Aryan terlompat-lompat kesukaan dapat main tengah laman. Seronok sangat nampaknya sudah dapat lupakan ingatan dekat abah dia. Comel!
Shayla hanya jadi pemerhati dari tangga rumah. Rumah kayu lama yang dibiarkan kosong setelah kematian nenek. Mula-mula jejak kaki ke sini Shayla takut jugak iyalah rumah lama.Bekalan elektrik pon sudah lama terputus. Nasib baik ada sumber air telaga semulajadi yang masih berfungsi. Rezeki.
Malam mereka ditemani cahaya lilin sahaja. Aryan menangis jugak. Iyalah Aryan membesar di Australia lahir semua terang benderang. Tiba-tiba balik sini malam je gelap gelita. Tapi semakin hari nampak makin okay. Aryan dah membiasakan diri. kadangkala ada ayam ayam jiran yang sesat suka Aryan mengejar keliling rumah.
Dalam hati dia rasa sedikit sedih membawa Aryan balik ke rumah usang ini. Tapi ini sahaja tempat berteduh yang dia ada kerana semua berlaku dalam keadaan yang pantas dia tidak sempat merancang. Selepas tiga hari check in di sebuah hotel kecil dia balik sini seketika. Sekadar melepaskan rindu.
"Assalamualaikum....
Dalam asyik memerhati Aryan terpacul wajah merah padam Mak Long Jarah. Hati mula Rasa tidak sedap,sudah mengagak tujuan Ibu saudaranya ITU menjengah ke Rumah usang yang sudah lama ditinggalkan.
"Waalaikumussalam...."
Shayla ukir senyum walaupon rasa ketidakikhlasan di situ. Sekadar memberi hormat kepada pemberi salam dan mengenangkan ibu saudara yang lebih tua.
"Siapa benarkan kau balik sini...duduk rumah mak aku ni?"
Shayla biarkan seketika soalan itu tidak berjawab. Nafas dihela. Tenang....tenang...sabar ....
"Balik tengok rumah nenek lepaskan rindu ...Salah ke mak long?"
"Eh memang salah la...kau tu anak tak sah taraf tak layak nak ada hak atas mana mana harta mak aku tau....."
Pedih hati bagai dihiris.Tapi Shayla gagahkan bertahan lagi. Walaupon saat itu ingin rasa memberontak menjerit kuat. Biar mak long Jarah faham hatinya tengah sakit.
"Mak long saya tak balik sini untuk menuntut apa apa hak ..saya singgah je ....nanti saya dah puas lepaskan rindu saya pergi dari rumah ni...."
"Alah tak nak tuntut apa-apa kononnnya ...ni kau bawa balik anak ni mesti anak luar nikah takde bapak, mesti kau merempat kan takde rumah ..balik duduk rumah mak aku kan?"
Mendidih darah Shayla mendengarkan kata-kata sinis dari mak long.
"Jaga sikit mulut Mak Long tu jangan tuduh sesuka hati je ....saya tak pernah ada niat nak tuntut apa-apa...tapi yang saya pelik tu kalau mak long berhak sangat kenapa mak long tak dapat rumah ni....?"Kenapa nak kena bising-bising ....oh saya tahu sebab rumah ni nenek letak nama Ibu kan....?
Suara sudah berbaur sindiran. Sabarnya sudah hilang. Mak long Jarah buat muka tak puas hati.
"Eiii...kau dengan mak kau sama saja..memalukan keluarga...aku tak fahamlah kenapa mak aku nak bagi semua harta pusaka kat mak kau yang dah mengandung anak luar nikah macam kau ni...."
Mak long Jarah terjerit-jerit sampai kedengaran dek jiran sebelah. Shayla tertunduk malu bila jiran jiran jengul kepala keluar pintu rumah memandangnya semacam.
"Tahu pon kau nak malu kan?ni..budak ni....anak siapa ni ?anak jantan mana? Kau pon sama macam mak kau kan ...hilang lepas tu tiba-tiba bawak balik anak haram ..."
Mak Long Jarah menunjal-nunjal kepala Aryan yang tidak mengerti apa-apa.
"Mak long .."
Jerkah Shayla kuat. Tergamak mak long ulang-ulang ayat yang menyakitkan hatinya sehingga melibatkan Aryan.
"Eiiii....kau memang kurang ajar kan?"
Mak long sudah menghampiri sambil mengangkat tinggi tangannya sedia untuk menampar pipi Shayla. Macam dulu dulu dia selalu dipukul mak long kerana bencinya wanita itu pada dirinya.
Shayla pejam mata kejap. Aryan berlari ke arah Shayla memeluk kejap tubuh ibunya sambil menangis.
"Jangan pukul Ibu nanti Ibu sakit"
Airmata Shayla sudah mengalir laju. Dia tidak takut dipukul tapi dia merasa sangat hiba Aryan harus menyaksikan semua ini. Aryan masih kecil. Dia risau emosi Aryan ternganggu.
"Jarah awak buat apa ni?awak balik sekarang..buat malu orang tengok..."
Belum sempat menamparnya nasib baik pak long sudah menahan. Diheret mak long balik. Shayla terus tarik tangan Aryan masuk dalam rumah. Dia malu sangat dengan pandangan orang. Tubuh Aryan dipeluk kejap. Mereka berdua saling pujuk memujuk dalam tangisan yang panjang.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...