"eiiii jangan kacaulah saya nak buat breakfast ni abang..."
Shayla tepis tangan suaminya yang sudah merayap ke dalam baju. Syed Adra tersengih selamba. Tidak ada rasa nak berhenti mengganggu si isteri yang sudah rimas.
Pelukan dikemaskan.
"Eleh kata jangan kacau..tapi pakai bukan main seksi..saja nak test abang kan?"
Bisik suaminya perlahan dekat cuping telinga. Dalam pada itu sempat digigitnya.
"Ishhh abang ni kan ..seksi apanya? ni pakai t shirt dengan seluar track je ..bukan pakai spaghetti strap ..."
Shayla masih dengan kelincahan tangan bekerja meyiapkan sarapan ringkas roti bakar beserta scramble egg. Tinggal part hidangan saja. Sengaja sibukkan diri . Bukan apa,masih terasa malu dengan aksi-aksi di dapur semalam.Tak sanggup nak hadap muka Syed Adra. Hehe...
"I.dont know..you are just tempting me sayang in every way ...I just can't resist you"
"Me too" Jawab Shayla dalam hati. Tak berani nak cakap depan depan nanti karang sarapan ke mana mereka ke mana.
"Sayang .."
"Hmmmm..."
"I love you so much"
Shayla memusingkan tubuhnya menghadap Syed Adra. Tanpa berlengah dia peluk erat tubuh suaminya. Menumpahkan seluruh rasa kasih cintanya di dada lelaki yang melimpahi dia dengan kasih sayang tanpa jemu.
"Terima kasih abang sebab sayangkan saya ..selama ini saya selalu dibuang...tapi abang jadikan saya isteri abang,bagi saya kasih-sayang yang saya tak pernah terfikir saya layak untuk terima"
Ada cairan hangat mengalir dari belahan matanya. Mengungkapkan betapa bermaknanya lelaki itu dalam hidupnya. Syed Adra usap belakang isterinya yang sedang meluahkan perasaan.
" Abang pon berterima kasih jugak kat sayang sebab menerima abang yang serba kekurangan ni....dah lah tua ..duda pulak tu...."
Shayla tergelak kecil. Orang tengah serius dia boleh buat lawak pulak. Potong mood romantik betullah. Syed Adra ketawa mengekek. Seronok berjaya mengembalikan senyuman di wajah sang isteri yang sangat dicintai.
"Dah sejuk breakfast saya buat disebabkan abang tau...."
Adu Shayla manja. Tak puas hati sarapan yang susah payah dimasak sudah sejuk.
"Ala takpe breakfast sejuk...no problem...kejap lagi kan sayang boleh panaskan abang"
"Abang...eiii....geram tau...."
"Kalau geram silalah terkam abang...abang rela ...."
Syed Adra tayang sengih tidak bersalah. Seronok tengok muka bini tengah menyinga tapi manja. Rasa nak terkam. Aummmmm.....
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
"So makcik tua tu mak long sayanglah?"
Shayla menanggukkan kepala rambut yang sedikit tak terurus diselit ke telinga.
Khusyuk Syed Adra mendengar cerita isterinya yang masih dipeluk erat dalam dakapan. Bahu sang isteri yang terdedah dicium sekilas. Tak jemu-jemu menyalurkan kasih sayang untuk wanita itu. Apatah lagi setelah mengetahui keperitan masa silam isterinya.
"Saya faham mereka tak boleh terima saya abang...saya ni anak tak sah taraf siapa je yang nak terima ..sebab tu saya tak nak abang marah-marah mak long ..saya faham apa yang dia rasa ..bukan senang nak terima orang macam saya..."
Syed Adra diam sekejap. Sampai begitu sekali isterinya merendah diri.
"Tapi sayang dia tak boleh hina orang sesuka hati macam tu ..lepas tu libatkan Aryan sekali...tak adil macam tu untuk sayang tau tak?"
Syed Adra tak puas hati dengan sifat tolak ansur melampau isterinya sehingga membiarkan orang lain memijak maruahnya.
"Saya okay je abang...sebab tak ada satu pon yang betul atas tuduhan mak long tu, nak layan buat apa?lagipun saya ada abang yang selalu sayangkan saya buat apa saya nak hiraukan orang yang tak pernah peduli pasal saya"
"Oh so sweet of you....I appreciate it but sometimes sayang kena pertahankan maruah sayang jugak tau...jangan kasi orang pijak sesuka hati,lembut sangat sayang ni senang kena buli"
Dagu dan hidung isteri ducuit.
"Abang pon selalu buli saya...tengok ni satu hari saya kena kurung kat bilik ni...eiiiiii.."
Rungut Shayla manja. Syed Adra gelak jahat. Mengacah untuk menarik selimut yang menutup tubuh sang isteri. Apalagi cepat sahaja si isteri memegang selimut dengan erat. Sakit pinggang dah ni...mana nak tahan mual dengan pening lagi..hish.
"Itulah siapa suruh seksi sangat ...montok sana sini ...tapi jangan risau abang tak kacau dah okay,dengan syarat malam nanti sayang bagi ..."
Shayla tampar dada suaminya. Licik permainan si suami.
"Sama je lah abang ....ingatkan nak suruh rehat ishhhh"
"Eh tengok tu buat free show kat abang mana tak asyik kena buli, kena terkam dengan abang ..."
Shayla gelabah menarik selimut yang tejatuh akibat melepaskan ke dua belah tangan diguna untuk menampar suaminya tadi. Tamparan manja saja. Hiks! Bilik peraduan mereka dihiasi tawa nakal Syed Adra yang berdekah dan suara manja Shayla merajuk disakat. Pakej dengan muka cemberut sekali.
YOU ARE READING
Her Saviour
Romance"I want to make love with you "ujar lelaki itu dalam nada berbisik sambil memberi jelingan miangnya. "What a weird man"first time jumpa kenal pon tidak boleh lelaki pelik tu melucah dengan dia-Shayla Azra Satu satunya perempuan yang boleh buat dia...