiri pernah sakit tapi dia tak sanggup melihat lelaki itu melukakan diri sendiri.
Ditiup perlahan luka itu. Tak sedar bila masa wajah mereka menjadi sangat hampir. Renungan tajam bertukar kepada wajah sayu merayu lelaki itu....Shayla kalah...aura lelaki itu selalu menarik dirinya tanpa sempat mengawal rasa detak jantung yang sentiasa berdebar bila lelaki itu dekat dengan dirinya.
"How cloud you leave me alone "
Ada pilu dalam nada suara itu. Shayla rasa ingin menangis. Bila dia mendongak lelaki itu sedang menangis teresak esak.
Automatik tangan Shayla naik menyapu airmata yang menitis dipipinya.Syed Adra menangkap tangan isterinya dibawa ke bibir dicium penuh perasaan. Dia sangat rindukan belaian lembut isterinya.
Shayla tidak membantah bila tangan suaminya menarik dia ke katil. Bau maskulin yang selalu dia rindukan seakan memukau dirinya. Tanpa sedar dia membalas kucupan bibir lelaki itu.
Mula-mula perlahan lama Lama ianya bertukar menjadi sensasi yang hebat. Dia pernah bersama lelaki itu. Dia tak mampu menolak lagi bila lelaki itu mula membelai pipinya ....lehernya ....dan akhirnya dia sudah lupa dimana dia berada .....yang dia dengar hanya bisikan-bisikan cinta ...rayuan-rayuan manja dari Syed Hilman Adra.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romantik"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...