Mengekek Aryan ketawa kena geletek dengan brother Danish dia. Seronok tengok Aryan main di taman dilayan oleh 2 orang anak kak Rina. Hai nasib lah ada family kak Rina dapat lah Aryan menumpang kasih 3 tahun ni.
"Hurmmm....menung lagi? Tegur kak Rina.
"Akak tutup kedai hari ni nak Ayla rehatkan otak..... alih-alih menung jugak....kenapa tak settle lagi ke problem?"
"Entahlah kak ..ada masalah lain ni..tengah decide nak balik Malaysia atau tak?"
"Ayla rasa macamana ?"
"Entahlah kak ...saya ni serba salah ..saya baru je jumpa dia balik ..pasal Aryan pon dia tak tahu lagi.."
"Larhh...Ayla tak bagitahu dia lagi ke pasal Aryan selama dia dok ulang-alik ke sini?"
Shayla menggeleng laju.
"Saya tak tahulah kak....saya tak sedia lagi, saya takut kak"
"Takut apa?"
"Takut nak hidup bermadu....saya tak nak Aryan kena tempias"
"Ya Allah Ayla....masa depan masa lalu semua ada dalam tangan Allah....selagi mana suami Ayla bertanggungjawab Ayla kena taat pada dia..faham tak?"
"Saya tak kuat macam akak ...saya takut saya tak boleh....and kalau family saya tahu macamana kak...?saya takut nak hadap..."
"Bincang lah baik-baik dengan suami Ayla.... Rumahtangga ni kena ada communication..."
Nasihat kak Rina cuba Shayla hadam lumat. Bukan dia tak tahu tapi entahlah hati rasa keras sikit lepas apa yang jadi dulu. Sebenarnya dia takut nak tanya Syed Adra tentang sebab sebenar Syed Adra nikah dengan dia senyap-senyap. Kadangkala dia rasa atas dasar nafsu semata-mata. Walaupon dia selalu dengar kata-kata cinta dari bibir lelaki itu, boleh jadi semua tu lakonan sahaja.
Iyalah lelaki kan pandai berlakon. Dalam masa yang sama dia tak berdaya nak lawan rasa ingin disayangi oleh seseorang. Complicated betul!
Syed Adra pon sejak jumpa balik dengan dia tak pernah ungkit lansung pasal dia ada isteri lain. Tak pernah tanya sebab apa dia tiba-tiba tinggalkan suaminya dulu. Makin kuat lah keraguan Shayla.
"Bila suami nak datang sini lagi?"
Pertanyaan kak Rina menghentikan Shayla dari lamunan panjang Shayla. Dia yang asyik memerhati gelagat Aryan berlari sana sini palingkan wajah menghadap kak Rina.
"Entah lah kak ...dia tu bukan pernah bagitahu bila nak datang ..nak balik..tahu-tahu muncul....humphhh..... "
Shayla hela nafas seketika.
"Kalau dia datang kenalkan dengan akak ...biar akak scan dia...."
Kak Rina gelak nakal mengusik. Saja nak redakan kegelisahan hati Shayla. Macam tahu je Shayla tak percayakan Syed Adra.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...