Bab 66

55 2 0
                                    

"Aryan...."

Mata dibuka perlahan. Dilihat wajah comel anaknya setia disisi. Merenungnya tidak berkelip. Risau agaknya.

Shayla larikan jari jemari ke wajah anaknya sambil tersenyum kelat. Mujur ada Aryan penawar hatinya. Walaupon seketika tadi sempat dia berilusi bertemu lelaki yang sangat dia rindu.

Aryan memeluknya erat. Menunjukkan rasa lega ibunya sudah sedarkan diri. Sejak mangandung kali ke dua tubuhya rasa sedikit lemah dan mudah penat. Sudah beberapa kali dia pitam.

"Abang pergi beli bubur tadi....sorry sayang abang tinggalkan sayang sekejap ...."

Shayla buka mata luas. Tadi berilusi dengan wajah sekarang dengar suara pulak. Parah sangat ni!

Dipejam mata untuk menghalau ilusi. Cuba kembali ke alam nyata.

"Kenapa ni?sakit sangat ke?kita pergi klinik ya?"

Shayla buka mata seluas mungkin. Wajah yang dia rindui terpampang di depan mata. Dicubit pipi sendiri..Masih tidak percaya. Eh rasa sakit pulak.Maknanya ini bukan mimpi.

"Abang..."

"Hmmm....." Seruan disahut pendek.

"Kenapa ada kat sini....?"

Masih kebingungan. Syed Adra senyum sambil mencapai tangannya. Jari jemari diusap dan dicium seketika.

"Sayang okay tak ni?nampak pucat sangat..dengan kepala berdarah kenapa?"

Soalan isteri tidak dijawab tapi dia pulak yang menyoal bertubi-tubi. Shayla pegang kepala. Baru teringat tentang luka di kepala.

"Abang dah cuci,sapu ubat dan balut ..nasib baik ada spare first aid dalam kereta ..nak tercabut jantung abang tengok sayang macam tu tadi"

"Abang...." Suara serak menahan sebak.  Rindu sangat.

"Aryan rindu sangat kat abang..."

"Abang tahu ...abang faham sayang ..."

Bukan Aryan yang rindu sangat tapi dirinya. Dia yang rindu sangat pada lelaki ini. Rindu separuh mati. Hanya mata berbicara. Syed Adra usap pipi Shayla menyapu setitis dua airmata yang tersisa di wajah mulus isterinya.

"Aryan come here my boy ...."

Panggil Syed Adra mendepakan tangan..
Bukan main lincah dia berlari ke dalam pelukan abahnya.

Shayla senyum bahagia. Airmata mengalir laju tanpa sempat ditahan. Syed Adra menghantar senyuman penuh makna kepada  Shayla. Menyambut perasaan rindu yang menggebu. Mata dikeyitkan sekali.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Sedang elok Shayla tengah nganga mulut untuk disuapkan bubur,terdengar suara orang memekik dari luar.

Syed Adra pandang muka Shayla seolah bertanya siapa?

Shayla jungkit bahu. Baru nak bangun ditahan pulak oleh suaminya.

"Sayang tu tak sihat lagi....duduk diam-diam biar abang pergi tengok"

Shayla angguk lemah. Memang badan rasa tak larat sangat. Mungkin disebabkan faktor dirinya yang berbadan dua ditambah pulak emosi yang sentiasa ternganggu. Dia mengambil sudu untuk menjamah bubur  yang dibeli suaminya. Perut sudah rasa lapar sangat.

Aryan yang sedang enak menikmati jajan dikerling seketika. Dicubit manja pipi montel Aryan. Pasti abahnya belikan jajan ni.Sudah berapa kali dia pesan jangan biasakan Aryan dengan jajan. Aryan tersengih suka menayang jajan di tangan.

"Shedap ibu..."

Shayla gelengkan kepala.Nama saja doktor tapi bukan reti nak elakkan anak makan makanan ringan. Dibelikan pulak...haih....

Lepas beberapa sudu bubur ditelan Shayla menjengah ke luar. Sayup sayup dengar orang memekik. Rasa kuat sedikit lepas makan dia bangun dari pembaringan nak tengok apa jadi kat luar rumah.

"Aryan stay here alright..Ibu nak pergi tengok abah kejap.."

Setelah dicium sekilas dahi Aryan, Shayla langkahkan kaki ke ruang depan rumah menuju pintu utama. Dari situ sudah nampak Mak long Jarah terpekik pekik sementara suaminya kelihatan blurrrrr....

"Siapa ni sayang..pelik jerit jerit tengah hari buta depan rumah?"

Tanya Syed Adra tatkala menyedari Shayla sudah berdiri disebelahnya. Pantas tubuh isteri yang masih kelihatan lemah dipeluk.

"Eiiiii...kau ni memang tak malu kan?berani pulak bawak jantan masuk rumah mak aku"

Syed Adra masih tidak faham butir bicara wanita tua itu sejak tadi sebab dia asyik menyebut mana betina itu ...betina itu....dikiranya orang gila.

"Maklong balik je lah....sekejap lagi saya kemas barang keluar dari rumah ni..."

Shayla berkata lemah. Tenaga untuk bertekak sudah tiada.

"Ha eloklah kau keluar cepat,dah berbulu mata aku tengok maksiat depan mata ni....dah lah bawak balik anak haram..lepas tu bawak jantan buat maksiat pulak kat sini"

Shayla diam sahaja. Kalau boleh biarlah tiada pertelingkahan macam kelmarin berlaku lagi. Malu dia pada jiran tetangga.

"Excuse me ..mak Cik tengah cakap pasal saya ke?"

Suara Syed Adra sudah meninggi memandangkan dia sudah mula faham Makcik mulut tak ada insuran ini dikenali oleh isterinya.

" Ye..aku cakap pasal kau lah...jantan yang buntingkan betina sundal ni kan..sampai bawak balik anak haram"

Merah padam muka Syed Adra mendengar kata-kata itu.

"Eh..cakap baik-baik sikit ya perempuan tua...ini bini aku tau...anak haram mana pulak?Aryan tu anak sah aku dengan bini aku...

Sudah keluar kata-kata kurang ajar Syed Adra. Sesedap rasa sahaja menghina orang. Shayla memicit micit kepala yang terasa makin sakit.

"Abang...." Didongakkan kepala ke arah wajah suaminya yang sudah merah menyala diamuk amarah. Dia gelengkan kepala tanda meminta supaya suaminya tidak memanjangkan pertengkaran. Syed Adra cium dahi Shayla.

"Jangan gaduh abang ...jom kita pergi dari sini"

Ajak Shayla sambil mengeratkan pelukan. Dia tidak mahu suaminya terus marah-marah begitu.

"Sayang masuk dulu siap siap biar abang settle dengan mak Cik mulut tak ada insuran ni"

"Abang tak baik cakap macam tu dengan orang tua..."

Syed adra buat muka tidak puas hati. Tapi dia ukir senyuman untuk isterinya.

"Ni Makcik...balik je lah...isteri saya tak lalu lah nak hadap muka Makcik yang tak berapa berseri tu ...tengok ni sampai loya nak muntah dah isteri saya.."

Sempat lagi Syed Adra melaung sinis. Kelihatan mak long Jarah sudah menapak keluar dari kawasan rumah itu dengan wajah sebal.





Her Saviour Where stories live. Discover now