Bab 45

83 3 0
                                    

Teruja betul Syed Adra menunjukkan ruang-ruang dalam bilik apartmentnya.

Shayla ikut sahaja. Aryan tu pulak sejak jumpa ayah dia tu bukan main manja lagi tak nak berpisah. Naik jeles pulak Shayla. Eh....hehe....

"Sorry dear apartment ni kecik.bilik Aryan pon belum sempat prepare apa lagi ..."

Diam lagi hati berbunga sikit lama dia tak dengar panggilan dear tu. Rindu!

Sebenarnya Shayla tak kisah pon asalkan ada tempat berteduh dia dah bersyukur. Kalau dibandingkan bilik sewa di Australia lagi lah berkali sempitnya. Ini dah kira terlebih luas dah ni...

Shayla ambik peluang menjelajah ke seluruh apartment bila dilihat Syed Adra sibuk melayan kelatah Aryan yang bertanya itu ini. Dari hari ke hari makin petah pulak anak lelakinya itu. Tambah -tambah lagi sejak jumpa dengan ayah yang dipanggilnya "dad". Bunyi macam mengada tapi Aryan membesar di luar negara selama 3 tahun lebih .. panggilan "dad" sudah jadi kebiasaan. Nantilah dia akan ajar anaknya tukar panggilan.

Shayla kuak daun pintu.Luas jugak master bedroom ni. Teringat mula-mula nikah dulu. Teringin nak tengok deko bilik Syed Adra. Ada rasa rindu menggebu ...rindu pada kenangan dulu.

Humphhh....bersepah tak terurus. Shayla geleng kepala. Perangai tak berubah....

"This is how messy my life is without you..." Bisik satu suara dekat dengan cuping telinganya. Suara yang sangat dia kenal.

Entah bila Syed Adra muncul dibelakangnya. Suka betul buat jantung dia berdebar.

"Err...Aryan mana ...?" Shayla menjauh sedikit.

Bukan boleh rapat sangat nanti mulalah nafas tak sekata....jantung berdebar laju...tergoda. Hiks!

"Ada tu... watching cartoon kat depan"

"Oh ye ke...?I nak mandi nak solat .."

"Bilik air kat sebelah sini ..." Tunjuk Syed Adra . Bagasi pon dah dibawanya bersama.

Hanya beberapa helai baju sahaja yang dibawa. Selebihnya akan dikirim melalui perkhidmatan kargo bersama barang-barang lain. Semuanya diuruskan oleh Syed Adra. Shayla ikut sahaja. Iyalah dah dia yang kelam-kabut ajak balik kan....

"Takpelah go freshen up.. I pergi teman Aryan sekejap"

Syed Adra minta diri bila dia rasa Shayla macam nak tak nak sahaja bercakap dengan dia. Masih merajuk la tu....

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"Aryan....it's late now...go to sleep "

Shayla puas pujuk supaya anak nya tidur. Seronok melayan upin ipin tak nak dia beganjak dari depan Tv....maklumlah dulu kat Aussie kartun omputih je ada kat siaran tv...

Ayahnya pulak manjakan,ikut je apa dia nak. Geram rasanya ...

"Aryan..come here sayang...."

Hurmmm kan dah kata manjakan sangat anak dia. Tak tunggu lama Aryan terus berlari peluk ayahnya. Syed Adra riba Aryan sambil layan upin ipin. Terkekek dua beranak ketawa bila ada adegan lucu.Haihhh....tak tidur jugaklah budak kecik tu.

Shayla jadi pemerhati sahaja. Tak dinafikan dia suka tengok Aryan dapat merasa kasih sayang dari ayah kandungnya.

"Dah solat isyak?" Shayla yang tengah berkhayal pandang Syed Adra. Baru perasan Aryan dah tertidur diriba ayahnya.

Shayla angguk mengiyakan.

"I pergi letak Aryan kat katil dia jap ya....you pergilah masuk tidur nampak penat sangat dah tu..."

Syed Adra dukung Aryan masuk bilik sebelah master bedroom walaupon perabot tak berapa lengkap lagi tapi ada tilam bujang dalam bilik tu. Jadilah untuk Aryan. Selalu pon Aryan tidur atas tilam je.

"Hmmmm....."  Memang letih sangat hari ni. Jet lag agaknya. Sambil menguap Shayla angkat kaki melangkah ke dalam master bedroom.



Her Saviour Where stories live. Discover now