2

338 12 0
                                    

Jannah melintas jalan raya dengan berhati-hati. Jalan ini sedang sibuk dan tidak mempunyai lampu trafik untuk pejalan kaki.

Dia berjalan mengikut arah yang ditunjukkan di Google Maps. Semalam, Jannah ada membuat sedikit carian di Google.

Terdapat sebuah klinik persendirian yang memerlukan kerani. Sesiapa yang berminat, boleh terus datang ke klinik itu untuk ditemu duga.

Pap!

"Auch!" Jannah mengaduh kesakitan. Tadi elok berjalan, sekarang jatuh terduduk kerana dilanggar seseorang.

"Maaf, cik. Saya tak sengaja terlanggar cik," kata lelaki yang melanggar Jannah tadi, memohon maaf.

Dia sudah lewat untuk masuk semula ke tempat kerjanya. Sedang dia berjalan, ibunya pula menghantar pesanan menyuruh dia agar pulang awal. Ada tetamu mahu datang.

Lelaki itu kemudiannya menyentuh lengan Jannah kerana risau melihat Jannah yang diam tak terkutik. Wanita yang berada di hadapannya ini hanya menunduk dari tadi. Namun, Jannah menepis kuat.

Dia sudah minta maaf. Kalau cedera, dia sanggup bayarkan kos rawatan. Rasa bersalahnya meningkat melihatkan Jannah. Kerana itu, dia cuba menyentuh wanita itu, bimbang wanita itu diam kerana cedera atau apa-apa pun.

"Cik?" panggil dia lagi. Kali ini Jannah mengangkat wajahnya.

"Maaf lagi sekali, saya tak sengaja. Cik okay ke?" dia bertanya lagi. Jannah mengangguk.

Lelaki itu menghela nafas lega. Jannah bangun dari duduknya dan menggosok sedikit seluar yang dipakai kerana kotor.

"Kalau cik sakit dekat mana-mana, cik boleh...Eh?" lelaki itu terkejut. Dia belum menghabiskan ayatnya lagi, wanita itu sudah berlali pergi.

Biadap pula perempuan itu di mata dia. Orang hanya mahu menolong saja. Tahulah dia sudha buat salah, tapi janganlah sampai begitu sekali kalau tak suka pun.

Rizhan hanya menggelengkan kepala. Kusut betul. Sudahlah ibu yang tak berhenti mengingatkannya untuk pulang awal, perempuan tadi pula buat hal.

Pintu klinik dibuka. Rizhan berjalan ke kaunter untuk bercakap sebentar dengan kerani yang bekerja di bahagian kaunter.

"Mary, does anyone come here for the job interview?" tanya Rizhan kepada Mary.

"There is one just now, doctor. She is already waiting in the room with Doctor R
Tania," jawab Mary mesra.

Mary dan Najwa saja pekerja yang bertugas sebagai kerani di kaunter klinik ini. Ada juga lima orang doktor lain yang turut bertugas di sini, salah satunya ialah Rizhan.

Sudah tentu Rizhan juga bekerja di sini. Dia adalah pemilik klinik ini, selepas arwah ayahnya, Doktor Raqib meninggal dunia.

Kakaknya, Zalia, bekerja sebagai pengurus hotel. Intan tidak berminat dengan bidang perubatan. Jadi, Rizhan sahaja harapan arwah Doktor Raqib untuk meneruskan legasi klinik milik keluarga mereka ini.

Tidak lama lagi, Mary akan berhenti kerja. Klinik ini agak besar dan memerlukan dua orang kerani untuk menjaga di bahagian kaunter. Tidak boleh mengharapkan Najwa seorang saja.

Rizhan terus berjalan ke bilik mesyuarat kecil. Kelihatan Tania dan seorang perempuan sedang duduk di dalam bilik tersebut.

"Maaf, saya lambat sikit. So, kita boleh start interview ke?" tanya Rizhan lalu memandang wajah calon temu duga yang duduk dihadapannya ini. Perempuan tadi!

Jannah terkejut melihat lelaki itu sedang duduk dihadapannya. Namun, dia segera mengawal air mukanya.

"Cik Jannah, awak boleh kenalkan diri awak," pinta perempuan yang dari tadi dipanggil Doktor Tania ini.

"Nama saya Nur Jannah binti Azizi. Saya berusia 24 tahun. Saya merupakan pelajar lulusan tingkatan enam dengan CGPA 3.96 keseluruhan. Saya merupakan anak sulung dari dua beradik dan menetap di Rasah Jaya," Jannah mula memperkenalkan diri.

Rizhan dan Tania mengangguk. Banyak soalan yang ditanya mereka berdua kepada Jannah. Sesi temu duga itu akhirnya tamat setelah 30 minit berlalu.

Jannah keluar dari klinik itu dengan perasaan lega dan bersyukur. Dia diterima bekerja di situ sebagai kerani. Mulai esok, dia akan mula bekerja.

"Syukur Ya Allah. Kau masih membantu aku di saat akulah hambamu yang paling hina dan berdosa," ucap Jannah dalam hati.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now